Get Adobe Flash player

Hebahan Terkini

  • Banner Selamat Datang
  • Banner07
  • Banner08
  • Banner Dasar Kualiti

Kelajuan Halaman

0.52 saat

Pusat Kokurikulum

OBJEKTIF

  • Menyediakan tempat dan kemudahan kepada murid untuk menjalankan aktiviti pendidikan luar dan rekreasi.
  • Memberi peluang kepada lebih ramai murid terlibat dalam aktiviti di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.
  • Memberi peluang kepada lebih ramai murid untuk mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari di dalam kelas.
  • Memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dan potensi diri.
  • Memantapkan disiplin dan sahsiah murid.
  • Menguruskan kewangan Pusat Kokurikulum untuk dimanfaatkan kepada murid dan dibelanjakan pada tahun semasa.

FUNGSI

  • Sebagai pusat latihan khususnya kepada warga pendidikan bagi melaksanakan program dan aktiviti pendidikan luar dan rekreasi.
    • Kursus Peningkatan Profesionalisme Kejurulatihan Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.
    • Melengkapkan kemudahan prasarana dan peralatan logistik untuk kegunaan aktiviti / program.
    • Menyediakan modul latihan dan SOP bagi setiap aktiviti dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan aktiviti.
  • Membantu pihak sekolah mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah melalui kegiatan amali pendidikan luar dan rekreasi.
    • Program Motivasi dan Kecemerlangan Insan
    • Program Perkhemahan Pendidikan Luar
    • Program Ekspedisi Pendidikan Luar
    • Latihan Dalam Perkhidmatan
    • Kursus Peningkatan Profesionalisme Pendidik
  • Mengukuhkan keyakinan diri dan mengembangkan potensi individu melalui program atau aktiviti pendidikan luar dan rekreasi.
    • Latihan Dalam Kumpulan
    • Team Building
    • Pengucapan Awam
    • Kebudayaan
    • Solo Camping
  • Memupuk minat terhadap aktiviti pendidikan luar dan rekreasi bagi memberi peluang penglibatan yang lebih luas dalam aktiviti kokurikulum.
    • Aktiviti Darat
      • Orienteering
      • Merentas Halangan
      • Ikhtiar Hidup
      • Merunut Hutan
      • Paintball
      • Berbasikal (Litar Bukit)
      • Mendaki Gunung
    • Aktiviti Air
      • Renang
      • Menyelamat Kelemasan
      • Kayak
      • Snorkeling
      • Scuba Diving
      • Arus Deras (Rafting)
      • Berakit
    • Aktiviti Aras Tinggi
      • Tali Aras Tinggi
      • Mendaki Tembok Tiruan

TUGAS UTAMA

  • Sebagai pusat latihan khususnya kepada warga pendidikan bagi melaksanakan program dan aktiviti pendidikan luar dan rekreasi.
    • Menyediakan latihan dan kursus kepada guru-guru dalam pengurusan dan pengendalian program dan aktiviti pendidikan luar dan rekreasi dalam usaha memperkasakan profesionalisme kejurulatihan.
    • Menyediakan tenaga kejurulatihan yang mahir dalam aktiviti terutamanya yang berisko tinggi dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan dan
    • Memantapkan lagi penguasaan dan kemahiran di kalangan jurulatih yang terdiri daripada guru-guru dan pengurusan Pusat Kokurikulum dalam mengendalikan aktiviti pendidikan luar dan rekreasi
  • Membantu pihak sekolah mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah melalui kegiatan amali pendidikan luar dan rekreasi.
    • Merancang, menyelaras dan melaksanakan program dan aktiviti pendidikan luar dan rekreasi dalam usaha memantapkan modal insan yang harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
    • Membantu pihak sekolah bagi pengendalian aktiviti pendidikan luar dan rekreasi dalam usaha membina negara.
    • Kearah memperkasakan aktiviti kokurikulum dengan penglibatan murid keseluruhannya
  • Mengukuhkan keyakinan diri dan mengembangkan potensi individu melalui program atau aktiviti pendidikan luar dan rekreasi.
    • Memberi ruang dan peluang kepada setiap individu untuk meneroka potensi diri dalam usaha.
    • Menjana minda setiap individu ke arah pemikiran minda kelas pertama.
  • Memupuk minat terhadap aktiviti pendidikan luar dan rekreasi bagi memberi peluang penglibatan yang lebih luas dalam aktiviti kokurikulum.
    • Mengembangkan minat dan membuat eksplorasi kendiri terhadap aktiviti pendidikan luar dan rekreasi.
    • Meningkatkan kesedaran dan kepentingan pendidikan luar dalam keseimbangan fizikal dan mental di kalangan peserta bagi membentuk modal insan yang seimbang
    • Memantapkan disiplin dan sahsiah murid

    SENARAI PERJAWATAN DAN GRED
  • Klik di sini untuk paparan Perjawatan

      

          CARTA ORGANISASI

      Klik di sini  untuk paparan Carta Organisasi

 

 

 

http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/