Get Adobe Flash player

Hebahan Terkini

  • Banner Selamat Datang
  • Banner Tahun Baru 2015
  • Banner07
  • Banner08
  • Banner Dasar Kualiti

Kelajuan Halaman

0.70 saat

Maklumat Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul

LATAR BELAKANG

Latar belakang Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul adalah seperti berikut:-

  • Pada 16 Oktober 2008, Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul Kuala Lumpur (PPWSKL)  ditubuhkan. PPWSKL yang baru ditubuhkan ini bertanggungjawab terhadap pengurusan 59 buah sekolah rendah dan 23 buah sekolah menengah di Zon Sentul. 
  • PPSKL memulakan operasinya dengan kapasiti perjawatan seramai 14 orang pegawai yang terdiri daripada seorang Caretaker, 6 orang Penolong Pegawai Pelajaran, 2 orang Penyelia Kanan dan 3 orang Penyelia yang telah menerima surat pelantikan berkuatkuasa pada 16 Oktober 2008.
  • Pada 1 Disember 2008, PPWSKL telah mendapat    seorang kakitangan sokongan iaitu Pembantu Am Pejabat. Setelah hampir dua bulan beroperasi barulah PPWSKL menerima ketuanya pada 2 Januari 2009 iaitu Timbalan Pengarah Pelajaran, Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul, Puan Rohanah bt. Baharom.
  • Pengoperasian PPWSKL bermula di premis Sekolah Kebangsaan Sentul Utama mulai 17 November 2008 hingga sekarang. Premis kekal PPWSKL masih dalam perancangan dan tindakan Jabatan Pelajaran Negeri  Wilayah Persekutuan.
  • Terdapat lima unit di bawah pentadbiran PPWSKL yang terdiri daripada Unit Pengurusan Akademik, Unit Pengurusan Sekolah, Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Unit Khidmat Pengurusan dan Pembangunan   dan Unit Psikologi dan Kaunseling.

OBJEKTIF


Objektif Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul adalah seperti berikut:-

  • Memastikan semua sekolah memperoleh bahan dan maklumat terkini berkaitan kurikulum dan kokurikulum serta mengaplikasi mengikut garis panduan yang ditetapkan.
  • Memastikan pencapaian akademik dalam peperiksaan awam dan kokurikulum di tahap gemilang dengan peningkatan sahsiah.
  • Memastikan prasarana pendidikan di semua sekolah mencukupi dan kondusif, menepati kehendak PdP dan kokurikulum berkesan.
  • Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan berkualiti dengan bantuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
  • Menyediakan latihan dan memastikan kompetensi warga pendidik dan personel di tahap yang tinggi dengan mengeksplotasikan peluang pembelajaran seumur hidup.
  • Memantapkan profesionalisme dan kepimpinan pengetua / guru besar dan meningkatkan kualiti guru melalui latihan berterusan.
  • Membentuk warga kerja yang cekap, jujur dan amanah dalam pengurusan pentadbiran.

PIAGAM PELANGGAN


Piagam Pelanggan Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul adalah seperti berikut:-

  • Memastikan tuan/puan mendapat layanan perkhidmatan kaunter dalam tempoh masa 10 minit.
  • Berasa selesa dan berpuas hati dengan  kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan semasa berurusan dengan kami.
  • Dibantu untuk mendapatkan maklumat yang lengkap  dari pegawai dan kakitangan kami bagi urusan Perkhidmatan  di pejabat ini.
  • Meluluskan Penyata Perubahan Pendapatan (Kew- 8) guru-guru dan staf sokongan di sekolah-sekolah Zon Sentul diuruskan dalam masa tempoh 7 hari bekerja selepas dokumen yang lengkap   diterima dari sekolah.
  • Memastikan proses permohonan urusan cuti Guru Besar/Pengetua (termasuk menyemak    kenyataan cuti) diurus dalam tempoh masa 7 hari bekerja.
  • Memproses urusan penempatan murid ke   sekolah-sekolah yang dipohon dalam tempoh 10 hari bekerja (selagi ia memenuhi syarat yang telah diwajibkan, lengkap dan mengikut prosedur).
  • Memproses permohonan guru ganti ke sekolah-sekolah dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh   permohonan diterima dari sekolah.
  • Menghantar surat akuan terima kepada Pengadu  dalam  tempoh 1 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  • Memberi maklumbalas aduan kepada pelanggan dalam tempoh 15 hari bekerja setelah keputusan penuh diterima.
  • Membantu pihak sekolah yang gagal melengkapkan maklumat atas talian berkaitan SKPM/SIP dalam tempoh 7 hari selepas tarikh talian ditutup.

CARTA ORGANISASI

Paparan carta organisasi, sila klik di sini.
 

SENARAI PERJAWATAN DAN GRED

Paparan senarai perjawatan dan gred, sila klik di sini.
 
 
http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/