Get Adobe Flash player

Hebahan Terkini

  • Banner Selamat Datang
  • Salam Aidilfitri 2017
  • Banner07
  • Banner08
  • Banner Dasar Kualiti
  • Frog
  • Banner Exam
  • Banner Hari Raya

Kelajuan Halaman

0.23 saat

Hari Guru

PENGENALAN

  • Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
  • Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

LOGO HARI GURU

  • Putih - Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
  • Perak - Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
  • Kuning - Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
  • Merah - Menunjukkan keteguhan semangat.
  • Biru - Menunjukkan perpaduan muhibah.
  • Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajaran dan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

IKRAR HARI GURU

  • Bahawasanya kami
  • Guru-guru negara Malaysia
  • Dengan ini berikrar
  • Mendukung terus cita-cita kami
  • Terhadap tugas kami
  • Dan menyatakan keyakinan kami
  • Pada cita-cita murni pekerjaan kami
  • Kami akan berbakti
  • Kepada masyarakat
  • Dan negara kami
  • Kami sentiasa menjunjung
  • Perlembagaan negara
  • Kami mengamalkan
  • Prinsip-prinsip Rukun Negara
  • Pada setiap masa

TEMA HARI GURU

  • [2011] Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
  • [2011] Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
  • [2010] Guru Pembina Negara Bangsa
  • [2009] Guru Pembina Negara Bangsa
  • [2008] Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • [2007] Guru Penjana Modal Insan Gemilang
  • [2006] Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • [2005] Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • [2004] Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • [2003] Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • [2002] Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • [2001] Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
  • [2000] Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  • [1999] Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  • [1998] Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  • [1997] Guru Bestari Sekolah Bestari
  • [1996] Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  • [1995] Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  • [1994] Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • [1993] Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • [1992] Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  • [1991] Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  • [1990] Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  • [1989] Guru Pembina Budaya Ilmu
  • [1988] Guru Pengasas Budaya Membaca
  • [1987] Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  • [1986] Pendidikan Teras Nasionalisme
  • [1985] Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  • [1984] Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  • [1983] Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  • [1982] Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  • [1981] Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  • [1980] Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  • [1979] Murid Sejahtera Negara Jaya
  • [1978] Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  • [1977] Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  • [1976] Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  • [1975] Guru dan Pembangunan Negara
  • [1974] Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  • [1973] Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  • [1972] Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
http://btpnkl.weebly.com/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/http://btpnkl.weebly.com/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/