Get Adobe Flash player

Hebahan Terkini

  • Banner Selamat Datang
  • Banner07
  • Banner08
  • Banner Dasar Kualiti
  • Banner Hari Guru 2017

Kelajuan Halaman

0.53 saat

Unit Inovasi

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kompetensi dan pengalaman semua pegawai di Sektor Jaminan Kualiti dalam bidang pengurusan pendidikan sebagai pakar rujuk kepada pengurus-pengurus sekolah.(Pengetua dan Guru Besar).
  • Memberi bimbingan secara berterusan kepada pengurus sekolah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah.
  • Memastikan pengurus sekolah menerima latihan (coaching) secara hands-on secukupnya dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pentadbiran.
  • Membangunkan sekumpulan pengurus sekolah yang pakar untuk membantu dan memberi bimbingan kepada pengurus-pengurus sekolah yang lain – coaching partnership.
  • Membudayakan kajian tindakan dalam pengurusan pendidikan untuk melahirkan pelbagai kaedah kepemimpinan dan pengurusan pendidikan yang berkualiti
  • Mengindoktrinkan pemikiran pengurus sekolah bagi menzahirkan jati diri sebagai pemimpin instruksional.
  • Membudayakan prinsip-prinsip Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam pengurusan dan pentadbiran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Pejabat Pelajaran dan sekolah.
  • Mengupayakan pengurusan dan pelaksanaan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan yang bertaraf dunia.
  • Mengurus dan menyelaras pengumpulan, penyenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedarasan laporan dan pelbagai dokumen kualiti di JPWPKL dan Pejabat Pelajaran.
  • Mengurus dan menyelaras semua anugerah kualiti dan inovasi di peringkat JPWPKL dan Pejabat Pelajaran.
  • Mengupayakan pelaksanaan Audit Dalaman bagi seluruh proses kerja dalam JPWPKL dan Pejabat Pelajaran dengan berkesan.
  • Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Pengurusan Tertinggi dan Mesyuarat Pengurusan JPWPKL.
  • Mengurus dan menyelaras semua urusan mendapatkan maklumbalas minit mesyuarat pengurusan di peringkat kementerian dan JPWPKL.

FUNGSI

  • Pentaksiran dan Penilaian
    • Melaksanakan mekanisma untuk mengesan kelemahan dan kekuatan pengurusan dan pentadbiran sekolah berfokuskan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah
    • Membuat pentaksiran dan penilaian ke atas keberkesanan pelbagai program pendidikan untuk murid, iaitu program akademik dan program pembangunan kemanusiaan
    • Melaksanakan penilaian untuk keberkesanan program professional keguruan (Program Perkembangan Staf
    • Membuat penilaian pelbagai program sokongan pendidikan
    • Memberi bimbingan dan sebagai mentor kepimpinan ke atas pentadbiran sekolah untuk meningkatkan kualiti pengetua dan guru besar kepada standard yang ditetapkan.
  • Penyeliaan Mental Pendidikan
    • Mengindoktrinkan pemikiran pentadbir sekolah bagi menzahirkan jati diri memimpin proses pengajaran dan pembelajaran.
    • Melatih kaedah berfikir untuk membuat perancangan pelaksanaan persekolahan yang relevan dengan impak pembinaan insan murid.
    • Menggerakkan perubahan pemikiran (anjakan minda) supaya berfikiran terbuka (Thinking outside the box), proaktif, kritis dan kreatif.
  • Mengekal Jaminan Kualiti (Quality Assurance)
    • Memberi bimbingan berterusan untuk membentuk sIstem pengurusan sekolah secara profesional.
    • Mengekal dan meningkatkan kualiti kepimpinan instruksional.
    • Berkongsi pengalaman dan kejayaan pengurusan sekolah sebagai budaya memperkasakan kepimpinan sekolah
  • Mengamalkan Penyelidikan
    • Melatih dan membimbing pentadbir sekolah menjalankan aktiviti penyelidikan khususnya kajian tindakan dalam melaksanakan dasar dan keputusan
    • Melatih dan membimbing pentadbir sekolah menguasai kemahiran membuat analisis maklumat untuk membentuk strategi dan pendekatan peningkatan kualiti penyampaian bagi proses pengajaran dan pembelajaran
    • Melatih dan membimbing pentadbir sekolah membuat keputusan berteraskan kepada fakta dan maklumat menyeluruh.
  • Kepiawaian dan Dokumentasi
    • Menyelaras pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam dan lain-lain pekeliling perkhidmatan yang berkaitan
    • Merancang, menyelaras, membina dan melaksanakan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan yang bertaraf dunia
    • Menyelaras pengumpulan, penyenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedarasan laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi
    • Menyelaras semua anugerah kualiti dan inovasi di peringkat organisasi (KPM/JPN/PPD/PPG)
    • Merancang, menyelaras dan melaksanakan Audit Dalaman bagi seluruh proses kerja dalam organisasi.
    • Menjadi urus setia tetap mesyuarat pengurusan jabatan dan semua urusan mendapatkan maklumbalas minit mesyuarat pengurusan di peringkat kementerian yang ditentukan oleh pihak pengurusan atasan.

TUGAS UTAMA

  • Merancang dan melaksanakan program bimbingan (mentoring & coaching) kepada pengurus sekolah untukmembentuk sistem pengurusan sekolah secara professional.
  • Merancang dan melaksanakan program pengkongsian ilmu dan pengalaman sebagai budaya memperkasakan kepimpinan sekolah.
  • Merancang dan melaksana pelbagai program pentaksirandan penilaian untuk peningkatan kualiti pengurusan sekolah secara berterusan.
  • Melaksanakan program untuk memangkinkan kemajuan pemikiran kumpulan pentadbir dan pengurus di sekolahseiring dengan keperluan dasar kerajaan khasnyaKementerian Pelajaran Malaysia.
  • Merancang dan mengamalkan budaya penyelidikan dalam pengurusan sekolah dan proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin kualiti sistem pendidikan di sekolah.
  • Memantau kemajuan sekolah yang berisiko tinggi dan menggerak kumpulan pengurusan / pentadbiran sekolah yang dikenal pasti ke arah kecemerlangan institusi.

TUGAS KEPIAWAIAN DAN DOKUMENTASI

  • Memastikan pelaksanaan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam.
  • Memastikan pengumpulan, penyenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedarasan laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi.
  • Melaksanakan tugas-tugas sebagai urus setia mesyuarat pengurusan jabatan dan semua urusan mendapatkan maklumbalas minit mesyuarat penguruan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia.
CARTA ORGANISASI
  • Paparan carta organisasi, sila klik di sini

SENARAI PERJAWATAN DAN GRED

Bil Nama Perjawatan Gred
1. Pn. Hjh Rashidah Tabassum Binti Khalid Ketua Sektor DG52 
2. Tn. Hj. Mohd Noh Bin Buhari  Ketua Penolong Pengarah DG48
3. Pn. Norainon binti Ramli Ketua Unit DG48 (KUP)
4. En. Aziz b. Hashim Penolong Pengarah DG44 (KUP)
5. En. Badarul Hisham Bin Shahudin Penyelia Kanan DGA34
6. Azlan bin Ali Pembantu Tadbir N19
7. Rohaiza binti Mohamad Pembantu Tadbir N19
       
       
       

 

http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/