Get Adobe Flash player

Hebahan Terkini

  • Banner Selamat Datang
  • Salam Aidilfitri 2017
  • Banner07
  • Banner08
  • Banner Dasar Kualiti
  • Frog
  • Banner Exam
  • Banner Hari Raya
  • Salam Aidilfitri 2017

Kelajuan Halaman

0.35 saat
Filter
  • Program PBA

  • SK Setiawangsa perintis Program Makanan Sihat

    Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.


    Dilampirkan keratan akhbar Utusan Malaysia, 17 Februari 2014.

    Klik di sini untuk memuat naik keratan akhbar tersebut.

  • Asrama 1Malaysia

    LATAR BELAKANG

    • Asrama 1 Malaysia (A1M) mula dilaksanakan pada 2010 dengan pendaftaran kohort pertama tingkatan 1 pada 9 Mei 2010seramai 67 orang (Melayu : 32, India : 26, Cina : 9) di premis sementara di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.
    • Pada Tahun 2014 Seramai 223 orang murid menghuni Asrama 1Malaysia dari Tingkatan 1 hingga 5 dengan pecahan 142 murid Melayu, 22 Cinan dan 42 India.
    • (A1M) menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama berdasarkan konsep 1Malaysia. Ciri-ciri A1M merangkumi aspekfizikal, suasana dan aktiviti yang menjurus kepada pemupukan perpaduan dan sensitiviti kepada agama, budaya, adat resam dan kepercayaan. Melalui A1M murid pelbagai kaum berpeluang untuk tinggal dan belajar bersama dan memahami budaya antara satu sama lain.
    • Modal Insan yang dihasilkan melalui A1M kelak merupakan murid-murid yang memiliki sikap penerimaan antara kaum terhadap kepelbagaian budaya, adat resam, kepercayaan dan amalan rakyat Malaysia. Penubuhan A1M adalah sebagai menyokong usaha kerajaan dalam membentuk persefahaman dan keharmonian antara kaum ke arah melahirkan rakyat yang patriotik dan saling menghormati, seterusnya membentuk negara yang bersatu padu, aman dan makmur.

    VISI

    • Merealisasikan Gagasan 1Malaysia.

    MISI

    • Mendidik murid-murid supaya mengetahui, memahami dan mengamalkan nilai-nilai 1Malaysia dengan menggunakan pendekatan proses penerimaan antara kaum.
    • Melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan proses penerimaan antara kaum.
    • Merangka dan melaksana program-program yang memaksimakn proses kerjasama antara murid bagi merealisasikan masyarakat 1Malaysia.

    MATLAMAT

    • Melatih dan mendidik murid supaya dapat tinggal bersama secara harmoni, memahami budaya dan serasi antara satu sama lain bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia.

    OBJEKTIF

    • Memupuk pemahaman kepada budaya, adat resam dan kepercayaan agama.
    • Mewujudkan suasana kehidupan yang memberi peluang kepada putera untuk tinggal, belajar, beriadah bersama dan memahami budaya antara satu sama lain.
    • Menerapkan nilai-nilai 1Malaysia dalam diri murid-murid Asrama 1Malaysia.
    • Memastikan murid-murid dapat mengikuti aktiviti/program yang berbentuk integrasi antara kaum.
    • Membantu murid-murid merealisasikan matlamat 1Malaysia.

    KRITERIA KEMASUKAN

    • Warganegara Malaysia.
    • Terbuka kepada semua kaum.
    • Pelajar Tingkatan 1 Tahun Semasa.
    • Daripada keluarga berpendapatan sederhana atau rendah.
    • Pelajar tidak terikat dengan mana-mana projek lain seperti (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas, atau Kelas Aliran Agama)
    • Borang kemasukan sila klik sini m/s 1 , m/s 2, m/s 3
    KEMUDAHAN
    • Bilik Seminar
    • Bilik Persembahan
    • Bilik Robotik
    • Bilik Menggosok
    • Bilik Rawatan
    • Bilik Pelawat
    • Dewan Makan
    • Dewan Terbuka
    • Padang / Gelanggang
    • Perpustakaan
    • Surau
    • Setor Sukan
    • Makmal Komputer
    • Pejabat
    • Gymnasium
    • Bilik Mesin Basuh
    AKTIVITI / PERKHIDMATAN
    • Kelab Robotik
    • Kelab Muzik
    • Kelab Tarian Sanggar Mustika
    • Kelab Usahawan
    • 1Murid 1Sukan
    • Program Kepimpinan
    • Bas ke Sekolah
    • Lawatan Sambil Belajar
    • Kelas Tuisyen
    • Kelas Bahasa
    • Program Paintball
    • Makan Beradab
    • Program Kebudayaan
    • Program Patriotik
    • Program Rumah Terbuka Perayaan Utama
    • Rawatan di HKL
    • HYPP TV
    BORANG PERMOHONAN
    • Borang Permohonan boleh didapati di sekolah masing-masing @ dimuat turun melalui Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (http://www.moe.gov.my/bpsh/ ) ATAU Portal Unit Asrama (http://asramahariankpm.net/)

     
    CARTA ORGANISASI
    • Paparan carta organisasi, sila klik disini

    SENARAI PERJAWATAN DAN GRED

    Bil Nama Jawatan Gred
    1. En. Muhammad Shukri bin Kamaruddin Pengurus Asrama 1Malaysia  DG41
    2. En. Ravi Varman a/l Krishnan Warden  DG41
    3. En. Ahmad Hafiz Ahmad Jamiaauddin Warden  DG41
    4. En. Mohd Noor Khairi bin Mazlan Warden  DG41
    5. En. NurFairuz bin Jaafar Sidek Warden  DG41
    6. Pn. Hjh. Che Tom bt Omar Pembantu Tadbir  N22
    7. Cik Nurulain bt Daud Penyelia Asrama  N17
    8. En. Mohamed Rizal bin Mohamed Mahmod Pemandu  R3
    9. En. Khairil Izuan bin Md. Yassin Pemandu  R3
    10. En. Rezuan bin Tukiman Pembantu Am Pejabat  N1

     

  • KERJA-KERJA UNDI PPKHAS 2018 JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

    DENGAN SEGALA HORMATNYA MERUJUK PERKARA DI ATAS

    ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA DILAMPIRKAN KERJA-KERJA UNDI PPKHAS/2018 JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

     

    KLIK LINK DIBAWAH UNTUK MEMUATTURUN DOKUMEN

     

    IKLAN NOTIS PEMBERITAHUAN UNDI PPKHAS 2018

    RALAT IKLAN PPKHAS 2018

    1. SURAT JEMPUTAN TAWARAN KERJA UNDI PEMBAIKAN BUMBUNG

    2. SURAT JEMPUTAN TAWARAN KERJA UNDI PEMBAIKAN SISTEM PERPAIPAN LUAR

    3. SURAT JEMPUTAN TAWARAN KERJA UNDI PEMBAIKAN SISTEM KUMBAHAN

    4. SURAT JEMPUTAN TAWARAN KERJA UNDI PENDAWAIAN ELEKTRIK

    5. LAMPIRAN 1-SENARAI EDARAN SYARIKAT BERDAFTAR JPWPKL

    6. SLIP KEHADIRAN UNDIAN PPKHAS 2018

    7. BORANG PENDAFTARAN KERJA-KERJA UNDI

  • PINDAAN TARIKH BENGKEL PEMURNIAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN DAN BORANG PENYERTAAN KARNIVAL SENI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH TAHUN 2015

    Dengan segala sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

    2.     Adalah dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) akan mengadakan bengkel seperti ketetapan berikut:

     

                   2.1     Tarikh          :     27 Februari 2015 (Jumaat)

                   2.2     Masa            :     8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

                   2.3     Tempat        :     Dewan Dato' Asiah, JPWPKL

     

    3.     Sehubungan dengan itu, tuan dipohon untuk membenarkan seorang guru (seperti dilampiran) untuk menghadiri bengkel tersebut. Pihak tuan boleh menghubungi Puan Azah binti Syed Mohamed di talian 03-6203 6258 untuk sebarang pertanyaan.

     

    Sekian, terima kasih.

  • PENCALONAN IKON GURU HARI GURU TAHUN 2015

    Dengan segala sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

    Urus Setia Hari Guru Tahun 2015 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempelawa pihak sekolah seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk mencalonkan seorang guru sebagai 'Ikon Guru'.

    Borang boleh dimuatturun seperti di bawah:

    1. Borang Pencalonan

    2. Syarat Penyertaan.

    Semua borang yang telah lengkap mestilah dihantar terus kepada urus setia seperti alamat di bawah sebelum dan pada 27 Februari 2015.

     

    Urus Setia

    Ikon Guru, Perayaan Hari Guru 2015,

    Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,

    Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

    Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin Off Jalan Tunku Abdul Halim, 50604 Kuala Lumpur.

    (u.p :En. Ismail bin Mohd Noor)

    e-mail:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Telefon : 03-6203 6254 / 03-6203 6239

                                        Faks      : 03-6203 6279

     

    3. Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan Pn. Azah binti Syed Mohamed di talian 03-6203 6257 atau En. Ahmad Badri bin Mohamed  di talian 03-6203 6239 untuk maklumat lanjut.

    Sekian, terima kasih.

  • PENCALONAN TOKOH GURU PERINGKAT NEGERI BAGI HARI GURU 2015

    Berikut dilampirkan butiran maklumat Pencalonan Tokoh Guru:

    Borang percalonan yang telaj lengkap hendaklah dihantar ke Sektor Pengurusan Sekolah, JPWPKL sebelum atau pada 31 Mac 2015.

    Sebarang   pertanyaan   berkenaan  perkara ini bolehlah menghubungi Encik Ramachandran a/l Letchumanan di talian 03-62036308, Sektor Pengurusan Sekolah, JPWPKL.

    Sekian, terima kasih.

  • Senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Disember 2014

    Senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Januari 2014

    (06 Februari 2015)

    Dimaklumkan bahawa dilampirkan senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan
    Malaysia dan nama yang telah dikeluarkan dari senarai Peminjam Tegar.

    (Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa akan dikemaskini pada bulan berikutnya)

    Sebarang pertanyaan sila hubungi :

    Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia,
    Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor
    Talian Hotline : 03-8321 7124 atau Faks : 03-8321 7102, Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Muat Turun

    Senarai Peminjam Tegar Sehingga 31 Disember 2014
    Senarai Nama Yang Telah Dikeluarkan Dari Senarai Peminjam Tegar Bagi Bulan 31 Disember 2014

    Diterbitkan oleh Bahagian Tajaan Pendidikan

     

  • Kemaskini Maklumat BKP Pelajar Tanggung 2014

    Maklumat Penting

    Semua Guru Penolong kanan HEM Sekolah-Sekolah Menengah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    diminta memastikan Guru Biasiswa mengemaskini status pelajar tanggung 2014.Tarikh Tutup 28 Feb berdasarkan takwim 2014 yang diberi.

    Harap maklum.

  • Program Transformasi Minda (PTM)

    Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bersama-sama ini disertakan borang untuk mengikut Kursus Program Transformasi Minda (PTM) untuk dilengkapi dan dihantar ke Unit Latihan dan Kemajuan Staf bagi guru-guru lantikan baru yang belum mengikuti progrm tersebut. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.  Sekian terima kasih. 

  • Kursus Pembangunan Kompetensi Mengikut Gred Guru KPM Tahun 2014

    Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas

    Dimaklumkan bahawa Laman web permohonan Kursus Pembangunan Kompetensi (CPD) mengikut Gred Guru KPM Tahun 2014 adalah seperti berikut

    Tarikh Permohonan : 1 Feb 2014 - 28 Feb 2014  

    Pengesahan Pengetua/ Guru Besar : 1 Mac 2014 - 8 Mac 2014

    Klik di sini untuk memuat naik surat

Qr Code

Pilihan warna

Hubungi Kami

JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, 50604 Kuala Lumpur
 
helpdesk Emel Jabatan:
jpn.wp.at.moe.gov.my
helpdesk Aduan :
aduanjpnkl.at.moe.gov.my
image facebook Facebook:
http://www.facebook.com/jpwpkl
Gantikan ".at." dengan "@"

 

Ungkapan Bestari

Kejayaan dan kemenangan hanyalah milik orang yang berusaha

Bilangan Pelawat

684398
http://btpnkl.weebly.com/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/http://btpnkl.weebly.com/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/