Get Adobe Flash player

Hebahan Terkini

  • Banner Selamat Datang
  • Banner07
  • Banner08
  • Banner Dasar Kualiti
  • Frog
  • Lawatan KPPM
  • Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 SMKA KAA Sesi 2019

Kelajuan Halaman

0.24 saat

Sektor-Sektor

Unit Pengurusan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah

LATAR BELAKANG

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pendidikan prasekolah setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991. Pada tahun 1992, KPM melaksanakan Projek Pendidikan Prasekolah yang melibatkan 1,070 sekolah dengan 1,131 kelas yang dikenali sebagai prasekolah annex (perintis). Prasekolah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Prasekolah Aliran Perdana dan Prasekolah Pendidikan Khas. Prasekolah bertujuan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

 

OBJEKTIF

  • Memberi peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun mendapat pendidikan prasekolah melalui Program Pendidikan prasekolah.
  • Memastikan guru-guru yang dibekalkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencukupi mengikut opsyen.
  • Mengenalpasti sekolah-sekolah yang sesuai untuk peluasan Program Pendidikan Prasekolah.

FUNGSI UTAMA UNIT PENGURUSAN AWAL KANAK-KANAK DAN PRASEKOLAH

  • Mengurus dan memantau aspek pengurusan kelas prasekolah di sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Mengurus dan mengawal selia Anggaran Belanja Mengurus (ABM), kewangan dan perjawatan bagi aktiviti Pendidikan Awal
  • Mengurus dan mengawal selia peluasan kelas prasekolah WPKL
  • Mengurus dan menyelaras data dan maklumat prasekolah KPM
  • Merancang, melaksana dan memantau program dan akitiviti prasekolah
  • Merancang dan mengurus keperluan pembekalan ke kelas prasekolah JPWPKL
  • Melaksanakan dasar-dasar sedia ada dan peluasan sedia ada KPM

AKTIVITI UTAMA UNIT PENGURUSAN AWAL KANAK-KANAK DAN PRASEKOLAH

  • Taklimat Untuk Guru Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah
  • Bengkel Verifikasi Data Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
  • Kursus Pendedahan Asas Pengurusan Prasekolah Untuk Pentadbir Baharu
  • Kursus Pemantapan Diri dan Peningkatan Kualiti Guru dan PPM Prasekolah
 CARTA ORGANISASI

 SENARAI PERJAWATAN DAN GRED

BIL NAMA JAWATAN GRED
1. ZAINAB BINTI ZAKARIA KETUA UNIT DG44
2. NESEEM BINTI ZAMAN PENYELIA KANAN DG38(KUP)
3. NOR AZLIN BINTI ZAINI PENYELIA DG34(KUP)
4. NORSHARIDA BINTI MD NOR PEMBANTU TADBIR N17

Unit Sekolah Rendah

OBJEKTIF
  • Memastikan setiap pelajar yang ditempatkan di sekolah rendah mendapat tempat dan menamatkan pendidikan rendah selama 6 tahun.
  • Memastikan guru-guru yang dibekalkan ke Wilayah Persekutuan ditempatkan mengikut kesesuaian opsyen agar pelajar-pelajar mendapat faedah pembelajaran yang optimum.
  • Meningkatkan pengurusan sekolah bagi memastikan peruntukan kewangan yang diperolehi diagihkan secara seimbang (kos efektif).
  • Mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengurusan peringkat unit dan sekolah.
  • Meningkatkan tahap keprofesionalisme pentadbiran sekolah dalam aspek pengurusan.
  • Mengaplikasikan kemahiran individu dalam menangani isu pengurusan sekolah.

FUNGSI UMUM

  • Sektor Pengurusan Sekolah Rendah beroperasi menguruskan program berkaitan hal ehwal guru dan hal ehwal murid daripada segi kemasukan ke sekolah Rendah harian.
  • Sektor ini berfungsi meningkat dan menyempurnakan aspek pelaksanaan,penyelarasan dan pengurusan program pendidikan peringkat menengah untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Negara

FUNGSI KHUSUS

  • Mengurus penempatan dan pertukaran guru sekolah rendah.
  • Mengurus kemasukan murid warganegara dan bukan warganegara sekolah rendah.
  • Menyelaras program pendidikan rendah.
  • Mengurusetia program pendidikan rendah.
  • Merancang, melaksana dan memastikan pelaksanaan program-program sekolah rendah.
  • Menjalankan tindakan-tindakan susulan terhadap laporan-laporan Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Menyebar dan memastikan maklumat pendidikan terkini dipatuhi secaraberkesan di peringkat sekolah.

PENGURUSAN GURU

  • Merancang dan mengurus Penempatan dan Pertukaran Guru Sekolah Rendah.
  • Penempatan Guru Sandaran Terlatih Keluaran Dari Maktab Perguruan Dan Pelbagai Universiti Tempatan
  • Penempatan bekas guru yang tamat kursus, cuti separuh gaji, bergaji penuh dan cuti tanpa gaji.
  • Penempatan KGSK dan GSTT.
  • Rayuan penempatan semula.
  • Pertukaran guru dalam negeri.
  • Pertukaran guru keluar antara negeri.
  • Penempatan guru masuk antara negeri.
  • Rayuan pembatalan pertukaran guru.
  • Memproses permohonan calon-calon Guru Cemerlang DGA34 dan ke bawah

PENGURUSAN MURID

  • Merancang Kemasukan Murid Sekolah Rendah.
  • Memproses permohonan penempatan murid SK/SJKC/SJKT Tahun Satu.
  • Memproses permohonan pertukaran murid Tahun Satu hingga Tahun Enam.
  • Memproses permohonan murid pulang dari luar negara bagi Tahun Satu hingga Tahun Enam ke Sekolah Rendah Harian Biasa.
  • Memproses permohonan pertukaran murid dari Sekolah Swasta ke Tahun Satu hingga ke Tahun Enam.
  • Menguruskan rayuan permohonan belajar semula Tahun Satu hingga Tahun Enam bagi sekolah rendah harian biasa
  • Pengurusan penempatan murid Tahun Satu hingga Tahun Enam.
  • Pengurusan pertukaran sekolah Tahun Satu hingga Tahun Enam.
  • Memproses Permohonan rayuan Sekolah Tahun Satu.
  • Memproses kemasukan murid Tahun Dua hingga Tahun Enam Sekolah Kawalan.
  • Memproses kemasukan murid Tahun Satu Lebih Awal.
  • Penempatan murid Tahun Satu Sekolah Kawalan.
  • Permohonan pertukaran murid Tahun Dua hingga Tahun Enam ke Sekolah Kawalan
  • Permohonan pertukaran murid pulang dari luar negara ke Sekolah Kawalan.
  • Penempatan murid Swasta ke Sekolah Kawalan.
  • Rayuan permohonan ke Tahun Satu Sekolah Kawalan.
  • Memproses permohonan murid mengikut niche area ke Sekolah Kluster

PENGURUSAN DATA

  • Merancang dan Mengurus Pengumpulan Data Guru dan Murid.
  • Kutipan data melalui cetakan BSKG dalam E Operasi.
  • Kutipan data murid pendaftaran tahun satu melalui sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
  • Menguruskan data-data yang diperlukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan dan Agensi lain

PENGURUSAN SUMBER

  • Merancang Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus Kewangan dan Perjawatan.
  • Menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahunan Kewangan, Perjanjian Program dan Perjawatan.
  • Menyediakan laporan semak semula ABM tahunan.
  • Mengagihkan peruntukan kewangan untuk semua program dan aktiviti.
  • Mengawal dan memantau peruntukan yang diagihkan agar belanjakan secara kos efektif.
  • Merancang permohonan tambahan peruntukan kewangan sekiranya peruntukkan tidak mencukupi.
  • Memantau dan membuat laporan prestasi perbelanjaan di bawah aktiviti rendah.
  • Mengurus penyediaan pakej kewangan bagi mesyuarat dan kursus untuk Guru Data, Guru Baru, Penolong Kanan Petang, Guru Penolong Kanan dan Guru Besar

PEMANTAUAN SEKOLAH

  • Membuat pemantauan ke semua sekolah rendah harian JPWPKL

PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

  • Menguruskan pencalonan sekolah cemerlang.

PENGURUSAN UMUM

  • Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa
    • Mewakili Ketua Sektor Pengurusan Sekolah / Pengarah Pelajaran dan mesyuarat / majlis rasmi sekiranya diarahkan
    • Memantau program GIS (Geographical Information System) JPWPKL.
  • Penempatan guru kontrak.

CARTA ORGANISASI

  • Tekan sini untuk paparan.

SENARAI PERJAWATAN DAN GRED

BIL NAMA JAWATAN GRED
1. SYED ABD HALIM BIN SYED SALIM KETUA UNIT DG48(KUP)
2. MOHD ALIMI BIN MOHD ARIFF PENOLONG PENGARAH (PENGURUSAN GURU) DG44 (KUP)
3. MOHD SYAHRIZAN BIN ZAKARIA PENOLONG PENGARAH (PENGURUSAN DATA & ABM) DG41
4. ALL JOHARI BIN IBRAHIM PENYELIA KANAN DG34
5. LIM AH MENG PENYELIA (PENYELIA SJKC) DG34
6. RAMACHANDRAN  A/L LETCHUMANAN PENYELIA (PENYELIA SJKT) DG32
7. WAN MAZYANI BINTI MAMAT PENYELIA (PENGURUSAN MURID) DG32
8. TENGKU ZAIDAH BINTI TUAN ZAINAL PEMBANTU TADBIR N17
9. ZURAIDA BINTI ROSLI PEMBANTU TADBIR N17
10. UMI KALSOM BINTI SAAT PEMBANTU TADBIR N17
11. RUZAIMI BINTI MUKTI PEMBANTU TADBIR N17
12. LAILI BINTI MOHAMED PEMBANTU OPERASI N11

 

Unit Sekolah Menengah

LATAR BELAKANG

  • Cabaran besar yang dihadapi oleh Unit Sekolah Menengah ialah memenuhi keperluan tempat murid mengikut kehendak pelanggan serta tuntutan ke arah melaksanakan sekolah berkesan. Di samping itu, menjadi tanggungjawab Unit Sekolah Menengah untuk memenuhi misi JPWPKL.
  • Dalam memenuhi misi JPWPKL ini, Unit Sekolah Menengah perlu menyediakan tempat belajar kepada semua murid yang memasuki sekolah menengah. Namun, perkara-perkara yang di luar kawalan seperti bekalan guru yang tidak memenuhi kehendak pelanggan dan pertambahan/kepadatan penduduk di sesetengah kawasan yang tidak selaras dengan pembangunan sekolah, menjadi penghalang kepada usaha memenuhi sasaran kerja tahunan unit dan mencapai visi JPWPKL.

OBJEKTIF

  1. Memastikan setiap murid berumur 13 hingga 17 tahun yang diberi penempatan di sekolah menengah dan menamatkan pendidikan menengah dalam tempoh dari 5 tahun atau 7 tahun.
  2. Memastikan guru-guru yang dibekalkan ke Wilayah Persekutuan ditempatkan mengikut kesesuaian opsyen agar pelajar-pelajar mendapat faedah pembelajaran yang optimum.
  3. Meningkatkan pengurusan sekolah bagi memastikan peruntukan kewangan yang diperoleh diagihkan secara seimbang (kos efektif).
  4. Mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengurusan peringkat unit dan sekolah.
  5. Meningkatkan tahap keprofesionalisme pentadbiran sekolah dalam aspek pengurusan.
  6. Mengaplikasikan kemahiran individu dalam menangani isi pengurusan sekolah.

FUNGSI UTAMA

A) PENGURUSAN MURID

  • Pendaftaran, penempatan dan pertukaran murid bagi Kelas Peralihan dan Tingkatan Satu hingga Enam.
  • Mengurus permohonan pertukaran murid dalam dan luar negeri.
  • Mengurus permohonan belajar semula murid yang pulang dari luar negara.
  • Mengurus permohonan murid dari sekolah swasta yang ingin bersekolah semula di sekolah kerajaan.
  • Pendaftaran, penempatan dan pertukaran murid di Tingkatan Satu hingga Lima ke Sekolah Kluster Kecemerlangan(SKK) / Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
  • Pendaftaran, penempatan dan pertukaran murid di Tingkatan Satu hingga Lima ke Kelas Rancangan Khas (KRK).
  • Membantu Unit Perhubungan dan Pendaftaran menempatkan murid bukan warganegara yang memohon belajar di sekolah kerajaan.
  • Memproses permohonan murid mengulang ke Tingkatan Lima bagi murid yang gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 B) PENGURUSAN GURU

  • Pertukaran Guru Antara Negeri/Bahagian, dan Dalam Negeri
    1. Dua kali setahun iaitu bulan Januari dan Jun.
    2. Tempoh permohonan bagi pertukaran sesi Jun pada 1 hingga 30 April dan pertukaran sesi Januari pada 1 hingga 30 September.
    3. Kriteria permohonan mengikut keutamaan:
      • Kes kesihatan yang kronik
      • Ancaman keselamatan
      • Ikut suami/isteri
      • Tempoh perkhidmatan
      • Lain-lain alasan
    4. Permohonan secara atas talian menggunakan aplikasi eGTukar iaitu https://epgo.moe.gov.my/ 
    5. Dokumen sokongan perlu disertakan bersama borang permohonan untuk semakan oleh panel pertukaran JPWPKL.
  • Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK)
    1. Objektif KGSK ialah untuk mengatasi kekurangan sementara guru di sekolah apabila terdapat ketiadaan guru yang selama ini diisi dengan guru ganti yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas atau pengalaman.
    2. Ahli KGSK terdiri daripada guru bersara wajib/pilihan (siswazah/bukan siswazah), pemegang kelayakan ikhtisas perguruan (bachelor pendidikan/diploma pendidikan) dan bekas Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sekurang-kurangnya setahun pengalaman (Ijazah/Diploma/STPM/SPM).
    3. Ahli KGSK akan bertugas sebagai guru ganti di sekolah yakni minimum sehari dan maksimum setahun.
    4. Kadar gaji harian bagi anggota sambilan telah ditetapkan mengikut gaji permulaan skim perkhidmatan seseorang anggota itu dilantik termasuk mengambil kira kaedah penentuan gaji permulaan bagi skim yang mempunyai unsur multiple entry.
    5. JPN/PPW diberi kuasa untuk melantik KGSK. Bayaran elaun diuruskan oleh PPW atau Sekolah PTJ sebagai Pusat Tanggungjawab.

CARTA ORGANISASI

SENARAI PERJAWATAN DAN GRED

BIL NAMA JAWATAN GRED
1 SHARIMAH BT. RAMLI KETUA PENOLONG PENGARAH DG48
2 ASRINA AYU BT. CHIK PENOLONG PENGARAH KANAN (PENGURUSAN GURU) DG44
3 AZWATI SURIA BT. ALI PENOLONG PENGARAH KANAN (PENGURUSAN PROJEK KHAS) DG44
4 NORAJMALI RIDZUWAN B. ISMAIL PENOLONG PENGARAH KANAN (PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL) DG44
5 NORHALIF B. YUSOF PENOLONG PENGARAH (PENGURUSAN DATA & ABM) DG44(KUP)
6 NUR ASIAH BT. CHE LAH PENOLONG PENGARAH (PENGURUSAN TINGKATAN ENAM) DG44(KUP)
7 NAZROL AFENDI B. AB. RAHMAN PENOLONG PENGARAH (PENGURUSAN MURID) DG44(KUP)
8 ROHANI BT. ABDUL LATIF KETUA PEMBANTU TADBIR N22
9 ROHAYATI BT. MOHD SALLEH PEMBANTU TADBIR N19
10 SUHARNI BT. ABU SALIM PEMBANTU TADBIR N19
11 JUNAIDAH BT. OTHMAN PEMBANTU OPERASI N11

Unit Perhubungan dan Pendaftaran

LATAR BELAKANG

Latar belakang Unit Perhubungan dan Pendaftaran adalah seperti berikut:-

  • Pada tahun 1999, Unit Perhubungan dan Pendaftaran dan Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur digabungkan dan dikenali sebagai Unit Perhubungan, Pendaftaran dan Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Penggabungan dua unit ini adalah selaras dengan surat pekeliling Pentadbiran Bil. 2/1998 bertarikh 12 Ogos 1998.
  • Pada tahun 2007, Unit Perhubungan, Pendaftaran dan Pendidikan Swasta, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibahagikan kepada dua unit berasingan dan dikenali sebagai Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Sub unit Perhubungan bertanggungjawab terhadap urusan perhubungan serta urusan permohonan berkaitan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
  • Sub unit Pendaftaran bertanggunjawab terhadap urusan pendaftaran sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, pendaftaran murid bukan warganegara, Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) serta Lembaga Pengelola Sekolah (LPS)
  • Sejak ditubuhkan, unit ini ditadbir di bawah Sektor Pengurusan Sekolah.

OBJEKTIF


Objektif Unit Perhubungan dan Pendaftaran adalah seperti berikut:-

  • Mewujudkan pengurusan sektor dan sekolah yang berkesan dan efisyen
  • Membina dan meningkatkan imej JPWPKL serta menjalinkan rangkaian dengan semua pihak sama ada sekolah, orang awam, jabatan kerajaan serta agensi luar.
  • Membantu pihak sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mematuhi Akta dan peraturan pendidikan.

FUNGSI UTAMA


Fungsi Utama Unit Perhubungan dan Pendaftaran adalah seperti berikut:-

  • Pengurusan Permohonan
    • Penggunaan premis sekolah kerajaan/bantuan kerajaan.
    • Kajian/penyelidikan di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan.
    • Pelancongan/Lawatan murid.
    • Ceramah/program libat pelajar oleh agensi luar di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan.
    • Majalah sekolah kerajaan/bantuan kerajaan.
    • Penggambaran di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan.
    • Bayaran tambahan/sumbangan/kutipan sekolah kerajaan/bantuan kerajaan.
    • Cuti peristiwa/cuti ganti/cuti bergilir sempena peperiksaan awamsekolah kerajaan/bantuan kerajaan
    • Permit mengajar guru sandaran/seni bela diri di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan.
    • Lawatan pegawai dan murid dari luar Negara.
    • Program PIBG/program sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
  • Pengurusan Pendaftaran
    • Sekolah kerajaan/bantuan kerajaan
    • Murid bukan warganegara
    • Persatuan Ibu bapa - Guru (PIBG)
    • Lembaga Pengelola sekolah bantuan kerajaan
  • Pengurusan Pertanyaan dan Aduan
  • Aduan awam/Pertanyaan Dewan Rakyat dan Negara

CARTA ORGANISASI

Paparan carta organisasi, sila klik di sini.

 SENARAI PERJAWATAN DAN GRED

BIL NAMA   JAWATAN GRED 
1 HANIFAH BINTI MD YUSOFF KETUA UNIT DG44
2 FARA DHILA BINTI OMRAN  PENOLONG PENGARAH   DG44 (KUP)
3 NORMADI BIN ISMAIL  PENOLONG PENGARAH  DG44 (KUP)
4  KOSONG  PENYELIA KANAN  DG34
5  FARIDAH HANIM BINTI AW NGAH  PENYELIA KANAN  DG34
6  AMINAH BINTI MOHAMAD  PEMBANTU TADBIR  N22 (KUP)
7 ZAILUDDIN BIN HASSAN PEMBANTU TADBIR N22 (KUP)
SHELIZA BINTI SHAH ADNAN PEMBANTU TADBIR N19(KUP)

 

http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/