Get Adobe Flash player

Hebahan Terkini

  • Banner Selamat Datang
  • Banner07
  • Banner08
  • Banner Dasar Kualiti
  • Frog
  • Banner Hari Krismas

Kelajuan Halaman

0.81 saat

Pra Sekolah

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

  • Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

  • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
  • Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
  • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
  • Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
  • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
  • Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
  • Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

  • Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.


VISI PENDIDIKAN PRASEKOLAH

  • "Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"


MISI PENDIDIKAN PRASEKOLAH

  • Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.

LATAR BELAKANG PROGAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  • 18 Disember 1991
    • Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan KPM melaksanakan Program Prasekolah.
    • Sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah telah dibuka termasuk 26 buah di Maktab Perguruan.
  • Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
    • Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
  • 6 Jun 2001
    • Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju KPM melaksanakan Peluasan Program Prasekolahan
  • Bilangan Institusi, Kelas Serta Enrolmen Murid Prasekolah Wilayah Persekutuan

    Bil Institusi Bil Kelas Bil Murid Catatan
    126 162 3414 Termasuk SKPK dan Institusi Pendidikan Guru

*Data berdasarkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan sehingga 9 Ogos 2011

TALIAN UNTUK DIHUBUNGI

  • Unit Pengurusan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah
    Sektor Pengurusan Sekolah
    Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    Telefon: +603-62036310
http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/