Get Adobe Flash player

Hebahan Terkini

  • Banner Selamat Datang
  • Banner07
  • Banner08
  • Banner Dasar Kualiti

Kelajuan Halaman

0.52 saat

Pra Universiti

PENGENALAN

  • Murid-murid yang telah tamat pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan SPM boleh meneruskan pengajian ke tahap pendidikan tinggi. Terdapat dua laluan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA):
    • Tingkatan Enam
    • Program Matrikulasi

TINGKATAN 6

  • Pengajian Tingkatan 6 mengambil masa dua tahun (Tingkatan 6 Bawah dan Tingkatan 6 Atas). Pelajar yang layak akan menerima surat tawaran dari Jabatan Pendidikan Negeri. Terdapat dua jurusan yang ditawarkan di Tingkatan 6.
    • Kemanusiaan
    • Sains
  • Pada akhir Tingkatan 6, pelajar akan dinilai melalui peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

MATRIKULASI

  • Latar Belakang
    • Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
    • Pada sesi 1999/2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998.
    • Mulai sesi 2000/2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Konsep
    • Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta.
    • Tempoh pengajian prauniversiti ini mengambil masa dua (2) semester. Kurikulum program ini memberi penekanan terhadap aspek akademik dan tidak mengabaikan aspek kokurikulum.
    • Di samping menyediakan pelajar yang berilmu dan berketrampilan, pelajar juga perlu mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji dan daya kepimpinan yang tinggi.
    • Semua pelajar program ini mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi.
  • Tempat Pengajian
    • Mulai sesi 2003/2004, Program Matrikulasi dijalankan di Kolej-Kolej Matrikulasi dan Kolej MARA sahaja. Senarai Kolej Matrikulsi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh diperoleh dalam Direktori Institut.
  • Bidang Pengkhususan
    • Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua(2) jurusan pengajian:
      • Jurusan Sains (Kod M001)
      • Jurusan Perakaunan (Kod M003)
  • Rancangan Program
    • Jangka Masa Program
      • Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil masa dua (2) semester / satu (1) tahun kecuali bagi Program Dua Tahun.
    • Pengambilan Pelajar
      • Mulai sesi 2001/2002 pengambilan pelajar dibuat sekali setahun iaitu bulan April/Mei. Pengambilan ini membolehkan pelajar lulusan Program Matrikulasi memasuki IPTA untuk program ijazah pertama pada tahun berikutnya.
    • Mata Pelajaran
      • Mata Pelajaran yang dipelajari semasa mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut:
        • Jurusan Sains (M001)
          • Matematik
          • Kimia
          • Fizik atau Biologi
        • Jurusan Perakaunan (M003)
          • Matematik
          • Perakaunan
          • Ekonomi
          • Pengurusan Perniagaan
      • Di samping mata pelajaran bidang pengkhususan, mata pelajaran berikut wajib diambil oleh semua pelajar:-
        • Bahasa Inggeris
        • Dinamika Kemahiran
        • Pendidikan Islam/Moral
        • Sains Informatik
      • Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia diwajibkan mengambil satu daripada mata pelajaran kokurikulum berikut:-
        • Sukan/Permainan atau
        • Persatuan/Kelab atau
        • Kawat Kaki
  • Bahasa Penghantar Program Matrikulasi
    • Mulai sesi 2004/2005 mata pelajaran Matematik, Sains, Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Informatik diajar dalam Bahasa Inggeris.
  • Pembiayaan
    • Pelajar Program Matrikulasi dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Peluang meneruskan pengajian selepas lulus program matrikulasi
    • Pelajar yang lulus program ini dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan berpeluang mengikuti program ijazah pertama di semua universiti awam.
      • Pelajar yang lulus Program Matrikulasi Sains boleh memohon untuk mengikuti program pengajian ijazah pertama dalam bidang seperti berikut:-
        • Perubatan
        • Pergigian
        • Sains
        • Sains Komputer
        • Teknologi
        • Kejuruteraan
        • Seni Bina
        • Bioperubatan
        • Bioteknologi
        • Farmasi
        • Sains Gunaan
        • Sains Pendidikan
        • Teknologi Maklumat
        • Bidang-bidang lain yang sesuai
        • Pelajar yang mengikuti bidang perubatan juga berpeluang ditaja ke unversiti luar negara.
      • Pelajar yang lulus Program Matrikulasi Perakaunan boleh memohon untuk mengikuti program pengajian ijazah pertama dalam bidang seperti berikut:-
        • Perakaunan
        • Ekonomi
        • Pengurusan Perniagaan
        • Pentadbiran Perniagaan
        • Pentadbiran Awam
        • Teknologi Maklumat
        • Pengurusan Sumber Manusia
        • Bidang-bidang lain yang sesuai
http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/