Get Adobe Flash player

Hebahan Terkini

  • Banner Selamat Datang
  • Salam Aidilfitri 2017
  • Banner07
  • Banner08
  • Banner Dasar Kualiti
  • Frog

Kelajuan Halaman

0.34 saat
  1. Keratan Akhbar
  2. Sebut Harga
  3. Arkib
next
prev
Filter
  • Program PBA

  • Unit Pendidikan Pencegahan Dadah

    LATARBELAKANG

    • Pada tahun 1995, struktur PPDa telah dipertingkatkan dengan pertambahan seorang pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri. Unit PPDa di peringkat daerah juga diwujudkan dengan pelantikan seorang Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah di Pejabat Pelajaran Daerah. Unit Pendidikan Pencegahan Dadah diletak di bawah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan bersama Unit Hal Ehwal Murid, Unit Sukan, Unit Kokurikulum dan Pusat Kokurikulum.

    OBJEKTIF

    • Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran PPDa kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids
    • Membangun modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi dikalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani
    • Membentuk budaya sihat, tingkahlaku positif dan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid sekolah
    • Melibat dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
    • Menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids

    FUNGSI

    • Untuk membangunkan sumber manusia yang mempunyai nilai modal manusia dan modal sosial yang tinggi. Tugas ini merangkumi usaha-usaha pendidikan pencegahan rokok, alkohol, dadah dan HIV/Aids terhadap murid-murid sekolah.

    PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN AWALAN UNTUK PENCEGAHAN ROKOK, DADAH, INHALAN, ALKOHOL DAN HIV/AIDS.

    • Perancangan untuk pelaksanaan program pendidikan pencegahan rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids di dalam kurikulum dan kokurikulum.
    • Perancangan pelaksanaan kursus perkembangan staf (kejurulatihan) pendidikan pencegahan rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
    • Pengumpulan data murid berisiko dan murid terlibat dalam rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
    • Penyelarasan pelaksanaan program pencegahan rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
    • Pemantauan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pencegahan rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids melalui kurikulum dan kokurikulum.
    • Pemantauan perkembangan penglibatan murid dengan masalah rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
    • Melaksanakan tindakan susulan dalam semua program pencegahan rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids

    PENGURUSAN PROGRAM INTERVENSI.

    • Perancangan untuk pelaksanaan program intervensi.
    • Perancangan pelaksanaan kursus perkembangan staf (kejurulatihan) program intervensi.
    • Pengumpulan data murid berisiko dan murid terlibat dalam rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids untuk program intervensi.
    • Penyelarasan pelaksanaan program rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
    • Pemantauan pelaksanaan program intervensi murid.
    • Pemantauan perkembangan murid terlibat dengan penggunaan rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
    • Melaksanakan tindakan susulan dalam semua program intervensi untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.

    PENGURUSAN DATA, DOKUMENTASI DAN PUBLISITI.

    • Pengurusan Data PPDa
    • Pengurusan Dokumentasi
    • Pengurusan Penyelidikan PPDa
    • Pengurusan Publisiti

    PENGURUSAN HUBUNGAN LUAR.

    • Perancangan untuk pelaksanaan program hubungan luar untuk program melibatkan murid, guru, kakitangan dan ibubapa.
    • Perancangan pelaksanaan kursus perkembangan staf (kejurulatihan) dengan agensi-agensi luar.
    • Penyelarasan pelaksanaan program rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids dengan pelbagai agensi
    • Pemantauan pelaksanaan program bersama agensi luar.
    • Pemantauan perkembangan murid yang terlibat dengan program bersama agensi luar.

    CARTA ORGANISASI

    Paparan carta organisasi, tekan sini.

    SENARAI PERJAWATAN DAN GRED

     

     

    BIL

     

     

    NAMA

     

     

    JAWATAN DAN GRED

     

    1.

     

    ISMAIL BIN MOHD NOOR

     

     

    KETUA UNIT (DG44)

     

    2.

     

     

    DIPINJAMKAN KE PPW SENTUL

     

    PENOLONG PENGARAH (DG41)

     

    3. 

     

     

     

     

    PENYELIA KANAN (DGA34)

     

     

    4.

     

     

    NASRIZA BINTI RAZAK

     

    PEMBANTU TADBIR (N17)

     

    5.

     

     

    MUHAMAD AZLAN SHAH BIN MOHAMED AZRAAI

     

     

    PEMBANTU AM PEJABAT (N1)

     

     

  • Unit Inovasi

    OBJEKTIF

    • Meningkatkan kompetensi dan pengalaman semua pegawai di Sektor Jaminan Kualiti dalam bidang pengurusan pendidikan sebagai pakar rujuk kepada pengurus-pengurus sekolah.(Pengetua dan Guru Besar).
    • Memberi bimbingan secara berterusan kepada pengurus sekolah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah.
    • Memastikan pengurus sekolah menerima latihan (coaching) secara hands-on secukupnya dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pentadbiran.
    • Membangunkan sekumpulan pengurus sekolah yang pakar untuk membantu dan memberi bimbingan kepada pengurus-pengurus sekolah yang lain – coaching partnership.
    • Membudayakan kajian tindakan dalam pengurusan pendidikan untuk melahirkan pelbagai kaedah kepemimpinan dan pengurusan pendidikan yang berkualiti
    • Mengindoktrinkan pemikiran pengurus sekolah bagi menzahirkan jati diri sebagai pemimpin instruksional.
    • Membudayakan prinsip-prinsip Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam pengurusan dan pentadbiran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Pejabat Pelajaran dan sekolah.
    • Mengupayakan pengurusan dan pelaksanaan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan yang bertaraf dunia.
    • Mengurus dan menyelaras pengumpulan, penyenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedarasan laporan dan pelbagai dokumen kualiti di JPWPKL dan Pejabat Pelajaran.
    • Mengurus dan menyelaras semua anugerah kualiti dan inovasi di peringkat JPWPKL dan Pejabat Pelajaran.
    • Mengupayakan pelaksanaan Audit Dalaman bagi seluruh proses kerja dalam JPWPKL dan Pejabat Pelajaran dengan berkesan.
    • Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Pengurusan Tertinggi dan Mesyuarat Pengurusan JPWPKL.
    • Mengurus dan menyelaras semua urusan mendapatkan maklumbalas minit mesyuarat pengurusan di peringkat kementerian dan JPWPKL.

    FUNGSI

    • Pentaksiran dan Penilaian
      • Melaksanakan mekanisma untuk mengesan kelemahan dan kekuatan pengurusan dan pentadbiran sekolah berfokuskan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah
      • Membuat pentaksiran dan penilaian ke atas keberkesanan pelbagai program pendidikan untuk murid, iaitu program akademik dan program pembangunan kemanusiaan
      • Melaksanakan penilaian untuk keberkesanan program professional keguruan (Program Perkembangan Staf
      • Membuat penilaian pelbagai program sokongan pendidikan
      • Memberi bimbingan dan sebagai mentor kepimpinan ke atas pentadbiran sekolah untuk meningkatkan kualiti pengetua dan guru besar kepada standard yang ditetapkan.
    • Penyeliaan Mental Pendidikan
      • Mengindoktrinkan pemikiran pentadbir sekolah bagi menzahirkan jati diri memimpin proses pengajaran dan pembelajaran.
      • Melatih kaedah berfikir untuk membuat perancangan pelaksanaan persekolahan yang relevan dengan impak pembinaan insan murid.
      • Menggerakkan perubahan pemikiran (anjakan minda) supaya berfikiran terbuka (Thinking outside the box), proaktif, kritis dan kreatif.
    • Mengekal Jaminan Kualiti (Quality Assurance)
      • Memberi bimbingan berterusan untuk membentuk sIstem pengurusan sekolah secara profesional.
      • Mengekal dan meningkatkan kualiti kepimpinan instruksional.
      • Berkongsi pengalaman dan kejayaan pengurusan sekolah sebagai budaya memperkasakan kepimpinan sekolah
    • Mengamalkan Penyelidikan
      • Melatih dan membimbing pentadbir sekolah menjalankan aktiviti penyelidikan khususnya kajian tindakandalam melaksanakan dasar dan keputusan
      • Melatih dan membimbing pentadbir sekolah menguasai kemahiran membuat analisis maklumat untuk membentuk strategi dan pendekatan peningkatan kualiti penyampaian bagi proses pengajaran dan pembelajaran
      • Melatih dan membimbing pentadbir sekolah membuat keputusan berteraskan kepada fakta dan maklumat menyeluruh.
    • Kepiawaian dan Dokumentasi
      • Menyelaras pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam dan lain-lain pekeliling perkhidmatan yang berkaitan
      • Merancang, menyelaras, membina dan melaksanakan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan yang bertaraf dunia
      • Menyelaras pengumpulan, penyenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedarasan laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi
      • Menyelaras semua anugerah kualiti dan inovasi di peringkat organisasi (KPM/JPN/PPD/PPG)
      • Merancang, menyelaras dan melaksanakan Audit Dalaman bagi seluruh proses kerja dalam organisasi.
      • Menjadi urus setia tetap mesyuarat pengurusan jabatan dan semua urusan mendapatkan maklumbalas minit mesyuarat pengurusan di peringkat kementerian yang ditentukan oleh pihak pengurusan atasan.

    TUGAS UTAMA

    • Merancang dan melaksanakan program bimbingan (mentoring & coaching) kepada pengurus sekolah untukmembentuk sistem pengurusan sekolah secara professional.
    • Merancang dan melaksanakan program pengkongsian ilmu dan pengalaman sebagai budaya memperkasakan kepimpinan sekolah.
    • Merancang dan melaksana pelbagai program pentaksirandan penilaian untuk peningkatan kualiti pengurusan sekolah secara berterusan.
    • Melaksanakan program untuk memangkinkan kemajuan pemikiran kumpulan pentadbir dan pengurus di sekolahseiring dengan keperluan dasar kerajaan khasnyaKementerian Pelajaran Malaysia.
    • Merancang dan mengamalkan budaya penyelidikan dalam pengurusan sekolah dan proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin kualiti sistem pendidikan di sekolah.
    • Memantau kemajuan sekolah yang berisiko tinggi dan menggerak kumpulan pengurusan / pentadbiran sekolah yang dikenal pasti ke arah kecemerlangan institusi.

    TUGAS KEPIAWAIAN DAN DOKUMENTASI

    • Memastikan pelaksanaan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam.
    • Memastikan pengumpulan, penyenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedarasan laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi.
    • Melaksanakan tugas-tugas sebagai urus setia mesyuarat pengurusan jabatan dan semua urusan mendapatkan maklumbalas minit mesyuarat penguruan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia.
    CARTA ORGANISASI
    • Paparan carta organisasi, sila klik di sini

    SENARAI PERJAWATAN DAN GRED

    Bil Nama Perjawatan Gred
    1. En. Mohd Najib Bin Ab Rahman Ketua Sektor DG52 
    2. En. Syamsul Rezal Bin Abd. Rahman Ketua Penolong Pengarah DG48
    3. En. Aziz b. Hashim Ketua Unit DG44
    4. En. Saiful Afandy Bin Suratman Penolong Pengarah DG44 (KUP)
    5. En. Badarul Hisham Bin Shahudin Penyelia Kanan DGA38
    6. En. Azlan bin Ali Pembantu Tadbir N19
    7. Pn. Rohaiza binti Mohamad Pembantu Tadbir N19
           
           
           

     

  • Pusat Kokurikulum

    OBJEKTIF

    • Menyediakan tempat dan kemudahan kepada murid untuk menjalankan aktiviti pendidikan luar dan rekreasi.
    • Memberi peluang kepada lebih ramai murid terlibat dalam aktiviti di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.
    • Memberi peluang kepada lebih ramai murid untuk mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari di dalam kelas.
    • Memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dan potensi diri.
    • Memantapkan disiplin dan sahsiah murid.
    • Menguruskan kewangan Pusat Kokurikulum untuk dimanfaatkan kepada murid dan dibelanjakan pada tahun semasa.

    FUNGSI

    • Sebagai pusat latihan khususnya kepada warga pendidikan bagi melaksanakan program dan aktiviti pendidikan luar dan rekreasi.
      • Kursus Peningkatan Profesionalisme Kejurulatihan Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.
      • Melengkapkan kemudahan prasarana dan peralatan logistik untuk kegunaan aktiviti / program.
      • Menyediakan modul latihan dan SOP bagi setiap aktiviti dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan aktiviti.
    • Membantu pihak sekolah mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah melalui kegiatan amali pendidikan luar dan rekreasi.
      • Program Motivasi dan Kecemerlangan Insan
      • Program Perkhemahan Pendidikan Luar
      • Program Ekspedisi Pendidikan Luar
      • Latihan Dalam Perkhidmatan
      • Kursus Peningkatan Profesionalisme Pendidik
    • Mengukuhkan keyakinan diri dan mengembangkan potensi individu melalui program atau aktiviti pendidikan luar dan rekreasi.
      • Latihan Dalam Kumpulan
      • Team Building
      • Pengucapan Awam
      • Kebudayaan
      • Solo Camping
    • Memupuk minat terhadap aktiviti pendidikan luar dan rekreasi bagi memberi peluang penglibatan yang lebih luas dalam aktiviti kokurikulum.
      • Aktiviti Darat
        • Orienteering
        • Merentas Halangan
        • Ikhtiar Hidup
        • Merunut Hutan
        • Paintball
        • Berbasikal (Litar Bukit)
        • Mendaki Gunung
      • Aktiviti Air
        • Renang
        • Menyelamat Kelemasan
        • Kayak
        • Snorkeling
        • Scuba Diving
        • Arus Deras (Rafting)
        • Berakit
      • Aktiviti Aras Tinggi
        • Tali Aras Tinggi
        • Mendaki Tembok Tiruan

    TUGAS UTAMA

    • Sebagai pusat latihan khususnya kepada warga pendidikan bagi melaksanakan program dan aktiviti pendidikan luar dan rekreasi.
      • Menyediakan latihan dan kursus kepada guru-guru dalam pengurusan dan pengendalian program dan aktiviti pendidikan luar dan rekreasi dalam usaha memperkasakan profesionalisme kejurulatihan.
      • Menyediakan tenaga kejurulatihan yang mahir dalam aktiviti terutamanya yang berisko tinggi dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan dan
      • Memantapkan lagi penguasaan dan kemahiran di kalangan jurulatih yang terdiri daripada guru-guru dan pengurusan Pusat Kokurikulum dalam mengendalikan aktiviti pendidikan luar dan rekreasi
    • Membantu pihak sekolah mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah melalui kegiatan amali pendidikan luar dan rekreasi.
      • Merancang, menyelaras dan melaksanakan program dan aktiviti pendidikan luar dan rekreasi dalam usaha memantapkan modal insan yang harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
      • Membantu pihak sekolah bagi pengendalian aktiviti pendidikan luar dan rekreasi dalam usaha membina negara.
      • Kearah memperkasakan aktiviti kokurikulum dengan penglibatan murid keseluruhannya
    • Mengukuhkan keyakinan diri dan mengembangkan potensi individu melalui program atau aktiviti pendidikan luar dan rekreasi.
      • Memberi ruang dan peluang kepada setiap individu untuk meneroka potensi diri dalam usaha.
      • Menjana minda setiap individu ke arah pemikiran minda kelas pertama.
    • Memupuk minat terhadap aktiviti pendidikan luar dan rekreasi bagi memberi peluang penglibatan yang lebih luas dalam aktiviti kokurikulum.
      • Mengembangkan minat dan membuat eksplorasi kendiri terhadap aktiviti pendidikan luar dan rekreasi.
      • Meningkatkan kesedaran dan kepentingan pendidikan luar dalam keseimbangan fizikal dan mental di kalangan peserta bagi membentuk modal insan yang seimbang
      • Memantapkan disiplin dan sahsiah murid

      SENARAI PERJAWATAN DAN GRED
    • Klik di sini untuk paparan Perjawatan

          

              CARTA ORGANISASI

          Klik di sini  untuk paparan Carta Organisasi

     

     

     

  • SK Setiawangsa perintis Program Makanan Sihat

    Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.


    Dilampirkan keratan akhbar Utusan Malaysia, 17 Februari 2014.

    Klik di sini untuk memuat naik keratan akhbar tersebut.

  • Asrama 1Malaysia

    LATAR BELAKANG

    • Asrama 1 Malaysia (A1M) mula dilaksanakan pada 2010 dengan pendaftaran kohort pertama tingkatan 1 pada 9 Mei 2010seramai 67 orang (Melayu : 32, India : 26, Cina : 9) di premis sementara di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.
    • Pada Tahun 2014 Seramai 223 orang murid menghuni Asrama 1Malaysia dari Tingkatan 1 hingga 5 dengan pecahan 142 murid Melayu, 22 Cinan dan 42 India.
    • (A1M) menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama berdasarkan konsep 1Malaysia. Ciri-ciri A1M merangkumi aspekfizikal, suasana dan aktiviti yang menjurus kepada pemupukan perpaduan dan sensitiviti kepada agama, budaya, adat resam dan kepercayaan. Melalui A1M murid pelbagai kaum berpeluang untuk tinggal dan belajar bersama dan memahami budaya antara satu sama lain.
    • Modal Insan yang dihasilkan melalui A1M kelak merupakan murid-murid yang memiliki sikap penerimaan antara kaum terhadap kepelbagaian budaya, adat resam, kepercayaan dan amalan rakyat Malaysia. Penubuhan A1M adalah sebagai menyokong usaha kerajaan dalam membentuk persefahaman dan keharmonian antara kaum ke arah melahirkan rakyat yang patriotik dan saling menghormati, seterusnya membentuk negara yang bersatu padu, aman dan makmur.

    VISI

    • Merealisasikan Gagasan 1Malaysia.

    MISI

    • Mendidik murid-murid supaya mengetahui, memahami dan mengamalkan nilai-nilai 1Malaysia dengan menggunakan pendekatan proses penerimaan antara kaum.
    • Melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan proses penerimaan antara kaum.
    • Merangka dan melaksana program-program yang memaksimakn proses kerjasama antara murid bagi merealisasikan masyarakat 1Malaysia.

    MATLAMAT

    • Melatih dan mendidik murid supaya dapat tinggal bersama secara harmoni, memahami budaya dan serasi antara satu sama lain bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia.

    OBJEKTIF

    • Memupuk pemahaman kepada budaya, adat resam dan kepercayaan agama.
    • Mewujudkan suasana kehidupan yang memberi peluang kepada putera untuk tinggal, belajar, beriadah bersama dan memahami budaya antara satu sama lain.
    • Menerapkan nilai-nilai 1Malaysia dalam diri murid-murid Asrama 1Malaysia.
    • Memastikan murid-murid dapat mengikuti aktiviti/program yang berbentuk integrasi antara kaum.
    • Membantu murid-murid merealisasikan matlamat 1Malaysia.

    KRITERIA KEMASUKAN

    • Warganegara Malaysia.
    • Terbuka kepada semua kaum.
    • Pelajar Tingkatan 1 Tahun Semasa.
    • Daripada keluarga berpendapatan sederhana atau rendah.
    • Pelajar tidak terikat dengan mana-mana projek lain seperti (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas, atau Kelas Aliran Agama)
    • Borang kemasukan sila klik sini m/s 1 , m/s 2, m/s 3
    KEMUDAHAN
    • Bilik Seminar
    • Bilik Persembahan
    • Bilik Robotik
    • Bilik Menggosok
    • Bilik Rawatan
    • Bilik Pelawat
    • Dewan Makan
    • Dewan Terbuka
    • Padang / Gelanggang
    • Perpustakaan
    • Surau
    • Setor Sukan
    • Makmal Komputer
    • Pejabat
    • Gymnasium
    • Bilik Mesin Basuh
    AKTIVITI / PERKHIDMATAN
    • Kelab Robotik
    • Kelab Muzik
    • Kelab Tarian Sanggar Mustika
    • Kelab Usahawan
    • 1Murid 1Sukan
    • Program Kepimpinan
    • Bas ke Sekolah
    • Lawatan Sambil Belajar
    • Kelas Tuisyen
    • Kelas Bahasa
    • Program Paintball
    • Makan Beradab
    • Program Kebudayaan
    • Program Patriotik
    • Program Rumah Terbuka Perayaan Utama
    • Rawatan di HKL
    • HYPP TV
    BORANG PERMOHONAN
    • Borang Permohonan boleh didapati di sekolah masing-masing @ dimuat turun melalui Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (http://www.moe.gov.my/bpsh/ ) ATAU Portal Unit Asrama (http://asramahariankpm.net/)

     
    CARTA ORGANISASI
    • Paparan carta organisasi, sila klik disini

    SENARAI PERJAWATAN DAN GRED

    Bil Nama Jawatan Gred
    1. En. Muhammad Shukri bin Kamaruddin Pengurus Asrama 1Malaysia  DG41
    2. En. Ravi Varman a/l Krishnan Warden  DG41
    3. En. Ahmad Hafiz Ahmad Jamiaauddin Warden  DG41
    4. En. Mohd Noor Khairi bin Mazlan Warden  DG41
    5. En. NurFairuz bin Jaafar Sidek Warden  DG41
    6. Pn. Hjh. Che Tom bt Omar Pembantu Tadbir  N22
    7. Cik Nurulain bt Daud Penyelia Asrama  N17
    8. En. Mohamed Rizal bin Mohamed Mahmod Pemandu  R3
    9. En. Khairil Izuan bin Md. Yassin Pemandu  R3
    10. En. Rezuan bin Tukiman Pembantu Am Pejabat  N1

     

  • KERJA-KERJA UNDI PPKHAS 2018 JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

    DENGAN SEGALA HORMATNYA MERUJUK PERKARA DI ATAS

    ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA DILAMPIRKAN KERJA-KERJA UNDI PPKHAS/2018 JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

     

    KLIK LINK DIBAWAH UNTUK MEMUATTURUN DOKUMEN

     

    IKLAN NOTIS PEMBERITAHUAN UNDI PPKHAS 2018

    RALAT IKLAN PPKHAS 2018

    1. SURAT JEMPUTAN TAWARAN KERJA UNDI PEMBAIKAN BUMBUNG

    2. SURAT JEMPUTAN TAWARAN KERJA UNDI PEMBAIKAN SISTEM PERPAIPAN LUAR

    3. SURAT JEMPUTAN TAWARAN KERJA UNDI PEMBAIKAN SISTEM KUMBAHAN

    4. SURAT JEMPUTAN TAWARAN KERJA UNDI PENDAWAIAN ELEKTRIK

    5. LAMPIRAN 1-SENARAI EDARAN SYARIKAT BERDAFTAR JPWPKL

    6. SLIP KEHADIRAN UNDIAN PPKHAS 2018

    7. BORANG PENDAFTARAN KERJA-KERJA UNDI

  • PINDAAN TARIKH BENGKEL PEMURNIAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN DAN BORANG PENYERTAAN KARNIVAL SENI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH TAHUN 2015

    Dengan segala sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

    2.     Adalah dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) akan mengadakan bengkel seperti ketetapan berikut:

     

                   2.1     Tarikh          :     27 Februari 2015 (Jumaat)

                   2.2     Masa            :     8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

                   2.3     Tempat        :     Dewan Dato' Asiah, JPWPKL

     

    3.     Sehubungan dengan itu, tuan dipohon untuk membenarkan seorang guru (seperti dilampiran) untuk menghadiri bengkel tersebut. Pihak tuan boleh menghubungi Puan Azah binti Syed Mohamed di talian 03-6203 6258 untuk sebarang pertanyaan.

     

    Sekian, terima kasih.

  • PENCALONAN IKON GURU HARI GURU TAHUN 2015

    Dengan segala sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

    Urus Setia Hari Guru Tahun 2015 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempelawa pihak sekolah seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk mencalonkan seorang guru sebagai 'Ikon Guru'.

    Borang boleh dimuatturun seperti di bawah:

    1. Borang Pencalonan

    2. Syarat Penyertaan.

    Semua borang yang telah lengkap mestilah dihantar terus kepada urus setia seperti alamat di bawah sebelum dan pada 27 Februari 2015.

     

    Urus Setia

    Ikon Guru, Perayaan Hari Guru 2015,

    Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,

    Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

    Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin Off Jalan Tunku Abdul Halim, 50604 Kuala Lumpur.

    (u.p :En. Ismail bin Mohd Noor)

    e-mail:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Telefon : 03-6203 6254 / 03-6203 6239

                                        Faks      : 03-6203 6279

     

    3. Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan Pn. Azah binti Syed Mohamed di talian 03-6203 6257 atau En. Ahmad Badri bin Mohamed  di talian 03-6203 6239 untuk maklumat lanjut.

    Sekian, terima kasih.

  • PENCALONAN TOKOH GURU PERINGKAT NEGERI BAGI HARI GURU 2015

    Berikut dilampirkan butiran maklumat Pencalonan Tokoh Guru:

    Borang percalonan yang telaj lengkap hendaklah dihantar ke Sektor Pengurusan Sekolah, JPWPKL sebelum atau pada 31 Mac 2015.

    Sebarang   pertanyaan   berkenaan  perkara ini bolehlah menghubungi Encik Ramachandran a/l Letchumanan di talian 03-62036308, Sektor Pengurusan Sekolah, JPWPKL.

    Sekian, terima kasih.

  • Senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Disember 2014

    Senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Januari 2014

    (06 Februari 2015)

    Dimaklumkan bahawa dilampirkan senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan
    Malaysia dan nama yang telah dikeluarkan dari senarai Peminjam Tegar.

    (Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa akan dikemaskini pada bulan berikutnya)

    Sebarang pertanyaan sila hubungi :

    Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia,
    Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor
    Talian Hotline : 03-8321 7124 atau Faks : 03-8321 7102, Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Muat Turun

    Senarai Peminjam Tegar Sehingga 31 Disember 2014
    Senarai Nama Yang Telah Dikeluarkan Dari Senarai Peminjam Tegar Bagi Bulan 31 Disember 2014

    Diterbitkan oleh Bahagian Tajaan Pendidikan

     

  • Kemaskini Maklumat BKP Pelajar Tanggung 2014

    Maklumat Penting

    Semua Guru Penolong kanan HEM Sekolah-Sekolah Menengah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    diminta memastikan Guru Biasiswa mengemaskini status pelajar tanggung 2014.Tarikh Tutup 28 Feb berdasarkan takwim 2014 yang diberi.

    Harap maklum.

  • Program Transformasi Minda (PTM)

    Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bersama-sama ini disertakan borang untuk mengikut Kursus Program Transformasi Minda (PTM) untuk dilengkapi dan dihantar ke Unit Latihan dan Kemajuan Staf bagi guru-guru lantikan baru yang belum mengikuti progrm tersebut. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.  Sekian terima kasih. 

  • Kursus Pembangunan Kompetensi Mengikut Gred Guru KPM Tahun 2014

    Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas

    Dimaklumkan bahawa Laman web permohonan Kursus Pembangunan Kompetensi (CPD) mengikut Gred Guru KPM Tahun 2014 adalah seperti berikut

    Tarikh Permohonan : 1 Feb 2014 - 28 Feb 2014  

    Pengesahan Pengetua/ Guru Besar : 1 Mac 2014 - 8 Mac 2014

    Klik di sini untuk memuat naik surat

Qr Code

Pilihan warna

Hubungi Kami

JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, 50604 Kuala Lumpur
 
helpdesk Emel Jabatan:
jpn.wp.at.moe.gov.my
helpdesk Aduan :
aduanjpnkl.at.moe.gov.my
image facebook Facebook:
http://www.facebook.com/jpwpkl
Gantikan ".at." dengan "@"

 

Ungkapan Bestari

Kekuatan sesebuah negara adalah berdasarkan perpaduan.
Bahaya sesebuah negara adalah perpecahan.

Henry Woodworth Longfellow

Bilangan Pelawat

331923
http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/