OBJEKTIF
- Untuk memenuhi keperluan murid-murid dari segi mental, fizikal dan sosial serta menyemai nilai-nilai spiritual, moral dan etika yang diinginkan selaras dengan aspirasi Rukunegara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Memupuk semangat perpaduan dan kekitaan (espirit de corp) dikalangan murid-murid berbagai kaum,bangsa dan agama dan melahirkan modal insan.
- Melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin dan mengasuh potensi atau bakat kepimpinan yang ada di dalam diri mereka.
- Memberi peluang kepada murid-murid untuk memperolehi kemahiran serta meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam bidang yang mereka sertai.
- Mewujudkan suasana dan persekitaran yang sihat di sekolah untuk membantu pertumbuhan jasmani dan rohani yang seimbang dalam diri murid-murid.
|
FUNGSI
- Fungsi utama Unit Kokurikulum ialah merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara melalui :
- Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.
- Menyeimbangkan perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi.
- Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan murid di dalam sekolah dan antara sekolah.
- Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid dalam aktiviti yang diceburi.
- Mewujudkan budaya sekolah yang menarik, menggembirakan dan berwatak.
- Membina dan meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat.
- Mengurus,menyelia dan menyelaras program, pertandingan aktiviti kokurikulum.
- Pengurusan dan maklumat data kokurikulum.
- Menjalankan pemantauan kokurikulum di sekolah-sekolah.
|
TUGAS
- Merancang, menganjur, mengelola dan menilai kegiatan kokurikulum dalam bentuk aktiviti – aktiviti yang memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
- Memberi penekanan kepada penerapan nilai – nilai positif dan nilai – nilai murni untuk meningkatkan kualiti, sahsiah, disiplin, ketahanan diri dan daya saing.
- Memperkukuhkan semangat patriotisme dan perpaduan kaum melalui aktiviti berbentuk kokurikulum dah pembinaan sahsiah kendiri.
- Memberi peluang dan ruang kepada murid untuk memperkembangkan minat, daya kreativiti dan inovasi melalui kegiatan kokurikulum.
- Mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran merentasi kokurikulum dalam suasana yang menyeronokkan.
- Menambahkan bilangan pasukan badan beruniform, kelab / persatuan, sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri secara individu atau berkumpulan.
|
CARTA ORGANISASI
|
SENARAI PERJAWATAN DAN GRED
BIL |
JAWATAN |
GRED JAWATAN |
1. |
Penolong Pengarah Kanan |
DG 44 |
2. |
Penolong Pengarah Kesenian |
DG 41 |
3. |
Penolong Pengarah KoAkademik |
DG 41 |
4. |
Penyelia Kanan |
DGA 34 |
5. |
Penyelia |
DGA 32 |
6. |
Pembantu Tadbir |
N 19 |
7. |
Pembantu Tadbir |
N 19 |
8. |
Pembantu Operasi |
N 11 |
Talian Am Unit Kokurikulum : 03-6204 6096
|