Get Adobe Flash player

Hebahan Terkini

  • Banner Selamat Datang
  • Banner Tahun Baru 2015
  • Banner07
  • Banner08
  • Banner Dasar Kualiti

Kelajuan Halaman

0.69 saat

Unit Pengurusan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah

LATAR BELAKANG

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pendidikan prasekolah setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991. Pada tahun 1992, KPM melaksanakan Projek Pendidikan Prasekolah yang melibatkan 1,070 sekolah dengan 1,131 kelas yang dikenali sebagai prasekolah annex (perintis). Prasekolah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Prasekolah Aliran Perdana dan Prasekolah Pendidikan Khas. Prasekolah bertujuan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

 

OBJEKTIF

  • Memberi peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun mendapat pendidikan prasekolah melalui Program Pendidikan prasekolah.
  • Memastikan guru-guru yang dibekalkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencukupi mengikut opsyen.
  • Mengenalpasti sekolah-sekolah yang sesuai untuk peluasan Program Pendidikan Prasekolah.

FUNGSI UTAMA UNIT PENGURUSAN AWAL KANAK-KANAK DAN PRASEKOLAH

  • Mengurus dan memantau aspek pengurusan kelas prasekolah di sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Mengurus dan mengawal selia Anggaran Belanja Mengurus (ABM), kewangan dan perjawatan bagi aktiviti Pendidikan Awal
  • Mengurus dan mengawal selia peluasan kelas prasekolah WPKL
  • Mengurus dan menyelaras data dan maklumat prasekolah KPM
  • Merancang, melaksana dan memantau program dan akitiviti prasekolah
  • Merancang dan mengurus keperluan pembekalan ke kelas prasekolah JPWPKL
  • Melaksanakan dasar-dasar sedia ada dan peluasan sedia ada KPM

AKTIVITI UTAMA UNIT PENGURUSAN AWAL KANAK-KANAK DAN PRASEKOLAH

  • Taklimat Untuk Guru Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah
  • Bengkel Verifikasi Data Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
  • Kursus Pendedahan Asas Pengurusan Prasekolah Untuk Pentadbir Baharu
  • Kursus Pemantapan Diri dan Peningkatan Kualiti Guru dan PPM Prasekolah
 CARTA ORGANISASI

 SENARAI PERJAWATAN DAN GRED

BIL NAMA JAWATAN GRED
1. ZAINAB BINTI ZAKARIA KETUA UNIT DG44
2. NESEEM BINTI ZAMAN PENYELIA KANAN DG38(KUP)
3. NOR AZLIN BINTI ZAINI PENYELIA DG34(KUP)
4. NORSHARIDA BINTI MD NOR PEMBANTU TADBIR N17
http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/