Get Adobe Flash player

Hebahan Terkini

Kelajuan Halaman

0.32 saat

Unit Kepimpinan

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kompetensi dan pengalaman semua pegawai di Sektor Jaminan Kualiti dalam bidang pengurusan pendidikan sebagai pakar rujuk kepada pengurus-pengurus sekolah.(Pengetua dan Guru Besar).
  • Memberi bimbingan secara berterusan kepada pengurus sekolah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah.
  • Memastikan pengurus sekolah menerima latihan (coaching) secara hands-on secukupnya dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pentadbiran.
  • Membangunkan sekumpulan pengurus sekolah yang pakar untuk membantu dan memberi bimbingan kepada pengurus-pengurus sekolah yang lain – coaching partnership.
  • Membudayakan kajian tindakan dalam pengurusan pendidikan untuk melahirkan pelbagai kaedah kepemimpinan dan pengurusan pendidikan yang berkualiti
  • Mengindoktrinkan pemikiran pengurus sekolah bagi menzahirkan jati diri sebagai pemimpin instruksional.
  • Membudayakan prinsip-prinsip Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam pengurusan dan pentadbiran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Pejabat Pelajaran dan sekolah.
  • Mengupayakan pengurusan dan pelaksanaan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan yang bertaraf dunia.
  • Mengurus dan menyelaras pengumpulan, penyenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedarasan laporan dan pelbagai dokumen kualiti di JPWPKL dan Pejabat Pelajaran.
  • Mengurus dan menyelaras semua anugerah kualiti dan inovasi di peringkat JPWPKL dan Pejabat Pelajaran.
  • Mengupayakan pelaksanaan Audit Dalaman bagi seluruh proses kerja dalam JPWPKL dan Pejabat Pelajaran dengan berkesan.
  • Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Pengurusan Tertinggi dan Mesyuarat Pengurusan JPWPKL.
  • Mengurus dan menyelaras semua urusan mendapatkan maklumbalas minit mesyuarat pengurusan di peringkat kementerian dan JPWPKL.

FUNGSI

  • Pentaksiran dan Penilaian
    • Melaksanakan mekanisma untuk mengesan kelemahan dan kekuatan pengurusan dan pentadbiran sekolah berfokuskan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
    • Membuat pentaksiran dan penilaian ke atas keberkesanan pelbagai program pendidikan untuk murid, iaitu program akademik dan program pembangunan kemanusiaan.
    • Melaksanakan penilaian untuk keberkesanan program professional keguruan (Program Perkembangan Staf)
    • Membuat penilaian pelbagai program sokongan pendidikan
    • Memberi bimbingan dan sebagai mentor kepimpinan ke atas pentadbiran sekolah untuk meningkatkan kualiti pengetua dan guru besar kepada standard yang ditetapkan.
  • Pembinbing Hala Tuju dan Penyeliaan Mental Pendidikan
    • Mengindoktrinkan pemikiran pentadbir sekolah bagi menzahirkan jati diri memimpin proses pengajaran dan pembelajaran.
    • Melatih kaedah berfikir untuk membuat perancangan pelaksanaan persekolahan yang relevan dengan impak pembinaan insan murid.
    • Menggerakkan perubahan pemikiran (anjakan minda) supaya berfikiran terbuka (Thinking outside the box), proaktif, kritis dan kreatif.
  • Mengekal Jaminan Kualiti (Quality Assurance)
    • Memberi bimbingan berterusan untuk membentuk sIstem pengurusan sekolah secara profesional.
    • Mengekal dan meningkatkan kualiti kepimpinan instruksional.
    • Berkongsi pengalaman dan kejayaan pengurusan sekolah sebagai budaya memperkasakan kepimpinan sekolah
  • Mengamalkan Penyelidikan
    • Melatih dan membimbing pentadbir sekolah menjalankan aktiviti penyelidikan khususnya kajian tindakan dalam melaksanakan dasar dan keputusan
    • Melatih dan membimbing pentadbir sekolah menguasai kemahiran membuat analisis maklumat untuk membentuk strategi dan pendekatan peningkatan kualiti penyampaian bagi proses pengajaran dan pembelajaran
    • Melatih dan membimbing pentadbir sekolah membuat keputusan berteraskan kepada fakta dan maklumat menyeluruh.

TUGAS UTAMA

  • Merancang dan melaksanakan program bimbingan (mentoring & coaching) kepada pengurus sekolah untukmembentuk sistem pengurusan sekolah secara professional.
  • Merancang dan melaksanakan program pengkongsian ilmu dan pengalaman sebagai budaya memperkasakan kepimpinan sekolah.
  • Merancang dan melaksana pelbagai program pentaksirandan penilaian untuk peningkatan kualiti pengurusan sekolah secara berterusan.
  • Melaksanakan program untuk memangkinkan kemajuan pemikiran kumpulan pentadbir dan pengurus di sekolahseiring dengan keperluan dasar kerajaan khasnyaKementerian Pelajaran Malaysia.
  • Merancang dan mengamalkan budaya penyelidikan dalam pengurusan sekolah dan proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin kualiti sistem pendidikan di sekolah.
  • Memantau kemajuan sekolah yang berisiko tinggi dan menggerak kumpulan pengurusan / pentadbiran sekolah yang dikenal pasti ke arah kecemerlangan institusi.

TUGAS KEPIAWAIAN DAN DOKUMENTASI

  • Memastikan pelaksanaan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam.
  • Memastikan pengumpulan, penyenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedarasan laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi.
  • Melaksanakan tugas-tugas sebagai urus setia mesyuarat pengurusan jabatan dan semua urusan mendapatkan maklumbalas minit mesyuarat penguruan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia.
CARTA ORGANISASI
  • Paparan carta organisasi, sila klik di sini

SENARAI PERJAWATAN DAN GRED

Bil Nama Perjawatan E-mail (@moe.gov.my) Nombor Telefon
1. En. Mohd Najib Bin Ab Rahman Ketua Sektor mnajib.rahman 03-62046105 
2. En. Syamsul Rezal Bin Abd. Rahman Ketua Penolong Pengarah syamsul.rahman 03-62046106
3.  En.Wan Amiruddin Bin Wan Ismail Penolong Pengarah amiruddin.ismail 03-62046108
4. Pn. Sopiah Binti Mohammed Penyelia Kanan  sopiah.mohammed 03-62046866
5. Pn. Hasniza binti Baharin Pembantu Tadbir hasniza.baharin 03-62046109
Zoom Lebron XIV 14
http://btpnkl.weebly.com/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/http://btpnkl.weebly.com/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/