Maklumat Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu

LATAR BELAKANG

OBJEKTIF

Objektif Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu adalah seperti berikut:
  • Memastikan semua sekolah menguruskan sumbernya secara optimum.
  • Memastikan sekolah-sekolah memperoleh bahan dan maklumat kurikulum yang terkini daripada JPWP dan KPM.
  • Memastikan sekolah-sekolah melaksanakan pengurusan Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Sukan dan Kokurikulum serta program-program khas akademik KPM mengikut garis panduan yang ditetapkan.
  • Memastikan proses Perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan peperiksaan awam mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Mempertingkatkan pencapaian akademik dan peperiksaan awam.
  • Memastikan penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum mengikut dasar KPM.
  • Meningkatkan pencapaian murid dalam pertandingan sukan dan kokurikulum.
  • Memastikan proses perlaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dijalankan mengikut Garis Panduan yang diberi.
  • Meningkatkan kompetensi personel.
  • Memastikan sistem pengurusan dan pentadbiran berkualiti dengan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara optimum.
  • Memastikan sumber kewangan diurus tadbir dengan efisien, betul dan berintegriti.
  • Memastikan semua pengurusan data dilaksanakan dengan efisien untuk membuat keputusan yang tepat.
  • Memastikan perkhidmatan yang diberi memenuhi kepuasan pelanggan.

      

PIAGAM PELANGGAN

Kami, warga Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan  berjanji :

  • Memberikan perkhidmatan mesra pelanggan.
  • Memproses urusan penempatan murid Tahun 1, Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah  Harian dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum tarikh pengesahan/pendaftaran.

  • Memproses urusan pertukaran biasa murid bagi semua Sekolah Harian dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

  • Memastikan urusan Rayuan Bersekolah Semula Murid diselesaikan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

  • Memastikan calon peperiksaan awam yang telah didaftarkan dapat menduduki peperiksaan.

  • Memastikan penempatan guru baharu dapat diuruskan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh senarai guru diterima.

  • Memastikan pertukaran guru diuruskan 2 kali setahun dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan.

  • Memastikan proses pengurusan aduan dilaksanakan dengan cekap dan teratur dalam tempoh 14 hari bekerja.

  • Memproses baucar-baucar tuntutan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen bayaran yang lengkap.

  • Memproses permohonan sebutharga,bekalan dan perkhidmatan dalam masa 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen yang lengkap.

     

CARTA ORGANISASI KESELURUHAN

Paparan carta organisasi keseluruhan, sila klik di sini.