Get Adobe Flash player

Hebahan Terkini

  • Banner Selamat Datang
  • Banner07
  • Banner08
  • Banner Dasar Kualiti

Kelajuan Halaman

0.33 saat

Unit Hal Ehwal Murid

LATAR BELAKANG

Unit Hal Ehwal Murid merupakan satu unit di Jabatan ini yang bertanggungjawab mengendalikan kebajikan murid-murid sekolah Menengah dan Rendah. Bidang kebajikan yang dikhaskan untuk unit ini terbahagi kepada tujuh sub unit iaitu :Setiap sub unit dikelolakan oleh seorang Penolong-penolong Pengarah, Penyelia-penyelia Kanan, atau Penyelia. Untuk Sub Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Sub Unit Disiplin dikelolakan oleh Penolong Pengarah dan seorang Penyelia. Setiap sub unit tersebut mempunyai bidang dan tugas-tugas tertentu di antaranya:

    • Bimbingan & Kaunseling
    • Disiplin
    • Tajaan dan Biasiswa
    • Skim Pinjaman Buku Teks
    • Asrama
    • Kesihatan
    • Kebajikan
    • Memupuk nilai-nilai dan amalan disiplin yang baik dikalangan murid-murid sekolah
    • Meningkatkan suasana pengajaran dan pembelajran yang menggalakkan dan prestasi bidang rohani serta akademik di sekolah-sekolah
    • Merancang dan menyelaraskan segala aktiviti dan program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah menengah dan rendah
    • Melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru dengan sempurna menerusi Skim Bantuan Biasiswa dan Skim Pinjaman Buku Teks untuk dinikmati oleh semua murid warganegara Malaysia
    • Memberikan bantuan pelajaran berdasarkan syarat tertentu melalui Skim Baucer Tuisyen, Kumpulan Wang Amanah dan Rancangan Makanan Tambahan
    • Mengurus dan menyediakan kemudahan asrama dengan memberi tumpuan kepada kebajikan murid
    • Memastikan dan memantau setiap sekolah untuk memastikan setiap sekolah melaksanakan program-program yang berkaitan dengan pelajar dapat berjalan dengan baik dan berkesan
OBJEKTIF
  • Mempastikan supaya segala urusan dan pentadbiran bagi kebajikan murid-murid di negeri ini berjalan dengan sempurna, sistematik dan selaras dengan Dasar Pendidikan Negara.
  • Melahirkan murid- murid yang berkemahiran dan memahami potensi diri, mampu menentukan hala tuju diri dan mampu memberi sumbangan bagi kesejahteraan masyarakat bangsa dan negara
  • Menuju ke arah “Kecacatan Sifar” (Zero Defect) dalam hal-hal disiplin dan tingkahlaku negatif pelajar.
  • Menentukan pengagihan yang seadil-adilnya dalam pemberian Biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan / Program Susu Sekolah (RMT/PSS), Skim Bantuan Tuisyen (SBT), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
  • Menyelia dan meningkatkan suasana yang harmoni, selesa dan kondusif untuk pembelajaran murid - murid asrama sekolah.
  • Memastikan mutu kesihatan murid sentiasa memuaskan melalui Rancangan Makanan Tambahan / Program Susu Sekolah dan kebersihan Dewan Makan dan Kantin Sekolah.
  • Memastikan tindakan segera yang sewajarnya diambil oleh pihak sekolah dan lain-lain agensi untuk menangani hal-hal kebajikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan murid.
  • Menyelaras dan memajukan hubungan dengan Jabatan-jabatan Kerajaan dan Badan-badan Sukarela yang ada kaitan dengan hal ehwal murid.
  • Meningkatkan bidang profesional guru-guru dalam aspek menangani perkara-perkara yang ada kaitan dengan hal ehwal murid.
  • Memperkemaskan struktur Unit Hal Ehwal Murid dari segi pentadbiran, perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian.

FUNGSI

Merancang,melaksana dan memantau semua program-program pembangunan modal insan yang berkaitan 7 unit yang dipertanggungjawabkan :-

  • Merancang, mengurus dan menyelaras program-program kesihatan dan kebajikan
  • Merancang, memantau dan menyelaras program berkaitan masalah disiplin dan salah laku disiplin murid
  • Pengurusan Biasiswa BKP (Biasiswa Kecil Persekutuan)
  • Mengurus pesanan, agihan dan memantau pengurusan SPBT di sekolah
  • Memantau dan menbuat seliaan terhadap pengurusan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
  • Merancang, menyediakan ABM 14 buah asrama harian
  • Mengurus dan memantau perbelanjaan peruntukan ABM

 

SENARAI PERJAWATAN
BIL NAMA JAWATAN DAN GRED JAWATAN
1. SHARIFAH FATHIAH BT SYED ABDULLAH AL-KHARID KETUA PENOLONG PENGARAH DG 48
2. ROFII BIN HUSEIN PENOLONG PENGARAH DG44(KAUNSELING)
3. MOHD FAUZAN BIN AMRAN PENOLONG PENGARAH DG44 (DISIPLIN)
4. MUNSHEE BIN MOHD MOKHTAR PENOLONG PENGARAH DG44(KUP) (TAJAAN)
5. AHMAD BADRI BIN MOHAMAD DGA 34 (PENYELIA KANAN BUKU TEKS)
6. AZAH BINTI SYED MOHAMED DGA 34 (PENYELIA KANAN ASRAMA)
7. AZLINNA BINTI ABDUL AZIZ DGA 34 (PENYELIA KANAN KESIHATAN)
8. NORBANILAWATEY BT JUSOH DGA 34 (PENYELIA KANAN KEBAJIKAN)
9. HANITA BINTI AHMAD BASRI DGA 34 (PENYELIA KANAN BIMBINGAN & KAUNSELING )
10. NORHALIDA BT HAMNI SHAH N 19 (PEMBANTU TADBIR)
11. NORAZILAH BT MOHD ANOWAR N 19 (PEMBANTU TADBIR)
12 ERDAWATI BT MHD JAMRI N 19 (PEMBANTU TADBIR)
13 NOOR AMIDAH BT AB. ALIM N 19 (PEMBANTU TADBIR)
14. ALHUSNA BT YUSOFF N 19 (PEMBANTU TADBIR)
15 RAHAFIZAN BIN ABDUL RAHMAN N 11 (PEMBANTU AM PEJABAT)

Carta Organisasi Unit Hal Ehwal Murid

http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/