Get Adobe Flash player

Hebahan Terkini

  • Banner Selamat Datang
  • Banner Tahun Baru 2015
  • Banner07
  • Banner08
  • Banner Dasar Kualiti

Kelajuan Halaman

0.70 saat

Unit Perhubungan dan Pendaftaran

LATAR BELAKANG

Latar belakang Unit Perhubungan dan Pendaftaran adalah seperti berikut:-

  • Pada tahun 1999, Unit Perhubungan dan Pendaftaran dan Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur digabungkan dan dikenali sebagai Unit Perhubungan, Pendaftaran dan Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Penggabungan dua unit ini adalah selaras dengan surat pekeliling Pentadbiran Bil. 2/1998 bertarikh 12 Ogos 1998.
  • Pada tahun 2007, Unit Perhubungan, Pendaftaran dan Pendidikan Swasta, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibahagikan kepada dua unit berasingan dan dikenali sebagai Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Sub unit Perhubungan bertanggungjawab terhadap urusan perhubungan serta urusan permohonan berkaitan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
  • Sub unit Pendaftaran bertanggunjawab terhadap urusan pendaftaran sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, pendaftaran murid bukan warganegara, Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) serta Lembaga Pengelola Sekolah (LPS)
  • Sejak ditubuhkan, unit ini ditadbir di bawah Sektor Pengurusan Sekolah.

OBJEKTIF


Objektif Unit Perhubungan dan Pendaftaran adalah seperti berikut:-

  • Mewujudkan pengurusan sektor dan sekolah yang berkesan dan efisyen
  • Membina dan meningkatkan imej JPWPKL serta menjalinkan rangkaian dengan semua pihak sama ada sekolah, orang awam, jabatan kerajaan serta agensi luar.
  • Membantu pihak sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mematuhi Akta dan peraturan pendidikan.

FUNGSI UTAMA


Fungsi Utama Unit Perhubungan dan Pendaftaran adalah seperti berikut:-

  • Pengurusan Permohonan
    • Penggunaan premis sekolah kerajaan/bantuan kerajaan.
    • Kajian/penyelidikan di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan.
    • Pelancongan/Lawatan murid.
    • Ceramah/program libat pelajar oleh agensi luar di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan.
    • Majalah sekolah kerajaan/bantuan kerajaan.
    • Penggambaran di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan.
    • Bayaran tambahan/sumbangan/kutipan sekolah kerajaan/bantuan kerajaan.
    • Cuti peristiwa/cuti ganti/cuti bergilir sempena peperiksaan awamsekolah kerajaan/bantuan kerajaan
    • Permit mengajar guru sandaran/seni bela diri di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan.
    • Lawatan pegawai dan murid dari luar Negara.
    • Program PIBG/program sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
  • Pengurusan Pendaftaran
    • Sekolah kerajaan/bantuan kerajaan
    • Murid bukan warganegara
    • Persatuan Ibu bapa - Guru (PIBG)
    • Lembaga Pengelola sekolah bantuan kerajaan
  • Pengurusan Pertanyaan dan Aduan
    • Aduan awam/Pertanyaan Dewan Rakyat dan Negara

CARTA ORGANISASI

Paparan carta organisasi, sila klik di sini.

 SENARAI PERJAWATAN DAN GRED

BIL NAMA   JAWATAN GRED 
1 HANIFAH BINTI MD YUSOFF KETUA UNIT DG44
2 FARA DHILA BINTI OMRAN  PENOLONG PENGARAH   DG44 (KUP)
3 NORMADI BIN ISMAIL  PENOLONG PENGARAH  DG44 (KUP)
4  MOHD ZAKARIAH BIN MOHD JOHAR  PENYELIA KANAN  DG34
5  FARIDAH HANIM BINTI AW NGAH  PENYELIA KANAN  DG34
6  AMINAH BINTI MOHAMAD  PEMBANTU TADBIR  N22 (KUP)
7 SHELIZA BINTI SHAH ADNAN PEMBANTU TADBIR N17
8 ZAILUDDIN BIN HASSAN PEMBANTU TADBIR N17

 

http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/