Unit Sekolah Menengah

 

OBJEKTIF

  1. Memastikan setiap murid berumur 13 hingga 17 tahun yang diberi penempatan di sekolah menengah dan menamatkan pendidikan menengah dalam tempoh dari 5 tahun atau 7 tahun.
  2. Memastikan guru-guru yang dibekalkan ke Wilayah Persekutuan ditempatkan mengikut kesesuaian opsyen agar pelajar-pelajar mendapat faedah pembelajaran yang optimum.
  3. Meningkatkan pengurusan sekolah bagi memastikan peruntukan kewangan yang diperoleh diagihkan secara seimbang (kos efektif).
  4. Mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengurusan peringkat unit dan sekolah.
  5. Meningkatkan tahap keprofesionalisme pentadbiran sekolah dalam aspek pengurusan.
  6. Mengaplikasikan kemahiran individu dalam menangani isi pengurusan sekolah.

FUNGSI UTAMA

A) PENGURUSAN MURID

  • Pendaftaran, penempatan dan pertukaran murid bagi Kelas Peralihan dan Tingkatan Satu hingga Enam.
  • Mengurus permohonan pertukaran murid dalam dan luar negeri.
  • Mengurus permohonan belajar semula murid yang pulang dari luar negara.
  • Mengurus permohonan murid dari sekolah swasta yang ingin bersekolah semula di sekolah kerajaan.
  • Pendaftaran, penempatan dan pertukaran murid di Tingkatan Satu hingga Lima ke Sekolah Kluster Kecemerlangan(SKK) / Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
  • Pendaftaran, penempatan dan pertukaran murid di Tingkatan Satu hingga Lima ke Kelas Rancangan Khas (KRK).
  • Membantu Unit Perhubungan dan Pendaftaran menempatkan murid bukan warganegara yang memohon belajar di sekolah kerajaan.
  • Memproses permohonan murid mengulang ke Tingkatan Lima bagi murid yang gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 B) PENGURUSAN GURU

  • Pertukaran Guru Antara Negeri/Bahagian, dan Dalam Negeri
    1. Dua kali setahun iaitu bulan Januari dan Jun.
    2. Tempoh permohonan bagi pertukaran sesi Jun pada 1 hingga 30 April dan pertukaran sesi Januari pada 1 hingga 30 September.
    3. Kriteria permohonan mengikut keutamaan:
      • Kes kesihatan yang kronik
      • Ancaman keselamatan
      • Ikut suami/isteri
      • Tempoh perkhidmatan
      • Lain-lain alasan
    4. Permohonan secara atas talian menggunakan aplikasi eGTukar iaitu https://epgo.moe.gov.my/ 
    5. Dokumen sokongan perlu disertakan bersama borang permohonan untuk semakan oleh panel pertukaran JPWPKL.
  • Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK)
    1. Objektif KGSK ialah untuk mengatasi kekurangan sementara guru di sekolah apabila terdapat ketiadaan guru yang selama ini diisi dengan guru ganti yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas atau pengalaman.
    2. Ahli KGSK terdiri daripada guru bersara wajib/pilihan (siswazah/bukan siswazah), pemegang kelayakan ikhtisas perguruan (bachelor pendidikan/diploma pendidikan) dan bekas Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sekurang-kurangnya setahun pengalaman (Ijazah/Diploma/STPM/SPM).
    3. Ahli KGSK akan bertugas sebagai guru ganti di sekolah yakni minimum sehari dan maksimum setahun.
    4. Kadar gaji harian bagi anggota sambilan telah ditetapkan mengikut gaji permulaan skim perkhidmatan seseorang anggota itu dilantik termasuk mengambil kira kaedah penentuan gaji permulaan bagi skim yang mempunyai unsur multiple entry.
    5. JPN/PPW diberi kuasa untuk melantik KGSK. Bayaran elaun diuruskan oleh PPW atau Sekolah PTJ sebagai Pusat Tanggungjawab.

CARTA ORGANISASI

SENARAI PERJAWATAN DAN GRED 

BIL NAMA JAWATAN EMEL (@moe.gov.my) NO. TEL
1 SHARIMAH BINTI RAMLI KETUA PENOLONG PENGARAH sharimah.ramli 03-6204 6126
2 ASRINA AYU BINTI CHIK PENOLONG PENGARAH KANAN asrina.chik 03-6204 6141
3 AZWATI SURIA BINTI ALI PENOLONG PENGARAH KANAN azwati.ali 03-6204 6143
4 NORAJMALI RIDZUWAN BIN ISMAIL PENOLONG PENGARAH KANAN norajmali.ismail 03-6204 6144
5 NORHALIF BIN YUSOF PENOLONG PENGARAH norhalif.yusof 03-6204 6142
6 NUR ASIAH BINTI CHE LAH PENOLONG PENGARAH nur.asiah 03-6204 6879
7 NAZROL AFENDI BIN AB RAHMAN PENOLONG PENGARAH nazrol.rahman 03-6204 6880
8 ROHANI BINTI ABDUL LATIF KETUA PEMBANTU TADBIR rohani.latif 03-6204 6140
9 ROHAYATI BINTI MOHD SALLEH PEMBANTU TADBIR rohayati.salleh 03-6204 6139
10 SUHARNI BINTI ABU SALIM PEMBANTU TADBIR suharni.salim 03-6204 6135
11 JUNAIDA BINTI OTHMAN PEMBANTU OPERASI   03-6204 6138