Get Adobe Flash player

Hebahan Terkini

  • Banner Selamat Datang
  • Banner Tahun Baru 2015
  • Banner07
  • Banner08
  • Banner Dasar Kualiti
  • Banner Sesi Persekolahan
  • Frog Play
  • bannerAPC_a_JPWPKL
  • bannerAPC_JPWPKL

Kelajuan Halaman

0.57 saat

Asrama 1Malaysia

LATAR BELAKANG

  • Asrama 1 Malaysia (A1M) mula dilaksanakan pada 2010 dengan pendaftaran kohort pertama tingkatan 1 pada 9 Mei 2010seramai 67 orang (Melayu : 32, India : 26, Cina : 9) di premis sementara di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.
  • Pada Tahun 2014 Seramai 223 orang murid menghuni Asrama 1Malaysia dari Tingkatan 1 hingga 5 dengan pecahan 142 murid Melayu, 22 Cinan dan 42 India.
  • (A1M) menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama berdasarkan konsep 1Malaysia. Ciri-ciri A1M merangkumi aspekfizikal, suasana dan aktiviti yang menjurus kepada pemupukan perpaduan dan sensitiviti kepada agama, budaya, adat resam dan kepercayaan. Melalui A1M murid pelbagai kaum berpeluang untuk tinggal dan belajar bersama dan memahami budaya antara satu sama lain.
  • Modal Insan yang dihasilkan melalui A1M kelak merupakan murid-murid yang memiliki sikap penerimaan antara kaum terhadap kepelbagaian budaya, adat resam, kepercayaan dan amalan rakyat Malaysia. Penubuhan A1M adalah sebagai menyokong usaha kerajaan dalam membentuk persefahaman dan keharmonian antara kaum ke arah melahirkan rakyat yang patriotik dan saling menghormati, seterusnya membentuk negara yang bersatu padu, aman dan makmur.

VISI

  • Merealisasikan Gagasan 1Malaysia.

MISI

  • Mendidik murid-murid supaya mengetahui, memahami dan mengamalkan nilai-nilai 1Malaysia dengan menggunakan pendekatan proses penerimaan antara kaum.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan proses penerimaan antara kaum.
  • Merangka dan melaksana program-program yang memaksimakn proses kerjasama antara murid bagi merealisasikan masyarakat 1Malaysia.

MATLAMAT

  • Melatih dan mendidik murid supaya dapat tinggal bersama secara harmoni, memahami budaya dan serasi antara satu sama lain bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia.

OBJEKTIF

  • Memupuk pemahaman kepada budaya, adat resam dan kepercayaan agama.
  • Mewujudkan suasana kehidupan yang memberi peluang kepada putera untuk tinggal, belajar, beriadah bersama dan memahami budaya antara satu sama lain.
  • Menerapkan nilai-nilai 1Malaysia dalam diri murid-murid Asrama 1Malaysia.
  • Memastikan murid-murid dapat mengikuti aktiviti/program yang berbentuk integrasi antara kaum.
  • Membantu murid-murid merealisasikan matlamat 1Malaysia.

KRITERIA KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Terbuka kepada semua kaum.
  • Pelajar Tingkatan 1 Tahun Semasa.
  • Daripada keluarga berpendapatan sederhana atau rendah.
  • Pelajar tidak terikat dengan mana-mana projek lain seperti (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas, atau Kelas Aliran Agama)
  • Borang kemasukan sila klik sini m/s 1 , m/s 2, m/s 3
KEMUDAHAN
  • Bilik Seminar
  • Bilik Persembahan
  • Bilik Robotik
  • Bilik Menggosok
  • Bilik Rawatan
  • Bilik Pelawat
  • Dewan Makan
  • Dewan Terbuka
  • Padang / Gelanggang
  • Perpustakaan
  • Surau
  • Setor Sukan
  • Makmal Komputer
  • Pejabat
  • Gymnasium
  • Bilik Mesin Basuh
AKTIVITI / PERKHIDMATAN
  • Kelab Robotik
  • Kelab Muzik
  • Kelab Tarian Sanggar Mustika
  • Kelab Usahawan
  • 1Murid 1Sukan
  • Program Kepimpinan
  • Bas ke Sekolah
  • Lawatan Sambil Belajar
  • Kelas Tuisyen
  • Kelas Bahasa
  • Program Paintball
  • Makan Beradab
  • Program Kebudayaan
  • Program Patriotik
  • Program Rumah Terbuka Perayaan Utama
  • Rawatan di HKL
  • HYPP TV
BORANG PERMOHONAN
  • Borang Permohonan boleh didapati di sekolah masing-masing @ dimuat turun melalui Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (http://www.moe.gov.my/bpsh/ ) ATAU Portal Unit Asrama (http://asramahariankpm.net/)

 
CARTA ORGANISASI
  • Paparan carta organisasi, sila klik disini

SENARAI PERJAWATAN DAN GRED

Bil Nama Jawatan Gred
1. En. Muhammad Shukri bin Kamaruddin Pengurus Asrama 1Malaysia  DG41
2. En. Ravi Varman a/l Krishnan Warden  DG41
3. En. Ahmad Hafiz Ahmad Jamiaauddin Warden  DG41
4. En. Mohd Noor Khairi bin Mazlan Warden  DG41
5. En. NurFairuz bin Jaafar Sidek Warden  DG41
6. Pn. Hjh. Che Tom bt Omar Pembantu Tadbir  N22
7. Cik Nurulain bt Daud Penyelia Asrama  N17
8. En. Mohamed Rizal bin Mohamed Mahmod Pemandu  R3
9. En. Khairil Izuan bin Md. Yassin Pemandu  R3
10. En. Rezuan bin Tukiman Pembantu Am Pejabat  N1

 

http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/