Get Adobe Flash player

Hebahan Terkini

  • Banner Selamat Datang
  • Banner Tahun Baru 2015
  • Banner07
  • Banner08
  • Banner Dasar Kualiti
  • Banner Sesi Persekolahan
  • Frog Play
  • bannerAPC_a_JPWPKL
  • bannerAPC_JPWPKL

Kelajuan Halaman

0.57 saat

Maklumat Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat

LATAR BELAKANG

Latar belakang Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat adalah seperti berikut:-

  • Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat (PPWK) ditubuhkan pada 16 Oktober 2008. PPWK bertanggungjawab terhadap pengurusan 23 buah sekolah menengah dan 40 buah sekolah rendah di Wilayah Keramat.
  • Pada awal penubuhannya, PPWK beroperasi di SK Jalan Kuantan 2, Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur dengan jumlah pegawai dan kakitangan pada peringkat awal seramai 18 orang.
  • Terdapat lima unit di bawah pentadbiran PPWK iaitu Unit Pengurusan Sekolah, Unit Pengurusan Akademik, Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Unit Pengurusan Maklumat & ICT, dan Unit Pentadbiran Am.
  • Pada 16 September 2011, PPWK telah berpindah ke premis baru di Aras 9, Menara TH Selborn.

OBJEKTIF


Objektif Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat adalah seperti berikut:-

  • Memastikan sistem pengurusan pejabat dan pengurusan kewangan PPWK ditadbir dengan cekap, berkualiti dan berkesan menggunakan teknologi terkini.
  • Memastikan prasarana pendidikan yang cukup dan kondusif untuk menyokong kelangsungan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Memastikan sekolah-sekolah memperoleh semua bahan dan maklumat kurikulum yang terkini daripada JPWPKL dan KPM dan melaksanakannya mengikut garis panduan yang diberi
  • Mempertingkatkan pencapaian akademik.
  • Memastikan proses pelaksanaan peperiksaan awam mengikut prosedur LPM/MPM.
  • Memastikan sekolah mendapat keperluan guru yang mencukupi.
  • Mengawal pengurusan dan pentadbiran sekolah swasta.
  • Memastikan segala urusan pendaftaran dan permohonan sekolah mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
  • Memastikan proses pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan dijalankan mengikut garis panduan yang diberi.
  • Memastikan pihak sekolah mengurus hal ehwal murid dengan cekap dan berkesan.
  • Memastikan penyertaan dan peningkatan kecemerlangan murid dalam aktiviti kokurikulum yang dirancang.
  • Memastikan semua data sekolah, guru dan bukan guru serta murid dibuat dengan tepat untuk dijadikan asas dalam membuat keputusan yang cekap dan berkesan.

FUNGSI UTAMA


Fungsi Utama Unit-Unit di Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat adalah seperti berikut:-

  • Unit Pengurusan Sekolah
    • Mengurus penempatan dan pertukaran murid, prasekolah dan pendidikan khas
    • Mengurus pertukaran dan penempatan guru
    • Mencadangkan pengisian jawatan kanan bagi kumpulan pentadbir
    • Mengurus permohonan dan penempatan kumpulan KGSK
    • Mengurus permohonan dan penempatan murid ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Kelas Rancangan Khas (KRK)
    • Menguruskan hal-hal berkaitan perhubungan dan pendaftaran
    • Menjalankan siasatan aduan dan maklumbalas pelanggan
    • Membantu dan membimbing sekolah secara berterusan
  • Unit Pengurusan Akademik
    • Memastikan sekolah memperoleh semua bahan dan maklumat kurikulum yang terkini daripada JPWPKL dan KPM
    • Memastikan sekolah melaksanakan pengurusan kurikulum mengikut garis panduan daripada KPM
    • Memastikan program-program khas akademik KPM dijalankan mengikut garis panduan yang diberi
    • Mempertingkatkan pencapaian akademik
    • Mempertingkatkan pencapaian dalam peperiksaan awam
    • Memastikan sekolah menjalankan latihan dalam perkhidmatan mengikut prosedur ditetapkan
  • Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
    • Membentuk sifat berdikari dan kepimpinan yang tersusun dari segi pengurusan serta bertanggungjawab
    • Meningkatkan disiplin murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
    • Meningkatkan keseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani, rohani, minat dan bakat murid ke arah kecemerlangan kokurikulum dan sukan
    • Mengukuhkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid untuk meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul dan seterusnya mencapai matlamat
  • Unit Khidmat Pengurusan
    • Mengurus perkhidmatan PPWK berkaitan laporan perubahan KEW, urusan penyata cuti, urusan pengesahan jawatan, dan urusan kursus dan latihan kakitangan
    • Melaksanakan pengurusan aset dan inventori
    • Memantau dan membantu pengurusan kewangan dan akaun sekolah
    • Mengurus kerja penyelenggaraan bangunan, mesin dan alatan pejabat/kebersihan pejabat
    • Mengurus dan mengendalikan staf sokongan
    • Menyelia dan mengurus penggunaan kenderaan
    • Menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM)
    • Menyediakan peruntukan tambahan PPWK
  • Unit Maklumat dan ICT
    • Menyediakan Data Maklumat Asas Pendidikan sekolah-sekolah yang kemaskini, betul dan tepat
    • Menyelaras dan melaksanakan penggunaan aplikasi yang dijadualkan diperingkat PPWK
    • Mengurus kemasukan data, percetakan laporan dan analisis data
    • Mengurus hal-hal pengendalian perkakasan dan perisian aplikasi
    • Memberi input dan menyediakan ulasan perolehan peralatan komputer

 

PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat adalah seperti berikut:

  • Memastikan setiap murid warganegara mendapat tempat belajar mengikut tahun/tingkatan pada hari pertama sesi persekolahan baharu bermula.
  • Menempatkan guru ke sekolah tidak lewat 14 hari bekerja setelah menerima senarai guru dari KPM dan JPN.
  • Menyediakan dan menyerahkan dapatan pemantauan kepada lokasi pada hari pemantauan.
  • Memastikan setiap pendaftaran calon peperiksaan awam diterima dari sekolah dan dihantar ke JPN dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
  • Memastikan semua permohonan pertukaran murid diproses oleh PPWK dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh borang diterima.
  • Memastikan PPWK sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan:
  • (i) sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dalam masa 10 minit.
  • (ii) menentukan segala surat aduan dan rayuan diberi jawapan dalam temph 14 hari bekerja dari tarikh diterima.
  • (iii) sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.
 

CARTA ORGANISASI

Paparan carta organisasi, sila klik di sini.
 

SENARAI PERJAWATAN DAN GRED

Paparan senarai perjawatan dan gred, sila klik di sini.
 
 
http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/