Get Adobe Flash player

Hebahan Terkini

  • Banner Selamat Datang
  • Salam Aidilfitri 2017
  • Banner07
  • Banner08
  • Banner Dasar Kualiti
  • Frog
  • Banner Exam
  • Banner Hari Raya

Kelajuan Halaman

0.23 saat

Latihan Perguruan

SEJARAH IPG

  • Sejarah latihan keguruan negara bermula apabila Maktab Guru Melayu Singapura bertempat di Istana Lama Sultan Johor, Teluk Belanga, Singapura ditubuhkan pada tahun 1878. Pada tahun 1900, Maktab Melayu Melaka pula ditubuhkan dengan kemasukan 24 orang guru pelatih.
  • Maktab-maktab perguruan mempunyai pengalaman lebih 80 tahun dalam bidang latihan perguruan. Pengalaman yan begitu luas membantu maktab-maktab perguruan membina dan membangunkan kapasiti dari aspek kompetensi profesional sumber manusia dan infrastruktur.
  • Penawaran program bermula pada peringkat sijil perguruan. Pada tahun 1996, Maktab-maktab Perguruan mula menerima pelajar di peringkat diploma perguruan. Pada 13 Julai 2005, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan memorandum menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang boleh menganugerahkan ijazah melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU

  • Institut Pendidikan Guru (IPG) ialah institusi latihan keguruan di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia dan dikawal selia oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). BPG menentukan dasar manakala IPG akan melaksanakan latihan keguruan pra dan dalam perkhidmatan di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah atau apa-apa kelayakan lain yang ditetapkan. Penganugerahan akan dilakukan oleh BPG.
  • Tujuan utama penubuhan IPG ialah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan melahirkan guru-guru berkualiti, mahir, bertanggungjawab dan bangga menjadi pendidik serta mencapai sasaran semua guru berijazah di Sekolah Menengah dan 50% di sekolah rendah menjelang 2010.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam yang telah dikhususkan untuk bidang pendidikan.
  • UPSI mempunyai sejarah yang panjang dalam bidang pendidikan guru. Ia telah ditubuhkan sebagai Sultan Idris Teaching College (SITC) pada tahun 1917 diilhamkan oleh R.O. Windstedt, Gabenor Negeri-Negeri Selat pada ketika itu.
  • Namanya kemudian ditukar kepada Maktab Perguruan Sultan Idris pada 1959 dan dikhususkan untuk guru-guru sekolah rendah
  • Maktab ini kemudiannya dinaikkan taraf kepada Institut Perguruan Sultan Idris pada tahun 1987.
  • Setelah diwartakan menjadi universiti pada tahun 1997, UPSI terus menjadi teraju dalam bidang pendidikan
  • UPSI menawarkan program ijazah pendidikan pada tahap sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.
http://btpnkl.weebly.com/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/http://btpnkl.weebly.com/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/