Get Adobe Flash player

Hebahan Terkini

  • Banner Selamat Datang
  • Banner Tahun Baru 2015
  • Banner07
  • Banner08
  • Banner Dasar Kualiti
  • Banner Sesi Persekolahan
  • Frog Play
  • bannerAPC_a_JPWPKL
  • bannerAPC_JPWPKL

Kelajuan Halaman

0.59 saat

Unit Sekolah Menengah

LATAR BELAKANG

  • Cabaran besar yang dihadapi oleh Unit Sekolah Menengah ialah memenuhi keperluan tempat murid mengikut kehendak pelanggan serta tuntutan ke arah melaksanakan sekolah berkesan. Di samping itu, menjadi tanggungjawab Unit Sekolah Menengah untuk memenuhi misi JPWPKL.
  • Dalam memenuhi misi JPWPKL ini, Unit Sekolah Menengah perlu menyediakan tempat belajar kepada semua murid yang memasuki sekolah menengah. Namun, perkara-perkara yang di luar kawalan seperti bekalan guru yang tidak memenuhi kehendak pelanggan dan pertambahan/kepadatan penduduk di sesetengah kawasan yang tidak selaras dengan pembangunan sekolah, menjadi penghalang kepada usaha memenuhi sasaran kerja tahunan unit dan mencapai visi JPWPKL.

OBJEKTIF

  1. Memastikan setiap murid berumur 13 hingga 17 tahun yang diberi penempatan di sekolah menengah dan menamatkan pendidikan menengah dalam tempoh dari 5 tahun atau 7 tahun.
  2. Memastikan guru-guru yang dibekalkan ke Wilayah Persekutuan ditempatkan mengikut kesesuaian opsyen agar pelajar-pelajar mendapat faedah pembelajaran yang optimum.
  3. Meningkatkan pengurusan sekolah bagi memastikan peruntukan kewangan yang diperoleh diagihkan secara seimbang (kos efektif).
  4. Mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengurusan peringkat unit dan sekolah.
  5. Meningkatkan tahap keprofesionalisme pentadbiran sekolah dalam aspek pengurusan.
  6. Mengaplikasikan kemahiran individu dalam menangani isi pengurusan sekolah.

FUNGSI UTAMA

A) PENGURUSAN MURID

  • Pendaftaran, penempatan dan pertukaran murid bagi Kelas Peralihan dan Tingkatan Satu hingga Enam.
  • Mengurus permohonan pertukaran murid dalam dan luar negeri.
  • Mengurus permohonan belajar semula murid yang pulang dari luar negara.
  • Mengurus permohonan murid dari sekolah swasta yang ingin bersekolah semula di sekolah bantuan kerajaan.
  • Pendaftaran, penempatan dan pertukaran murid di Tingkatan Satu hingga Lima ke sekolah/kelas kawalan.
  • Pendaftaran, penempatan dan pertukaran murid di Tingkatan Satu hingga Lima ke Kelas Rancangan Khas (KRK).
  • Membantu Unit Perhubungan dan Pendaftaran menempatkan murid bukan warganegara yang memohon belajar di sekolah bantuan kerajaan.
  • Memproses permohonan murid mengulang ke Tingkatan Lima bagi murid yang gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 B) PENGURUSAN GURU

  • Pertukaran Guru Antara Negeri/Bahagian, dan Dalam Negeri
    1. Dua kali setahun iaitu bulan Januari dan Jun.
    2. Tempoh permohonan bagi pertukaran sesi Jun pada 1 hingga 30 April dan pertukaran sesi Januari pada 1 hingga 30 September.
    3. Kriteria permohonan mengikut keutamaan:
      • Kes kesihatan yang kronik
      • Ancaman keselamatan
      • Ikut suami/isteri
      • Tempoh perkhidmatan
      • Lain-lain alasan
    4. Permohonan secara atas talian menggunakan aplikasi eGTukar iaitu http://apps.moe.gov.my/epgo/
    5. Dokumen sokongan perlu disertakan bersama borang permohonan untuk semakan oleh panel pertukaran JPWPKL.
  • Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK)
    1. Objektif KGSK ialah untuk mengatasi kekurangan sementara guru di sekolah apabila terdapat ketiadaan guru yang selama ini diisi dengan guru ganti yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas atau pengalaman.
    2. Ahli KGSK terdiri daripada guru bersara wajib/pilihan (siswazah/bukan siswazah), pemegang kelayakan ikhtisas perguruan (bachelor pendidikan/diploma pendidikan) dan bekas Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sekurang-kurangnya setahun pengalaman (Ijazah/Diploma/STPM/SPM).
    3. Ahli KGSK akan bertugas sebagai guru ganti di sekolah yakni minimum sehari dan maksimum setahun.
    4. Kadar gaji harian bagi anggota sambilan telah ditetapkan mengikut gaji permulaan skim perkhidmatan seseorang anggota itu dilantik termasuk mengambil kira kaedah penentuan gaji permulaan bagi skim yang mempunyai unsur multiple entry.
    5. JPN/PPW diberi kuasa untuk melantik KGSK. Bayaran elaun diuruskan oleh PPW atau Sekolah PTJ sebagai Pusat Tanggungjawab.

CARTA ORGANISASI

SENARAI PERJAWATAN DAN GRED

BIL NAMA JAWATAN GRED
1 SHARIMAH BT RAMLI KETUA PENOLONG PENGARAH DG48
2 MOHD YUSOF B IBRAHIM PENOLONG PENGARAH KANAN (PENGURUSAN GURU) DG44
3 MOHD AZIZI BIN MOHD BASRI PENOLONG PENGARAH KANAN (PENGURUSAN PROJEK KHAS) DG44
4 SURIATI DEWI RAHAYU BT MOHD HANAPIAH PENOLONG PENGARAH KANAN (PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL) DG44
5 ASRINA AYU BT CHIK PENOLONG PENGARAH (PENGURUSAN DATA & ABM) DG44(KUP)
6 AZWATI SURIA BT ALI PENOLONG PENGARAH (PENGURUSAN TINGKATAN ENAM) DG44(KUP)
7 NORAJMALI RIDZUWAN B ISMAIL PENOLONG PENGARAH (PENGURUSAN MURID) DG41
8 ROHANI BT ABDUL LATIF KETUA PEMBANTU TADBIR N22
9 ROHAYATI BT MOHD SALLEH PEMBANTU TADBIR N17
10 SUHARNI BT ABU SALIM PEMBANTU TADBIR N17
11 JUNAIDAH BT OTHMAN PEMBANTU OPERASI N11

 

http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/