Get Adobe Flash player

Hebahan Terkini

Kelajuan Halaman

0.94 saat

Soalan-soalan Lazim

Sila pilih kategori soalan anda

Carian Soalan Lazim
Lihat semua soalan yang sering ditanya

Aduan boleh dibuat secara lisan atau bertulis. Aduan secara lisan boleh dibuat melalui panggilan telefon atau datang sendiri ke Jabatan. Aduan secara bertulis boleh dihantar melalui pos, fax atau email.

Mengikut prosedur yang ditetapkan, setiap aduan yang diterima mestilah disiasat dalam tempoh 14 hari bekerja selepas aduan tersebut diterima. Walau bagaimanapun, bagi kes yang berat, kadangkala tempoh siasatan yang diambil mungkin mengambil masa yang lebih lama.

Ya, nama pengadu akan dirahsiakan

Setiap aduan yang diterima akan disiasat walaupun pengadu tidak memberikan nama dan alamat.

Bagi maksud mengadakan sampel kajian melalui soal selidik dan temu bual melibatkan sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pemohon hendaklah mematuhi peraturan-peraturan dan garis panduan sedia ada yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Surat Pekeliling Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 1/2006 : Syarat Dan Peraturan Menjalankan Penyelidikan Pendidikan Di Institusi-Institusi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pemohon perlu mendapatkan kebenaran daripada Bahagian berkenaan terlebih dahulu (http://eras.moe.gov.my/eras) dan seterusnya mengemukakan permohonan kebenaran kepada Pengarah Pendidikan, JPWPKL di Unit Perhubungan dan Pendaftaran berserta sesalinan surat kebenaran daripada KPM, sebelum berurusan dengan pihak sekolah untuk menjalankan sampel kajian.

Pihak pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terlebih dahulu di Sektor Pengoperasian Dasar, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), sebelum memanjangkan permohonan kebenaran kepada Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Unit Perhubungan dan Pendaftaran. Setiap permohonan hendaklah hendaklah disertakan dengan sesalinan surat kelulusan daripada KPM tersebut. Setelah pihak Jabatan mengeluarkan surat kebenaran baharulah pemohon boleh berurusan dengan pihak sekolah berkenaan.

Arahan ini terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 9/2004: Panduan penglibatan murid-murid sekolah dalam program atau aktiviti anjuran agensi-agensi selain daripada agensi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penempatan guru adalah berdasarkan keperluan perkhidmatan dan kekosongan opsyen

Penempatan guru adalah berasaskan keperluan perkhidmatan dan kekosongan opsyen. Persoalan berkaitan suami, anak dan rumah sendiri hanya dapat dibantu sekiranya Sektor Pengurusan Sekolah, JPWPKL mempunyai ruang untuk membantu.

Permohonan pertukaran guru antara negeri boleh dibuat secara on-line (e-GTukar) melalui  http://epgo.moe.gov.my yang dibuka pada : bulan April bagi permohonan pertukaran Jun dan bulan September bagi permohonan pertukaran bulan Januari. Permohonan secara on-line ini hanya dibuka bagi guru-guru berikut sahaja:

  • Guru DGA 29, DGA 32 KUP, DG 41 dan DG 44 KUP.
  • Guru-guru yang berstatuskan kenaikan pangkat, guru cemerlang atau guru yang memegang jawatan (DGA 32, DGA 38, DG44, DG48 dan keatas) perlu memohon secara manual ke Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain daripada itu guru yang bercuti tanpa gaji dan guru yang sedang diambil tindakan tatatertib tidak boleh memohon pertukaran

Kriteria permohonan pertukaran merupakan kriteria bagi membolehkan seseorang itu layak memohon pertukaran tetapi kata pemutus kelulusan permohonan pertukaran bergantung sepenuhnya kepada keputusan mesyuarat. Ini adalah kerana kita telah menggunakan sepenuhnya ABM perjawatan berasaskan sekolah (School Based) sebagai asas bagi mengetahui kedudukan keperluan guru dan opsyennya.

  • Anak yang lahir pada 16hb Januari tidak boleh membuat permohonan kemasukan awal. Berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1998 bertarikh 7 Mei 1998 hanya murid yang lahir pada 2 Januari hingga 15 Januari akan dipertimbangkan untuk kemasukan awal.
  • Terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi iaitu ibu bapa atau penjaga mesti warganegara Malaysia, telah mengikuti kelas tadika, permohonan hendaklah dikemukakan mulai bulan Jun hingga Ogos ke JPN, mencapai tahap yang munasabah dari segi " mental and reading age" dan murid berkenaan akan menghadiri satu sesi temuduga yang akan dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Kemasukan awal kanak-kanak ke sekolah adalah berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1998 bertarikh 7 Mei 1998 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2001.

Permohonan untuk Home Schooling boleh dibuat di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh negara menggunakan borang yang telah disediakan.

Syarat-syarat am berhubung permohonan Home Schooling ada terdapat pada borang permohonan dan tuan boleh berhubung dengan pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan pandangan dan nasihat. Antara syarat-syarat am iaitu, kelayakan ibu bapa untuk mengajar, fizikal bilik darjah di rumah dan sebagainya

  • Puan perlu melaporkan dan membuat permohonan pendaftaran lewat di Jabatan Pendaftaran Negara dengan segera mengenai kelahiran tersebut dengan dokumen asal sijil kelahiran ibu bapa, surat daftar perkahwinan, surat rawatan dari hospital dan surat saksi kelahiran di rumah.
  • Setelah proses ini dilakukan, anda perlulah mendaftar di mana-mana Pejabat Pelajaran Daerah dengan mengisi borang SR/KSLPTSK (Pin 08), disertakan salinan kad pengenalan ibu bapa warganegara yang lengkap, surat nikah, surat daftar lewat, kad prenatal dan surat akuan Penghulu / Ketua Kaum / Ketua kampung yang asal.

Tuan perlu melakukan pendaftaran bersekolah cucu tuan di mana-mana Pejabat Pelajaran Daerah terlebih dahulu dengan mendapat surat pengesahan dari Ketua Kampung bahawa kanak-kanak tersebut sah warganegara Malaysia. Selepas itu tuan boleh membuat laporan ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk proses pengeluaran sijil kelahiran dengan membawa dokumen-dokumen sokongan

Tidak boleh. Meraka wajib mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan mempunyai pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia terlebih dahulu.

Guru Besar dan Pengetua diingatkan supaya tidak menempatkan murid bukan warganegara di sekolah selagi tidak mendapat kelulusan. Sesiapa yang melanggar peraturan tersebut, akan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan

Tuan layak memohon penangguhan untuk anak tuan dengan menyertakan salinan dokumen berkaitan untuk di pertimbangkan oleh KPPM

Tuan boleh membuat rayuan sekiranya permohonan tuan gagal dan keputusan rayuan adalah muktamad. Tuan juga boleh membuat permohonan baru untuk penangguhan berikutnya dengan mengemukakan dokumen berkaitan

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu

Calon mesti mendapat sekurang-kurang tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran lain.

Calon mesti mendapat sekurang-kurang tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran jurusan sains.

  • Calon boleh membuat rayuan ke JPNWP menggunakan Borang T6RU.
  • Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun.
  • Kelulusan JPNWP tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dimohon.

Calon sekolah boleh membuat rayuan kepada JPNWP melalui Pengetua Sekolah asal murid dengan menggunakan borang T6BKK.

Calon swasta boleh memohon ke JPNWP menggunakan Borang T6BCP.

Murid perlu mengisi borang pertukaran warganegara iaitu Borang P.U(A)275-Jadual Ketiga boleh didapati di sekolah masing-masing.

  • Murid akan membuat permohonan melalui sekolah rendah menggunakan Borang Permohonan Tingkatan 1 bagi Murid Warganegara.
  • Kemasukan nnurid ke tingkatan satu, penentuan sekolah adalah diputuskan oleh jawatankuasa pemilihan di Pejabat Pelajaran Wilayah berdasarkan kepada sekolah menengah yang berhampiran dengan sekolah rendah di mana murid belajar (sekolah feeder).
    • Penentuan kelas adalah berdasarkan keputusan peperiksaan UPSR dan jawatankuasa di peringkat sekolah menengah.
    • Murid dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil masuk ke tingkatan satu atau kelas peralihan adalah berdasarkan keputusan Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Guru Besar di mana murid belajar yang berpandukan kepada keputusan peperiksaan UPSR murid.
  • Pemohon hendaklah mengisi borang pertukaran murid dari sekolah agama/persendirian/swasta ke sekolah kerajaan (Borang ASBS) dalam 3 salinan.
  • Borang permohonan boleh didapati di JPWPKL/PPW.

Murid warganegara yang balik dari Luar Negara dan yang ingin meneruskan persekolahan di Sekolah Kerajaan/Bantuan Kerajaan dikehendaki mengisi Borang Masuk Belajar Di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan Dari Murid Warganegara Malaysia Yang Pulang Dari Luar Negara (diisi dalam 2 salinan) yang boleh didapati dari JPWPKL/PPW.

  • Pemohon hendaklah terlebih dahulu memohon pertukaran dari sekolah berkenaan ke sekolah menengah harian biasa dengan mengisi borang pertukaran yang disediakan oleh sekolah berkenaan atau Borang P.U (A) 275 – Jadual Ketiga.
  • Surat atau borang yang telah disokong dan ditandatangani oleh Pengetua hendaklah dihantar ke JPWPKL/PPW
  • Pemohon hendaklah terlebih dahulu memohon pertukaran dari sekolah berkenaan ke sekolah menengah harian biasa dengan mengisi borang pertukaran yang disediakan oleh sekolah berkenaan atau Borang P.U (A) 275 – Jadual Ketiga.
  • Borang tersebut hendaklah dihantar ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk mendapatkan kelulusan.
  • Surat kelulusan tersebut dipanjangkan terus ke Jabatan Pelajaran Negeri (u.p : Ketua Sektor Pengurusan Sekolah) untuk mendapatkan penempatan ke sekolah. Penempatan ke sekolah yang dipohon bergantung kepada kekosongan tempat di sekolah tersebut.

Unit Sekolah Rendah dan Unit Sekolah Menengah Sektor Pengurusan Sekolah yang bertanggungjawab menguruskan pertukaran dan penempatan Guru Pendidikan Islam Menengah, Guru Pendidikan Islam Rendah , Bahasa Arab dan j-Qaf

Pertukaran Guru pendidikan Islam sama dengan pertukaran Guru yang lain dibuat secara on-line.

Permohonan jawatan Guru Sandaran Terlatih(GSTT) hanya dibuka jika ada keperluan dan mendapat kebenaran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Sektor Pendidikan Islam, JPWP dan sekiranya waran perjawatan diturunkan oleh KPM

Secara umumnya, ada 4 kali kutipan dan verifikasi data e operasi iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober setiap tahun. Namun demikian, pihak sekolah perlu mengemaskini data e operasi sepanjang tahun kerana data e operasi merupakan data terpenting untuk rujukan semua pihak yang terlibat.

1. Sebagai rujukan maklumat guru, maklumat sekolah, dan enrolmen murid.

2. Mengetahui keperluan guru di sekolah melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG)

3. Mengetahui Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan Guru ABM (P) semua sekolah.

4. Membuat maklum balas penempatan guru baharu dan guru pertukaran.

5. Hal -hal yang berkaitan data guru dan bukan guru.

Jika guru boleh merujuk kepada pegawai meja e Operasi di Sektor Pengurusan Sekolah, JPWPKL atau bagi staf sokongan sekolah boleh merujuk kepada pegawai meja e Operasi Unit Perjawatan, JPWPKL.

Pendaftaran anak bersekolah boleh dibuat di sekolah yang berdekatan sepanjang bulan Mac dengan membawa sijil lahir asal bersama salinan, kad pengenalan atau sijil kelahiran asal murid bersama salinan, kad pengenalan asal ibu bapa bersama salinan dan surat akuan nikah ibu bapa.

Pihak sekolah akan mendaftarkan maklumat anak tuan dan puan melalui sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

  • Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Mendapat keputusan UPSR seperti berikut:
    • Sekolah Kawalan – SK : 5A, SJKC : 7A, SJKT : 7A
    • Kelas Kawalan – SK : 4A1B, SJKC : 6A1B, SJKT : 6A1B

Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputera dari Sekolah Kebangsaan sahaja
  • Mencapai 4A1B dalam UPSR
  • Pendapatan seisi rumah tidak melebih RM1500 (disertakan slip gaji yang telah disahkan)

Pihak sekolah perlu merujuk buku Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-kes Penggunaan Dadah Di Kalangan Murid di Sekolah atau terus menghubungi Pegawai Khas Dadah di Pejabat Pelajaran atau Unit PPDa di JPWPKL.

Kaunselor perlu mengumpul maklumat mengenai pelajar merokok dan membantu murid terbabit samada melalui sesi kaunseling ataupun rujukan ke klinik berhenti merokok yang terdapat di Jabatan Kesihatan DBKL atau Jabatan Kesihatan WPKL.

19 Februari : Hari Anti Dadah Kebangsaan
26 Jun : Hari Anti Dadah Antarabangsa
31 Mei : Hari Tanpa Tembakau
1 Disember : Hari Aids Sedunia

Agensi –agensi tersebut ialah;-

  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
  • Jabatan Kesihatan WPKL
  • Jabatan Kesihatan DBKL
  • PDRM
  • DBKL
  • PEMADAM
  • PENGASIH
  • PETRONAS
  • PENDAMAI

Semua warga sekolah iaitu murid guru dan kakitangan

KRITERIA KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Terbuka kepada semua kaum.
  • Pelajar Tingkatan 1 Tahun Semasa.
  • Daripada keluarga berpendapatan sederhana atau rendah.
  • Pelajar tidak terikat dengan mana-mana projek lain seperti (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas, atau Kelas Aliran Agama)

Tempahan masuk ke Pusat Kokurikulum adalah berdasarkan kekosongan. Walau bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada program anjuran kementerian pendidikan, jabatan pendidikan dan pejabat pendidikan wilayah.

Asrama 1Malaysia terletak di Jalan Kuantan , Taman TAsik Tititwangsa, 53200 Kuala Lumpur di bawah Parlimen Setiawangsa, dan terletak di dalam zon Keramat

Murid yang menyertai program Asrama 1Malaysia akan bersekolah di

SMK Sentul Utama, Jalan Ipoh

SMK Victoria, Jalan Hang Jebat

SMK Methodist (L) KL

SMK St. John, Bukit Nanas

Asrama 1Malaysia boleh dihubungi di talian :

No. Telefon - 0340211820

No. Fax - 0340211817

Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur boleh dihubungi di talian:

Telefon :  03 - 4025 3933 / 4023 1045

Faks      : 03 - 4025 4491

Semua aktiviti di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur dikendalikan oleh jurulatih yang telah dilantik dan ditarafkan.  Jurulatih ini terdiri daripada guru-guru yang mengajar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Semua guru yang dilantik sebagai jurulatih wajib menjalani Kursus Asas Pembantu Jurulatih yang diadakan setiap tahun.

Pengurusan Hal Ehwal Murid

Pengurusan Kokurikulum

Pengurusan Pusat Kokurikulum

Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Pengurusan Sukan

Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

Pengurusan Biasiswa, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Pelaksanaan RMT dan Program Susu Sekolah

Pengurusan Asrama Sekolah (Pembekalan Makanan dan Kemudahan Tempat Tinggal Yang Selamat & Selesa)

KWAPM :

           RM 760.00 - Perkapita RM 190.00

 

RMT :

RM 460.00 - Perkapita RM160.00 (2013)

 

Unit bertanggungjawab : Unit Hal Ehwal Murid

·Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

·Rancangan Makanan Tambahan - (RMT)

·Jaket Keselamatan

·Insurans Takaful RM1.50 seorang

·Bantuan awal persekolahan

·Pelajar Tingkatan Enam akan mendapat baucer

·Bantuan Susu dan Vitamin

·Bantuan Zakat

250 hari setahun tetapi apabila pelajar ingin menduduki asrama semasa peperiksaan, jumlah hari akan bertambah.

 

Unit bertanggungjawab : Unit Hal Ehwal Murid

Semua murid yang belajar di Sekolah Luar Bandar dan murid yang menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah Bandar.

 

Unit bertanggungjawab : Unit Hal Ehwal Murid

30 Diterbitkan pada Isnin, 26 November 2012 12:30 Ditulis oleh Shahira & Mastura Hit: 559

Kelayakkannya adalah berpendapatan :

 

KWAPM :

           RM 760.00 - Perkapita RM 190.00

 

RMT :

RM 460.00 - Perkapita RM160.00 (2013)

 

Unit bertanggungjawab : Unit Hal Ehwal Murid

Setiap awal tahun Pusat Kokurikulum akan mengadakan pengambilan jurulatih baru untuk membantu Pusat kokurikulum melalui edaran borang dan surat makluman kepada setiap sekolah di Kuala Lumpur kepada guru yang berminat untuk menjadi Jurulatih Pusat Kokurikulum. Pengisian borang yang lengkap seterusnya akan dipanggil untuk mengikuti Kursus Asas Pembantu Jurulatih.

Kemudahan yang ada di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur termasuk bilik penginapan pelajar, bilik penginapan guru, bilik mesyuarat, kantin, surau dan dewan kecil. Segala kemudahan yang berada  di pusat kokurikulum tertakluk kepada  kebenaran dan kelulusan pusat kokurikulum pada setiap masa.

Bermula pada bulan April 2013, KPM telah mengarahkan supaya kaedah pelupusan buku teks hendaklah mendapatkan kelulusan dari Jabatan Arkib Negara (JAN) terlebih dahulu dengan mengisi Borang 2/08. Setelah kelulusan diperolehi dari JAN, pihak sekolah hendaklah menghantar salinan surat kelulusan tersebut bersama salinan borang 2/08 ke Unit HEM. Seterusnya, Unit HEM akan menghantar Kontraktor Pelupusan untuk melaksanakan pelupusan tersebut bersama surat pemakluman. Perlu diingatkan bahawa sebarang bentuk bayaran oleh pihak Kontraktor kepada sekolah hendaklah dimasukkan terus ke dalam Tabung Hasil. Setelah kerja-kerja pelupusan selesai, pihak sekolah hendaklah mengisi dan menghantar borang 12/08 ke JAN dan satu salinan ke Unit HEM sebagai bukti kerja-kerja pelupusan tersebut telah selesai dilaksanakan.

Boleh. Walau bagaimanapun pihak sekolah hendaklah memaklumkan terlebih dahulu kepada Unit HEM berkenaan perkara tersebut dan memastikan prosedur pelupusan tersebut tetap sama dan  tidak diubah.

Kaedah pelupusan buku teks Agama tetap sama seperti yang dinyatakan di atas. Cuma bezanya ialah tiada sebarang pembayaran oleh pihak Kontraktor kepada sekolah sebaliknya pihak Unit Hem yang akan membayar urusan pelupusan tersebut kepada kontraktor.

Pelupusan ialah melupuskan sebarang bentuk benda yang ada fizikalnya manakala hapus kira pula ialah mengeluar atau melupuskan sebarang bentuk benda yang ada tersenarai dalam stok kerana fizikalnya tidak nampak disebabkan beberapa faktor seperti kebakaran, banjir dan sebagainya.

Syarat untuk menghadiri Kursus Induksi ialah semua anggota Perkhidmatan Awam dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan yang dilantik dan yang dinaikkan pangkat secara lantikan (KPSL) pada atau sebelum 1 Januari 1992 dikehendaki menghadiri Kursus Induksi dengan jayanya sebagai salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan. - Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1992

Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan adalah salah satu syarat daripada syarat-syarat bagi pengesahan dalam jawatan atau bagi maksud kemajuan kerjaya seterusnya dalam perkhidmatan

Pegawai yang dikehendaki menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan adalah pegawai dalam tempoh percubaan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan masing-masing. Contoh N17, W17, C17, J17 dan setaraf.
Walau bagaimanapun pegawai yang dilantik secara lateral (pelantikan ke gred kenaikan pangkat) adalah dikecualikan daripada menduduki peperiksaan perkhidmatan. (SPP Bil. 5 Tahun 2011 – Peperiksaan Perkhidmatan Awam)

  • Calon lantikan tetap dalam Perkhidmatan Awam
  • Calon belum disahkan dalam perkhidmatan
  • Mendapat perakuan daripada Ketua Jabata

Calon-calon dikehendaki melayari laman web Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam Jabatan di alamat www.moe.gov.my/sisppa.  Sila ikut arahan yang diberikan dalam laman web berkenaan.
Kegagalan mematuhi arahan yang diberikan boleh menyebabkan calon tercicir daripada senarai yang layak menduduki peperiksaan pada tarikh yang ditetapkan

Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan diadakan sebanyak  2 (dua) kali setahun.

SUBJEK UTAMA adalah merujuk kepada Perintah Am, Arahan Pentadbiran dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam.

Peperiksaan Subjek Utamadikenakan kepada Kumpulan Sokongan Yang Setaraf dengan Kumpulan C dari Gred 17 hingga Gred 26 (Contohnya. Juruteknik J17, Pembantu Makmal C17, Pembantu Pengurusan Murid N17 dan
Penyelia Asrama N17)

*sila rujuk sukatan peperiksaan bagi skim perkhidmatan masing-masing dalam laman web SISPPA.

Peperiksaan SUBJEK UTAMA dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.  Calon dikehendaki memohon melalui saluran yang disediakan oleh JPA bagi subjek tersebut di alamat http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/

Calon-calon hanya dibenarkan membawa BUKU RUJUKAN yang telah ditetapkan sahaja seperti Buku Perintah Am, Buku Arahan Keselamatan, Buku Arahan Perbendaharaan, Buku Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam . 

SALINAN FOTOSTAT, BUKU BERBENTUK SOAL JAWAB PEPERIKSAAN, BUKU NOTA KURSUS, BUKU NOTA KULIAH DAN SEUMPAMANYA ADALAH DILARANG SAMA SEKALI.

Ketua Pengawas sesuatu peperiksaan berkuasa penuh untuk melarang calon daripada menduduki peperiksaan tersebut jika didapati melanggar peraturan ditetapkan.

Calon dikehendaki membawa Kad Pengenalan, Tiket Peperiksaan dan alat tulis semasa menghadiri peperiksaan.

Peperiksaan Perkhidmatan Awam adalah termasuk dalam salah satu urusan rasmi Kerajaan.  Calon dikehendaki berpakaian pejabat semasa menghadiri peperiksaan tersebut.

Calon-calon dikehendaki mencetak sendiri tiket peperiksaan masing-masing melalui laman web SISPPA.

Calon-calon boleh mengetahui dan mendapatkan keputusan Peperiksaan Jabatan melalui laman web SISPPA

Calon layak mendapat kemudahan Cuti Tanpa Rekod (CTR) bagi menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan.  Permohonan CTR hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan* (Pengetua/Guru Besar) masing-masing untuk kelulusan.

Apakah Saya dikenakan Sebarang Bayaran/Yuran Untuk Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan?
Tidak. Tiada bayaran/yuran dikenakan

Calon yang lulus boleh meneruskan proses untuk diperakui sah dalam perkhidmatan.
Calon yang gagal dikehendaki mengulang semula peperiksaan tersebut bagi kertas yang beliau telah gagal.

Calon boleh menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan seberapa kerap yang mampu sehingga lulus.

Calon dikehendaki mengemaskini status peribadi dalam portal SISPPA sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.  Sekiranya terlewat calon dikehendaki memohon pertukaran Pusat Peperiksaan kepada Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Boleh sekiranya diluluskan oleh BPPK, KPM (dengan kerjasama Pusat/Negeri yang berkenaan). Calon dikehendaki mengemukakan permohonan kepada BPPK, KPM.

Jika perjalanan dimulakan pada atau hampir hujung bulan dan disempurnakan dalam bulan yang berikutnya, hitungan kilometer pergi dan balik hendaklah dianggap sebagai perjalanan bagi bulan perjalanan itu disempurnakan.

  • Telah disahkan dalam perkhidmatan.
  • Telah berada di atas gred DGA29 selama 10 tahun.
  • Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan laporan nilaian prestasi (lnpt) tiga tahun terakhir.
  • Bebas dari tindakan tatatertib.
  • Telah mengisytiharkan harta terkini.
  • Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • Bebas daripada senarai peminjam tegar institusi pinjaman pendidikan.
  • Lulus penilaian tahap kecekapan (PTK) yang ditetapkan iaitu lulus TK1 atau TK2 di gred DGA29 (keseluruhan aras 111 atau IV) dan
  • Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Guru besar yang berada di atas gred DGA34 boleh memohon untuk urusan Pemangkuan Guru Besar Cemerlang gred DGA38 (KUP) apabila genap 3 tahun berkhidmat.

Mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan syarat-syarat khusus seperti berikut:-
Syarat-syarat umum

  • Disahkan dalam perkhidmatan
  • Telah mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu;
    - Memperolehi markah 78% ke atas bagi lnpt (3 )tahun terkini untuk kumpulan sokongan gred 17
    - Memperolehi markah 75% ke atas bagi lnpt (3) tahun terkini untuk kumpulan sokongan gred 1 hingga gred 16
    - Bebas tindakan tatatertib
    - Lulus pengistiharan harta
    - Lulus tapisan keutuhan sprm
    - Bebas daripada senarai pemimjam tegar institut pinjaman pendidikan
    - Diperakukan oleh ketua jabatan
  • Syarat-syarat khusus
    Berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun di atas gred lantikan.

Kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bermaksud peningkatan ke gred yang lebih tinggi di dalam skim dan perkhidmatan yang sama tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan tetapi masih tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan di dalam skim berkenaan.  Antara urusan pemangkuan/kenaikan pangkat secara (KUP) yang dijalankan di Kementerian Pelajaran Malaysia/ Jabatan Pelajaran Negeri adalah Guru Cemerlang, Pengetua Cemerlang, Pegawai Cemerlang, Guru Besar Cemerlang, Pengelola Cemerlang dan Time-Based (Guru/AKS)

Bagi melayakakan calon untuk memangku di satu jawatan yang lebih tinggi grednya daripada gred hakiki calon berkenaan, calon perlu memenuhi syarat-syarat pemangkuan yang ditetapkan iaitu disahkan dalam perkhidmatan, telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di atas gred DG41

Syarat layak untuk ke gred DG48(KUP) ialah pegawai yang telah dinaikkan pangkat ke gred DG44 dan berada di mata gaji bersamaan yang setaraf di P2 dan P3 dengan mata gaji P1T11 hingga P1T26 bagi PPPS gred DG3 pada 31.10.2002

Keputusan untuk melepaskan jawatan guru cemerlang hanya akan diputuskan di peringkat kementerian setelah permohonan di bawa ke dalam mesyuarat lembaga kenaikan pangkat perkhidmatan pelajaran.

Syaratnya ialah pegawai perlulah menjawat jawatan Guru Besar di gred DG41 selama 3 tahun berturut-turut disamping mencapai wajaran prestasi cemerlang selama 3 tahun berturut-turut. Selain itu juga pegawai perlu lulus tapisan keutuhan dan bebas dari tindakan tatatertib.

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan syarat-syarat khusus urusan pemangkuan ini.
Syarat-syarat umum

  • Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga tahun terakhir
  • Bebas daripada tindakan tatatertib
  • Telah mengisytiharkan harta
  • Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
  • Bebas daripada senarai peminjam tegar institusi pinjaman pendidikan
  • Diperakukan oleh ketua jabatan
    Syarat-syarat khusus
  • Bagi pemangkuan ke gred DG52 (KUP)
    telah dinaikkan pangkat ke gred DH48 telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebagai Pengetua di gred DG48 hakiki; dan
  • Bagi pemangkuan ke gred DG54 (KUP):
    telah dinaikkan pangkat ke gred DG52 (KUP) / hakiki sebagai pengetua

Perlu, selain markah prestasi 3 tahun terakhir diguna, salah satu syarat untuk pegawai diluluskan kenaikan pangkat ke gred yang yang sedang dipangku adalah dengan mengisi prestasi khas yang dinilai oleh ketua jabatan dalam tahun semasa.

80 peratus, diperakukan oleh ketua jabatan dan dipersetujui oleh Ahli Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)

85 peratus, diperakukan oleh Ketua Jabatan dan dipersetujui oleh Ahli Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)

Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi penanggungan kerja Pengetua adalah seperti

  • Senarai tugas jawatan yang ditanggung kerja
  • Senarai tugas jawatan penanggung kerja
  • Carta organisasi pentadbiran sekolah
  • Salinan surat pegawai bertukar, bersara ,cuti dan lain-lain yang berkaitan.

Tidak layak mengikut surat kementerian pelajaran malaysia kp(pp) 0137/39 jld.9/(4) bertarikh 17 februari 2009

Mengikut surat kementerian kp(pp) 0045/150(15) bertarikh 9 Jun 2010 penanggungan kerja bagi jawatan yang berkelayakan mendapat cuti penggal persekolahan iaitu jawatan Guru Penolong Kanan dan Guru Kanan mata pelajaran bagi tempoh cuti penggal persekolahan adalah tidak boleh dipertimbangkan bagi melayakkan pembayaran elaun penanggungan kerja.

Pencalonan hendaklah dibuat melalui ketua jabatan masing-masing dengan mematuhi peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan. Biasanya iklan akan dimuat turun kedalam portal jabatan http://www.moe.gov.my/jpwpkl .

Penempatan guru akan dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas mendapat kelulusan daripada BPSH

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 2002. Di bawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, semua pegawai dikehendaki mengisytiharkan secara bertulis kepada Ketua Jabatan masing-masing segala harta yang dimiliki olehnya atau isteri atau suami atau anaknya yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya.

Mulai tahun 2009, Sektor Pengurusan Akademik bertindak sebagai penyedia soalan manakala Pejabat Pelajaran Daerah akan mengagihkan soalan-soalan ke sekolah-sekolah mengikut zon masing-masing. Pada tahun 2012 Sektor Pengurusan Akademik tidak akan menyelaras soalan bagi ujian intervensi dan diagnostik

 

Tuan/puan boleh muat turun (download) dari laman sesawang BPK, Kementerian Pelajaran Malaysia di URL http://www.moe.gov.my/bpk/

Program ini adalah program khusus untuk memberikan bimbingan mengenai kepemimpinan dan pentadbiran sekolah kepada Pengetua dan Guru Besar. Ia merupakan beberapa sesi konsultasi atau bimbingan yang disesuaikan dengan keperluan setiap individu yang terlibat. Ia juga memotivasi dan memupuk keyakinan diri dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Tempoh ini bergantung pada keperluan individu yang menyertai dan jumlah sesi perjumpaan yang dirancang bagi individu berkenaan. Tempoh pelaksanaan lazimnya adalah diantara 8-10 bulan dan merangkumi 4-5 sesi perjumpaan.

Ya. Walaubagaimana pun, pihak sektor berhak untuk membuat pemilihan Pengetua dan Guru Besar yang memenuhi kriteria tertentu bagi pelaksanaan program. Keutamaan diberi kepada mereka yang baru dilantik.

Ia meliputi beberapa sesi bimbingan dengan berfokus pada kepimpinan dan pentadbiran sekolah.

Jawapan : Murid yang tidak melepasi ujian praProTiM yang diadakan pada bulan April.

Jawapan :  KPBM perlu dijalankan di luar jadual waktu. 

SMKA Kuala Lumpur,
Bandar Menjalara,
Kepong,
52200 Kuala Lumpur

SMKA Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1 Januari 1988 dan menumpang di dua buah sekolah iaitu SMK Wangsa Maju bagi putera dan SMK Puteri Wilayah bagi puteri. Pada tahun 1993, SMKAKL berpindah ke bangunan sendiri di Bandar Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur. SMKA KL dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, antaranya blok asrama, dewan makan, dewan besar, surau, rumah kakitangan sokongan, rumah guru, bengkel kemahiran hidup, makmal sains, serta bilik-bilik pengajaran dan pembelajaran.

Syarat –syarat kemasukan bagi Tingkatan Satu ialah :-

  • Mendapat 5A dalam UPSR.
  • Lulus Ujian Kemasukan Khas dan temuduga.
  • Boleh membaca Al- Quran dengan baik
  • Keutamaan akan diberi kepada yang boleh menulis dan membaca jawi dengan baik.
  • Lulus ujian PAFA (UPSR).
  • Berumur 13 tahun ke bawah.
  • Warganegara Malaysia.
  • Murid-murid yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan.sekolah rendah,Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Keutamaan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.
  • SMK Segambut Jaya (Lelaki  - Asrama; Perempuan – Tanpa Asrama)
    • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
  • SMK Raja Ali (Lelaki - Tanpa Asrama; Perempuan - Asrama)
    • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4
  • SMK Seri Bintang Utara ( Lelaki / Perempuan - Asrama)
    • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
  • SMK Cochrane ( Lelaki / Perempuan - Tanpa  Asrama)
    • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
  • SMK Cheras (Lelaki / Perempuan - Tanpa Asrama)
    • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
  • SMK Seri Saujana (Perempuan - Asrama)
    • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
  • SMK Bandar Tasik Selatan (Perempuan - Asrama)
    • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
  • SMK Petaling (Lelaki - Asrama)
    • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
  • SMK Sri Pantai (Lelaki / Perempuan – Tanpa Asrama)
    • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
  • SMK Puteri Wilayah (Perempuan - Asrama)
    • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
  • SMK Padang Tembak (Lelaki / Perempuan – Tanpa Asrama)
    • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
  • SMK Wangsa Maju Seksyen 2 (Lelaki / Perempuan - Tanpa Asrama)
    • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
  • SMK Taman Setiawangsa (Lelaki / Perempuan – Tanpa Asrama)
    • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
  • SMK Setapak Indah (Lelaki/Perempuan – Tanpa Asrama)
    • Tingkatan 1
  • SMK Putrajaya Presint 8 (1)  (Lelaki/Perempuan – Tanpa Asrama)
    • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
  • SMK Putrajaya Presint 9 (2) (Lelaki/Perempuan – Tanpa Asrama)
    • Tingkatan 1 hingga Tingkatan3
  • SMK Putrajaya Presint 11 (1) (Lelaki/Perempuan – Tanpa Asrama)
    • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
  • SMK Putrajaya Presint 16(1) ( Lelaki/Perempuan – Tanpa Asrama)
    •  Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3

Bagi memasuki KAA, calon mesti sekurang-kurangnya memiliki kelayakan minima berikut ;

Tingkatan Satu

  • Sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR
  • Boleh membaca Al-Quran dengan baik
  • Keutamaan akan diberi kepada yang boleh menulis dan membaca Jawi dengan baik
  • Lulus ujian PAFA ( UPSR )
  • Berumur 13 tahun ke bawah
  • Warganegara Malaysia
  • Murid sekolah rendah daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

Permohonan ke SMKA dan KAA adalah dengan mengisi borang permohonan dalam talian di sekolah rendah masing-masing bagi pemohon disekolah Rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dengan menjadikan pelajar-pelajar sebagai sasaran dakwah, Sektor Pengurusan Islam menganjurkan beberapa program berunsur dakwah iaitu :-

  • Program berbentuk pertandingan
  • Program bina insan
  • Pertandingan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah
  • Pertandingan Kompang Selawat Sekolah-Sekolah
  • Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah
  • Festival nasyid sekolah-sekolah

Semua pertandingan di atas dijalankan dari peringkat zon sehingga peringkat wilayah. Pelajar atau kumpulan terbaik akan dipilih mewakili Kuala Lumpur di Peringkat Kebangsaan

Antara program tersebut ialah :-

  • Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah
  • Kem mutiara Iman Sekolah Menengah
  • Kursus Akil Baligh Sekolah Rendah

Sebuah organisasi yang berada di bawah Unit Dakwah Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

  • Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti yang memberi perkhidmatan, kebajikan kepada semua ahli dari segi pendidikan, kerjaya dan kesihatan.
  • Membantu perlaksanaan aktiviti dakwah dan kokurikulum Pendidikan Islam di sekolah.

Jawapan
• Terdapat aduan rasmi dari pihak sekolah
• Lakukan siasatan
• Laporan siasatan
• Jika kes melibatkan enakmen undang-undang Pentadbiran Islam Negeri sila rujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri seperti JAWI dan JAIS.

·         Rujuk Pekeliling Iktisas bil. 20/2000

·         Rujuk Pekeliling Iktisas Bil. 9A/1976

·         Solat hajat adalah salah satu tajuk dalam subjek Pendidikan Islam. Ia merupakan pengajaran dan pembelajaran (PdP)

 

·     Menyelaras, mengurus, menilai serta mengawal pelaksanaan dasar  dan mesyuarat-mesyuarat utama yang berkaitan dengan pengoperasian dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

 

·  Menyelaras dan mengurus maklum balas berhubung pelaksanaan operasi dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan pelaksanaan operasi Pendidikan.

 

·         Menyelaras dan mengurus serta menilai peningkatan kualiti program-program SPI dan kualiti pelaksanaan Operasi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

 

·      Menyelaras dan mengurus Unjuran Keperluan Guru Pendidikan Islam dan Bahasa         Arab di Institusi Pendidikan (tidak termasuk IPA JPN).

 

·     Menyelaras, mengurus, menilai serta mengawal pelaksanaan dasar  dan mesyuarat-mesyuarat utama yang berkaitan dengan pengoperasian dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

 

 

·         Menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program kepimpinan Islam.

·         Maksud perkataan j-QAF ialah j : Jawi, Q : Quran, A : Arab dan F : Fardhu Ain.

·         Program j-QAF mula diperkenalkan pada tahun 2005.

·    Terdapat lima model yang dilaksanakan iaitu Model Pemulihan Jawi, Model Tasmik, Model Khatam al-Quran, Model Perluasan Bahasa Arab dan Model Bestari Solat.

·         Pada 6 bulan pertama, murid tidak akan diajar secara kelas malah diagihkan kepada  kumpulan. Kaedah pengajaran dalam kumpulan adalah secara individu berdasarkan kaedah talaqqi musyafahah. Perkembangan pencapaian bacaan murid hendaklah direkodkan di dalam buku rekod pencapaian al-Quran. Penilaian dibuat secara lisan sahaja. Sasarannya ialah bila tamat 6 bulan pertama yakni hujung Jun setiap murid akan berjaya tamat buku Iqra 6.

·       Pengajaran yang dijalankan secara bergilir adalah salah dan tidak amanah serta tidak mengikut kaedah pelaksanaan yang telah ditetapkan. Pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran ini sepatutnya dijalankan secara kolaboratif

KKQ adalah Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran yang dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) sejak tahun 1986 hingga sekarang.

·         Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) adalah salah satu kegiatan ko-kurikulum berdasarkan pekeliling KP(BPPP)Sulit/03/9JPP/M(87),namun begitu ia wajib dilaksanakan tiga jam seminggu bagi tingkatan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.

·     Guru Al-Quran adalah jawatan Over & Above diberi kepada SMKA, SABK dan Sekolah Menengah Harian Biasa yang mempunyai KAA. Diantara tugas dan tanggungjawabnyanya ialah:

 

            i -  Guru yang dilantik dimestikan mengajar kelas KKQ.

ii - Bertanggungjawab dalam projek-projek khas yang berkaitan dengan

 

     pemulihan, program budaya al-Quran dan sebagainya.

·     Peperiksaan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu PT 3, SPM bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Tasawwur Islam.

Tuan/puan boleh merujuk Sektor Pengurusan Akademik untuk mendapatkan takwim yang mengandungi tarikh-tarikh ujian selaras berkenaan

  • Calon boleh memohon semak semula keputusan peperiksaan. Permohonan semak semula hendaklah disertakan dengan bayaran terus kepada Pengarah Peperiksaan.
  • Calon sekolah perlu mendapatkan pengesahan Pengetua sekolah masing-masing sebelum mengemukakan permohonan semak semula keputusan peperiksaan.
  • Calon persendirian boleh mengemukakan permohonan semak semula keputusan peperiksaan terus kepada Pengarah Peperiksaan.
  • Semua permohonan semak semula keputusan peperiksaan mesti sampai kepada Pengarah Peperiksaan tidak melebihi tiga puluh (30) hari selepas tarikh pengumuman keputusan peperiksaan.
  • Keputusan semak semula akan dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penerimaan permohonan.

Lembaga Peperiksaan Malaysia hanya mengeluarkan sijil SPM sekali bagi setiap calon yang menduduki mana-mana satu peperiksan.

Sekiranya sijil asal hilang atau rosak atau tidak dituntut dalam tempoh tiga (3) tahun, calon boleh memohon kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan salinan keputusan.Permohonan hendaklah disertakan bersama-sama perkara berikut :-

  • Surat sumpah atau laporan polis mengesahkan kehilangan atau kerosakan sijil asal yang mengandungi maklumat berikut :-
    • Nama pemohon
    • Angka giliran
    • Nombor kad pengenalan (semasa peperiksaan)
    • Tarikh lahir
    • Nama peperiksaan
    • Tahun peperiksaan
    • Nama sekolah (tempat mengambil peperiksaan)
  • Bayaran secara wang pos/kiriman wang berpalang atas nama Pengarah Peperiksaan.
  • Sijil asal yang rosak (jika ada).

PBS ialah satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

  • PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai  aspek  kognitif  (intelek),  afektif  (emosi  dan  rohani)  dan  psikomotor (jasmani)   selaras  dengan Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan  dan  Kurikulum Standard Sekolah  Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik
  • PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
  • PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru- guru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani,  Sukan dan Kokurikulum,dan Pentaksiran Psikometrik.

PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksiran dilaksanakan oleh guru – guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ya, sekolah wajib melaksanakan PBS bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan

Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus/amali/projek/modul/ujian lisan.

Calon yang ingin pengecualian menjalankan kerja kursus/amali/projek/modul/ujian lisan hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pengarah Pelajaran Negeri.

Ya, sekolah akan mengeluarkan sijil/penyataan PBS kepada setiap calon. Jabatan Pelajaran Negeri akan mengeluarkan sijil PBS kepada calon persendirian.

Keputusan calon tidak akan terjejas sekiranya mematuhi beberapa syarat berikut:

  • Calon mestilah memastikan sekolah baru menawarkan mata pelajaran yang berkaitan
  • Calon mestilah membawa evidens PBS semasa mendaftar di sekolah baru

Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang  selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang  telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard  dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan.

Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014.

  • PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua   aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia  ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan  sumatif   iaitu  mengamalkan  konsep  assessment  for  learning  dan assessment of learning  manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning.
  • Dalam  usaha  penambahbaikan  kepada  pentaksiran  sekolah  sedia  ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi  untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta   pencapaian    prestasi         seseorang      murid. Ia       merupakan    proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat  atau  telah  menguasai  apa  yang  dipelajari  berdasarkan  pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
  • Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan  menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.
  • PBS juga   memberi   pengiktirafan  dan   autonomi  kepada   guru   untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru  merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing- masing kerana mereka:
    • boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
    • boleh  memberi  maklum  balas  yang  membina  untuk  penambahbaikan pembelajaran murid
    • lebih   memahami   konteks  yang   sesuai   dengan   persekitaran   dan perkembangan murid
    • mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti  pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:

  • Pementoran
  • Penyelarasan
  • Pemantauan
  • Pengesanan
  • Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru  untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan.
  • Pemantauan   ialah    satu    proses untuk  mendapatkan maklumat      dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.
  • Penyelarasan  PBS  adalah  proses  penyeragaman  skor  merujuk  kepada
    Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan
  • Pengesanan  PBS  adalah  proses  memastikan  kekuatan  dan  keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bila- bila masa  sekiranya diperlukan.Sistem ini juga menyimpan  maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base).

Maklum  balas  yang  diberi  berdasarkan  standard  prestasi  boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara  berterusan dan menyeluruh.

Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:

  • boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
  • boleh  memberi  maklum  balas  yang  membina  untuk  penambahbaikan pembelajaran murid
  • lebih    memahami   konteks   yang   sesuai    dengan    persekitaran   dan
    perkembangan murid
  • mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

Setiap guru    merupakan    guru    terlatih yang   mempunyai    asas pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberi pendedahan semula tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

YDP Majlis Pengetua/Guru Besar adalah mewakili semua Pengetua/Guru Besar dalam daerah berkenaan untuk membawa isu-isu dan hasrat pelaksana (guru di sekolah) ke dalam mesyuarat JK PBS Daerah

JK PBS boleh membuat keputusan dalam menetapkan pengoperasian PBS  peringkat  sekolah  asalkan  ianya  mematuhi  garis  panduan  dan  arahan pelaksanaan yang ditetapkan

Pelantikan  JK  PBS  Sekolah  adalah  tertakluk  kepada  keperluan sekolah bagi sekolah kurang murid,  seseorang guru mungkin perlu memegang lebih daripada satu folio

Boleh. LINUS  boleh  digunakan  dalam  pentaksiran  PBS  kerana kemahiran yang terdapat dalam  LINUS terdapat dalam KSSR

Keperluan mengadakan Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun bergantung kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa PBS Sekolah. Sekiranya sekolah ingin menjalankannya maka, soalan atau tugasan untuk ujian tersebut mestilah diolah/bina  mengikut deskriptor standard prestasi

Sekolah  boleh  melaksanakan  pengoperasian  PBS  menggunakan sumber  yang  ada  dan  juga  menggunakan  pendekatan  sesuai  seperti  yang diputuskan oleh JK PBS sekolah

Tidak perlu kerana pentaksiran PBS hanya dilakukan untuk tahun semasa.

Tidak boleh. Semua murid ditaksir mengikut kemampuan masing- masing dan pentaksiran PBS boleh dilakukan apabila murid telah bersedia untuk ditaksir

Murid OKU juga akan ditaksir mengikut standard prestasi yang dibina khas untuk golongan tersebut. Oleh itu mereka tidak perlu diberi pengecualian

Boleh kerana pentaksiran mata pelajaran dilakukan semasa P&P dan guru yang mengajar sahaja boleh mentaksir muridnya

Tidak boleh kerana pentaksiran PBS dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran

Ibu bapa boleh mendapatkan laporan prestasi murid bila-bila masa diperlukan.Walau bagaimanapun laporan prestasi tersebut hanya boleh diperoleh sekiranya pembelajaran dan pengajaran (P&P) dan pentaksiran topik dan kemahiran telah diajar kepada murid tersebut

Guru mata pelajaran yang menyedia dan mengeluarkan laporan prestasi murid sekiranya diperlukan. Laporan dikeluarkan melalui aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Pihak  sekolah  perlu  menunggu  arahan  pelaksanaan  yang  akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan pada awal tahun

Boleh. Murid boleh mendapatkan laporan prestasi bila diperlukan daripada  guru.  Laporan boleh dikeluarkan atau dicetak terus daripada system Aplikasi SPPBS

Pihak-pihak  yang  berkepentingan  boleh  mendapatkan  rumusan pelaporan prestasi sekolah sekiranya dipersetujui   oleh JK PBS Sekolah berkenaan

Sekolah boleh membuat ranking murid-muridnya dengan menggunakan atau merujuk evidens yang dapat disempurnakan oleh murid- murid semasa pentaksiran PBS

Pelaporan PBS memang wajar dijadikan asas atau kriteria kepada pemilihan penerima anugerah dan perlu disokong dengan evidens murid

Tidak boleh. Ibu bapa perlu mendapatkan laporan prestasi anak- anak mereka daripada guru di sekolah

Penyelarasan  ialah  satu  proses  untuk  memastikan  keselarasan kefahaman  terhadap peraturan/skema  penskoran/rubrik.  Penyelarasan  perlu dilakukan dari aspek  penskoran untuk memastikan konstruk, gred/skala skor adalah seragam dan seterusnya meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.

Penyelaras dalaman terdiri daripada Ketua Panitia/ Ketua Bidang / Guru Cemerlang mata pelajaran dan Penyelaras luaran terdiri daripada pegawai yang oleh Lembaga Peperiksa, JPN dan PPD

Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing  guru  untuk melaksanakan  PBS  mengikut  prinsip  dan  prosedur pelaksanaan yang ditetapkan

Pementoran  boleh  dilakukan  oleh  Mentor Dalaman  yang terdiri daripada Ketua Panitia, Jurulatih Utama , Guru Cemerlang, Guru Besar atau guru yang  dilantik  sementara  Mentor Luaran  terdiri  daripada  Pegawai  Lembaga Peperiksaan, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri  dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah.atau mana-mana pegawai yang dilantik

Pemantauan adalah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan

Pemantauan  boleh  dilakukan  oleh  Pemantau  Dalaman  terdiri daripada  guru  yang dilantik oleh JK PBS    peringkat sekolah dan Pemantau Luaran  terdiri pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia, pegawai Lembaga Peperiksaan , pegawai Jabatan Pelajaran Negeri  dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah.

Sekolah boleh  malah digalakkan untuk  melakukan silang pemantauan  dan  silang  penyelarasan dengan  sekolah berhampiran  kerana dengan kerjasama tersebut boleh meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan pelaksanaan PBS

Integriti guru tidak boleh dipertikaikan dalam pelaksanaan PBS ini kerana adanya mekanisme penjaminan kualiti yang akan dijalankan sepanjang pelaksanaan PBS iaitu pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan

Boleh sekiranya Guru Besar atau Guru Penolong Kanan mempunyai peruntukan mengajar mata pelajaran

Sekolah perlu memaklumkan murid tersebut ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)  dan pihak JPN akan memproses perpindahan murid itu melalui sistem Apllikasi SPPBS dan pelaporan murid akan diakses oleh sekolah baru.

Tidak. Fail Showcase (FS) perlu disediakan pada awal tahun iaitu sesi awal persekolahan kerana selain  boleh  dijadikan rujukan untuk  Fail Perkembangan Murid (FPM), Fail Showcase (FS) juga boleh dijadikan rujukan untuk mengesahkan pencapaian  band murid jika diperlukan.

Sekiranya sekolah mempunyai kemudahan mesin fotostat, sebaiknya evidens  dalam buku kerja difotostat. Walau bagaimanapun sekiranya sekolah tidak mempunyai  kemudahan mesin fotostat, guru hanya perlu buat catatan dalam buku kerja tersebut.

Satu Fail Perkembangan Murid (FPM) yang perlu disediakan untuk seorang murid bagi menyimpan evidens bagi semua mata pelajaran.

Evidens terbaik pada deskriptor tertinggi sahaja  yang disimpan dalam Fail Perkembangan Murid (FPM). Evidens bagi pencapaian band sebelum itu boleh diserahkan  kepada murid

Evidens murid bagi Pentaksiran Sekolah boleh diserahkan kepada murid  tersebut  setelah pencapaian  standard  prestasinya  direkodkan  dalam SPPBS.

Pihak berkenaan boleh melihat pencapaian murid yang direkodkan di dalam SPPBS. Guru juga boleh meminta Ketua Panitia membuat pengesahan evidens  tersebut.Jika   perlu  murid  boleh dipanggil  untuk  membuktikan pencapaiannya

  1. Calon yang mempunyai satu daripada kelayakan yang berikut, termasuk lulus Bahasa Melayu* dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), layak menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
    • SPM 1999 atau tahun sebelumnya
    • SPM (Vokasional)
    • Malaysia Certificate of Education (MCE)
    • Federation of Malaya Certificate of Education
    • Cambridge School Certificate
    • GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusan peringkat biasa** yang diperoleh dalam satu peperiksaan)
    • SPM tahun 2000 hingga tahun 2006 yang diperoleh dalam satu peperiksaan dengan mendapa
      • sekurang-kurangnya gred 6C bagi tiga mata pelajaran, atau
      • sekurang-kurangnya gred 6C bagi dua mata pelajaran dan lulus empat mata pelajaran
  2. Calon yang mempunyai kelayakan seperti yang disenaraikan dalam perkara 1 di atas mestilah memperoleh kelayakan ini sekurang-kurangnya dua tahun sebelum mengambil peperiksaan STPM.
  3. Calon yang mempunyai mana-mana kelayakan luar negeri yang setaraf dengan SPM hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran untuk mengambil peperiksaan STPM daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.

Nota:
* Calon yang memenuhi syarat (g) tetapi gagal Bahasa Melayu boleh menggunakan keputusan lulus Bahasa Melayu yang diambil dalam peperiksaan SPM Ulangan. Calon yang berasal dari luar negara dikecualikan daripada syarat lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.
** Kelulusan peringkat biasa GCE/SAP bermakna kepujian pada peringkat SPM/MCE.

Sebanyak 23 mata pelajaran ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2010 seperti yang disenaraikan di bawah ini :-

Kod Mata Pelajaran Nombor ISBN
900 Pengajian Am 983-2321-23-9
910 Bahasa Melayu 967-9975-92-4
911 Bahasa Cina 967-9975-87-8
912 Bahasa Tamil 967-9975-88-6
913 Bahasa Arab 967-9975-86-X
920 Literature in English 983-2321-15-8
922 Kesusasteraan Melayu 983-2321-14-X
930 Syariah 967-9975-85-1
931 Usuluddin 967-9975-75-4
940 Sejarah 967-9975-76-2
942 Geografi 983-2321-31-X
944 Ekonomi 983-2321-05-0
946 Pengajian Perniagaan 967-9975-80-0
948 Perakaunan 967-9975-59-2
950 Mathematics S 983-2321-16-6
954 Mathematics T 983-2321-17-4
956 Further Mathematics T 983-2321-18-2
958 Computing 983-2321-19-0
960 Physics 983-2321-20-4
962 Chemistry 983-2321-21-2
964 Biology 983-2321-22-0
966 Sains Sukan 983-2321-27-1
970 Seni Visual 983-2321-26-3
  • Ujian ini ditawarkan kepada calon yang telah menduduki dan telah mendapat keputusan bagi mana- mana satu daripada yang berikut :-
    • Sijil Pelajaran Malaysia
    • Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) (SPMV)
    • Malaysia Certificate of Education
    • Federation of Malaya Certificate of Education
    • Cambridge School Certificate
    • Pelajaran selama 10 tahun yang setaraf dengan O-level
  • Calon yang telah menduduki peperiksaan dan telah mendapat keputusan peperiksaan yang diambil selain daripada yang disenaraikan dalam 1 di atas hendaklah terlebih dahulu memperoleh kebenaran daripada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk mengambil ujian ini.

Maklumat Pendaftaran Calon

  • Calon sekolah/institusi hendaklah membuat pendaftaran di sekolah/institusi masing-masing. Bagi calon persendirian individu tempat pendaftaran adalah di Pejabat Pelajaran Daerah/Pejabat Pelajaran Gabungan (PPD/PPG). Borang pendaftaran boleh diperoleh di PPD/PPG atau mencetaknya melalui laman web MPM. Untuk mengetahui alamat dan nombor telefon PPD/PPG, sila PPD/PPG.
  • Maklumat lanjut sila rujuk :-
    APKM(SI) - bagi calon sekolah/institusi
    APKM(P) - bagi calon persendirian individu
  • Bagi calon persendirian individu yang ingin mendapatkan borang pendaftaran secara pos, bayaran wang pos sebanyak RM2.00 (satu set) perlu disertakan ke alamat PPD/PPG.

Spesifikasi Ujian di bawah digunakan hingga MUET Pertengahan Tahun 2010.

Komponen Ujian

Kod Kertas Kertas Jangka masa Wajaran
800/1 Listening 30 minit 15%
800/2 Speaking 30 minit 15%
800/3 Reading 120 minit 45%
800/4 Writing 90 minit 25%


Skor Ujian

Komponen Ujian Skor Maksimum
Listening 45
Speaking 45
Reading 135
Writing 75
Aggregated Score 300


Spesifikasi Ujian yang baru bagi MUET akan dilaksanakan mulai tahun 2007 di tingkatan enam rendah. Ujian pertama yang akan dijalankan berdasarkan Spesifikasi Ujian yang baru ini MUET Akhir Tahun 2010.

Komponen Ujian

Kod Kertas Kertas Jangka masa Wajaran
800/1 Listening 30 minit 15%
800/2 Speaking 30 minit 15%
800/3 Reading 90 minit 40%
800/4 Writing 90 minit 30%


Skor Ujian

Komponen Ujian Skor Maksimum
Listening 45
Speaking 45
Reading 120
Writing 90
Aggregated Score 300

Calon yang kehilangan slip keputusan ujian MUET boleh memohon kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan penyata keputusan yang disahkan. Permohonan melalui pos hendaklah disertai salinan kad pengenalan yang disahkan oleh Pengetua atau Pegawai Kumpulan A. Caj sebanyak RM20.00 akan dikenakan bagi permohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi permohonan kali ketiga. Bayaran hendaklah dibuat dengan Kiriman Wang atau Wang Pos atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

Setiap pengusaha yang ingin membuka sebuah tadika di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur boleh menelefon pegawai bertugas di talian 03-62036324 / 03-6203 6328 / 6189 untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut.

Borang dan pertanyaan untuk penubuhan dan pendaftaran boleh dimuat turunkan melalui permohonan emel

UNTUK DAPATKAN BORANG-BORANG PERMOHONAN

 SILA HANTARKAN BUTIRAN BERIKUT KE EMEL YANG DINYATAKAN

 

PASTIKAN BUTIRAN DI BAWAH DINYATAKAN SEBELUM DIHANTAR

PERKARA: PERMOHONAN BORANG/ PENDAFTARAN/ PERTANYAAN

NAMA PEMILIK EMEL:

JAWATAN PEMILIK EMEL:

NAMA INSTITUSI :

JENIS INSTITUSI : SEKOLAH/ PUSAT BAHASA/ PUSAT LATIHAN/ PUSAT PERKEMBANGAN/ PUSAT TUISYEN/ TADIKA

NO RUJUKAN INSTITUSI (JIKA BERKENAAN):

NO DAFTAR INSTITUSI (JIKA BERKENAAN):

NAMA PEMILIK INSTITUSI :

CATATAN: Saya ingin mendapatkan borang-borang untuk Pendaftaran TADIKA

EMELKAN KE : swastajpnwpkl@gmail.com

Perlu melalui mesyuarat J/K Pengelola di mana keputusan letak jawatan pengerusi lama dan pelantikan pengerusi baru mesti diminitkan di dalam minit mesyuarat.

Surat perletakkan jawatan pengerusi lama dan surat pelantikan pengerusi baru perlu disediakan dan ditandatangani oleh sekurang-kurangnya dua orang ahli pengelola.

Permit Pengelola pengerusi yang lama perlu dihantar semula ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Suratcara Pengelola juga perlu dibuat semula mengikut status terkini.

Borang dipohon melalui emel 

swastajpnwpkl@gmail.com

 

Kesemua perkara yang disebutkan di atas perlu dihantar ke Unit Pendidikan Swasta untuk diproses.

Bayaran yang perlu dibayar adalah mengikut kategori IPS yang ingin dibuka oleh pengusaha. Jadualnya adalah seperti berikut:

  • Sekolah (RM 300.00)
  • Pusat (RM 150.00)
  • Tadika (RM 7.00)

Di dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 102 seperti di bawah:

Kuasa untuk menutup institusi pendidikan yang tak berdaftar.

  • Jika Ketua Pendaftar atau pegawai awam yang diberikuasa oleh Ketua Pendaftar bagi maksud itu secara bertulis atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana rumah, bangunan atau tempat lain sedang digunakan sebagai institusi pendidikan yang tidak berdaftar di bawah Akta ini atau sedang digunakan dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan oleh Menteri di bawah subseksyen 47(2) atau 77(3), maka Ketua Pendaftar atau pegawai awam atau pegawai polis itu, dengan disertai oleh mana-mana orang yang difikirkannya perlu boleh, tanpa menjejaskan perjalanan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 99, 100 dan 101, dengan segera mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya perlu atau dengan apa-apa cara menutup institusi pendidikan itu.
  • Apa-apa tindakan yang diambil di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana rumah, bangunan atau tempat lain tidaklah menghalang Ketua Pendaftar daripada mendakwa mana-mana orang yang menggunakan rumah, bangunan atau tempat itu sebagai institusi pendidikan yang tidak berdaftar di bawah Akta ini.

 

Antara Program Pendidikan Khas yang ditawarkan  untuk pelajar yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya adalah :

  • Program Pendidikan Khas Integrasi ( Masalah Pembelajaran )
  • Program Pendidikan Khas Integrasi ( Masalah Penglihatan )
  • Program Pendidikan Khas Integrasi ( Masalah Pendengaran )
  • Program Pendidikan Khas Integrasi ( Pendidikan Khas Prasekolah )
  • Program Disleksia

Pada dasarnya tempoh persekolahan adalah sama dengan murid di aliran perdana namun terdapat kelonggaran tempoh selama 2 tahun iaitu murid pendidikan khas diberi alternatif menggunakan tempoh tambahan 2 tahun tersebut di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Sebagai contoh :
Murid pendidikan khas dibenarkan belajar di sekolah rendah sehingga 14 tahun. Murid pendidikan khas di benarkan belajar di sekolah menengah sehingga 19 tahun

Ya, murid pendidikan khas boleh mengambil peperiksaan awam. Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil.23/1998.

Elaun murid khas sebanyak RM 150.00 sebulan (mengikut tahun semasa) hanya akan dibayar kepada pelajar OKU di sekolah bantuan kerajaan sahaja. Pelajar tersebut juga perlu mempunyai Kad Kenal Diri OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat serta akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional.

Ya, buku bank bagi murid yang menerima elaun murid khas perlu disimpan oleh pihak sekolah. Ibu bapa perlu mengisi borang permohonan mengeluarkan wang sebelum buku tersebut diserahkan untuk tujuan pengeluaran wang.

jawapannya TIDAK.

Walaupun Tadika hanya pada sesi pagi dan TUISYEN itu adalah pada waktu petang dan malam.

Walaubagaimanapun jika IPS itu didaftakan sebagai TADIKA, maka tiada halangan jika hendak membuat kelas tambahan  untuk murid berusia 3+ 4+ dan 5+.

permit asal pengelola lama diserahkan ke jpwpkl untuk pembatalan

2 pengelola baru buat permohonan dengan lengkapkan borang
 
pastikan urusan disertakan bersama surat iringan

Institusi Pendidikan Swasta seperti sekolah swasta, sekolah antarabangsa, tadika, pusat-pusat kemahiran termasuk pusat bahasa, pusat tuisyen, pusat latihan komputer, pusat kemahiran teknikal dan pusat perdagangan adalah di bawah seliaan dan tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia.

Operasi institusi pendidikan swasta dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Walau bagaimanapun proses penubuhan dan pendaftaran, pengurusan dan operasi sesebuah IPS adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 199

Di bawah seksyen 79 (1) Tertakluk kepada peruntukan lain dalam Akta ini, tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah didaftarkan

Sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia, LULUS subjek Bahasa Melayu dan mempunyai minima 1 tahun pengalaman mengajar di bidang pendidikan.

Mengikut seksyen 83(1), Tiada suatu institusi pendidikan pun boleh menukar alamat premisnya atau membuat apa-apa perubahan pada premis itu tanpa mendapatkan kelulusan Ketua Pendaftar terlebih dahulu. Sekiranya telah berpindah, maka dengan sendirinya Sijil pendaftaran lama terbatal atau tidak laku digunakan untuk premis baru. Pengusaha perlu mengisi Borang Pidnah Premis.

Boleh, dengan syarat ada perjanjian melalui peguam telah dibuat, berserta perjanjian jual beli, Pengusaha baru juga perlu mengisi Borang Tukar Pengurusan. Perakuan Pendaftaran asal perlu dikembalikan kepada JPN.

ISO merujuk kepada International Sebuah badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negara masing-masing.

Kualiti adalah keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan atau yang tersirat. Ciri-ciri kualiti produk termasuk: mudah diperolehi,tahan lama, bersih,selamat,boleh diuji,boleh dikesan dan mudah diangkut. Di antara ciri kualiti perkhidmatan termasuk:ketepatan, keselesaan, kesopanan, kecekapan, kebolehpercayaan, jujur, cepat, responsif dan keselamatan.

  • Kualiti adalah keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu produk atau perkhidmatan yang hanya boleh dinilai oleh pelanggan. Kualiti boleh dicapai melalui kawalan kualiti (Quality Control ) atau kepastian kualiti ( Quality Assurance )
  • Kawalan kualiti adalah teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan kualiti.
  • Kepastian kualiti adalah tindakan-tindakan yang terancang dan tersusun yang perlu dilaksanakan bagi memberikan keyakinan yang mencukupi bahawa produk atau perkhidmatan akan memenuhi keperluan kualiti yang dinyatakan ISO 900:2000 memberikan penekanan kepada perancangan, pelaksanaan dan pemantauan serta penilaian terhadap proses yang telah dilaksanakan
  • Penambahbaikan berterusan
  • Penekanan yang lebih kepada peranan pengurusan atasan
  • Mengambilkira keperluan undang-undang dan peraturan
  • Objektif yang boleh diukur pada setiap peringkat dan fungsi yang berkaitan
  • Memastikan keberkesanan latihan
  • Analisa data bagi tujuan pengukuran pencapaian pelaksanaan sistem kualiti
  • Maklumat kepuasan atau ketidakpuasan pencapaian sebagai pengukuran pencapaian objektif kualiti
  • Sistem Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan terhadap pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah ia berlaku
  • Kajian semula yang berterusan ke atas proses-proses yang kritikal dan membuat tindakan pembetulan
  • Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati prinsip betul pertama kali dan setiap kali.
  • Pelaksanaan tugas berdasarkan kepada prosedur dan didokumenkan.
  • Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan yang telah dilaksanakan.

Program ini adalah program khusus untuk memberikan bimbingan mengenai kepemimpinan dan pentadbiran sekolah kepada Pengetua dan Guru Besar. Ia merupakan beberapa sesi konsultasi atau bimbingan yang disesuaikan dengan keperluan setiap individu yang terlibat. Ia juga memotivasi dan memupuk keyakinan diri dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.

  • Mengurangkan tindakan pembetulan yang diambil selepas berlakunya sesuatu masalah kerana kakitangan dibekalkan dengan prosedur-prosedur dan arahan kerja yang lengkap.
  • Membolehkan organisasi mengenalpasti tugas-tugas yang patut dijalankan serta memperincikan langkah-langkah yang perlu diambil.
  • Memberi kaedah bagi mendokumenkan secara tersusun aamalan pengurusan dan cara bekerja.
  • Membolehkan kakitangan menjalankan tugas mereka dengan betul pada kali pertama dan seterusnya.
  • Membolehkan pihak pengurusan membuat keputusan dengan lebih baik melalui maklumat penting hasil daipada audit dalaman, semakan pengurusan dan kawalan dokumen.

Panduan Pelaksanaan MS ISO: 2008 Dalam Sektor Awam.

Antara data yang selalu diminta adalah profil sekolah, maklumat fizikal sekolah (bangunan, rumah guru, asrama, kemudahan, peralatan), senarai sekolah, maklumat enrolmen (bilangan murid mengikut tahap/jantina/kaum, penghuni asrama, murid Islam, pelajar warga asing) dan maklumat guru (profil, bilangan ikut subjek ajar/jantina/tahap ajar/kaum. Skop EMIS adalah terhad kepada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sahaja.

Bergantung kepada kompleksiti permohonan dan sama ada data tersebut adalah sensitif. Bagi data sedia ada (seperti senarai sekolah, bilangan murid secara global), boleh didapati dengan segera jika datang sendiri ke Sektor Pengurusan Maklumat, atau kurang dari 3 hari bekerja melalui email atau fax. Bagi data yang kompleks dan sensitif, masa yang diambil adalah lebih kurang 2 minggu.

Pada amalannya kami tidak menyediakan data dalam bentuk softcopy untuk mengelakkan dari maklumat tersebut dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu. Keputusan untuk mengeluarkan data dalam bentuk softcopy adalah budi bicara Pengarah JPWPKL. Walau bagaimana pun, kami ada menyediakan maklumat-maklumat yang tidak sensitif dalam bentuk pdf.

Permohonan data boleh dibuat secara:-

- Bertulis kepada SPM atau dengan menghantar fax ke 03-62036223.
- Datang sendiri ke SPM dengan membawa Borang Permohonan Data/Maklumat Pendidikan yang boleh didapati dari portal jabatan.
- Pemohon-pemohon di luar agensi KPM perlu fax kepada kami permohonan rasmi dengan menggunakan letterhead agensi/organisasi bagi mempastikan kesahihan permohonan tersebut.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan data atau jenis data, sila hubungi pejabat SPM 03-62036023.

Merujuk kepada Pekeliling ICT KPM Bil.2 Tahun 2009 Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pelajaran Malaysia, peranan utama JKICT-JPWPKL adalah seperti berikut

i Membantu pelaksanaan inisiatif ICT di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan agensi-agensi dibawahnya.
ii Mengikuti dan memantau perkembangan inisiatif ICT di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan kuala lumpur dan agensi-agensi di bawahnya serta mengenal pasti keperluan, masalah dan isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaannya.
iii Melaksana dan memantau langkah-langkah keselamatan ICT KPM di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan agensi-agensi di bawahnya
iv. Mengemukakan laporan kemajuan projek ICT yang diluluskan oleh JPICT/JTICT kepada kedua-dua Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif ICT iaitu JKPICT - P&P dan JKPICT - P&T.
v. Menimbang dan meluluskan permohonan perolehan ICT bagi sekolah-sekolah harian seperti yang dibenarkan mengikut surat pekeliling yang berkuatkuasa
vi. Mengemukakan laporan perolehan ICT yang telah diluluskan oleh JKICT - JPN kepada kedua-dua Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif ICT iaitu JKPICT - P&P dan JKPCT -P&T.
Ahli
i. Ketua-Ketua Sektor JPN
ii Wakil Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
iii Wakil Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)
Urus Setia : Sektor Pengurusan Maklumat, JPWPKL

Merujuk kepada Surat Pekeliling ICT KPM Bil. 1 Tahun 2009 Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Inisiatif ICT Bahagian dan Agensi Di Bawah kementerian Pelajaran Malaysia, skop inisiatif ICT yang memerlukan kelulusan adalah seperti berikut;

a) Inisiatif Baru
Inisiatif baru bermaksud projek pengkomputeran yang melibatkan salah satu atau gabungan aktiviti-aktiviti perolehan perkakasan, perisian atau perkhidmatan ICT, untuk membangunkan inisiatif ICT KPM

i) Pembangunan sistem aplikasi adalah sistem aplikasi yang dibangunkan dengan menggunakan perisian pembangunan atau pun pakej sedia ada (off-teh-shelf) untuk kegunaan tertentu dan seumpamanya (contohnya : Sistem Perakaunan, Sistem Personel, Sistem Pengurusan Inventori)

ii) Perkakasan Komputer yang dimaksudkan merangkumi semua jenis alat-alat input atau output (contoh : pencetak, pengimbas), pemprosesan, storan data, peralatan rangkaian dan multimedia (contoh: persidangan video (video conferencing)) kecuali alat-alat seperti komponen alat ganti, barang pakai habis (consumable item), aksesori dan perabot komputer

iii) Perisian Komputer yang dimaksudkan merangkumi semua jenis perisian sistem dan perisian aplikasi. Perisian sistem merangkumi sistem operasi, pangkalan data dan perisian bagi membangunkan sistem. Perisian aplikasi atau automasi pejabat adalah yang digunakan untuk menyokong kerja-kerja harian

iv) Perkhidmatan ICT yang dimaksudkan merangkumi semua jenis perkhidmatan teknikal yang diperolehi daripada syarikat perunding swasta, kontraktor dan syarikat-syarikat lain yang berkaitan. Di antara contoh-contoh perkhidmatan teknikal ialah;

  • Pembangunan Sistem
  • Pemasangan Sistem
  • Infrastruktur Rangkaian
  • Talian Internet
  • Web Hosting
  • Kemasukan Data
  • Pemindahan Data
  • Migrasi Sistem
  • Pemulihan Data
  • Langganan maklumat dalam talian dan seumpamanya

Perkhidmatan ICT yang memerlukan perlanjutan seperti langganan maklumat dalam talian, talian Internet dan web hosting yang tiada perubahan kepada skop asal tidak perlu memohon kelulusan teknikal JTICT atau JPICT bagi perkhidmatan seterusnya. Perkhidmatan perunding adalah tertakluk kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 1995 bertajuk Peraturan Perolehan Perkhidmatan Perunding dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 8 Tahun 2006 bertajuk Had Kuasa Agensi Bagi Melantik Perunding. Perkhidmatan perunding dengan ini tidak memerlukan kelulusan teknikal JTICT atau JPICT. Perkhidmatan penyenggaraan bagi semua jenis perolehan ICT juga tidak memerlukan kelulusan teknikal JTICT atau JPICT.

b) Peningkatan Sistem
Peningkatan sistem bermaksud mempertingkatkan keupayaan perkakasan, perisian, rangkaian, aplikasi atau perkhidmatan ICT. Contoh adalah seperti peningkatan perkakasan dari segi konfigurasi dan kapasiti, pengemaskinian fungsi-fungsi di dalam sistem ICT sedia ada kepada tahap yang lebih baik, peningkatan saiz jalur lebar (bandwidth) serta peluasan rangkaian, pertambahan skop perkhidmatan sedia ada kepada yang lebih baik dan seumpamanya.

c) Pertambahan Peralatan
Pertambahan peralatan bermaksud menambahkan bilangan bagi mana-mana perkara di bawah kategori perkakasan, perisian atau rangkaian bagi inisiatif ICT sedia ada.

d) Perluasan Sistem
Perluasan (roll-out) sistem bermaksud memperkembangkan pelaksanaan inisiatif ICT daripada lokasi sedia ada ke lokasi-lokasi lain atau dengan menambah bilangan pengguna di lokasi yang sama atau pun kedua-duanya sekali.

Nota: Perolehan peralatan teknologi baru dan peralatan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) adalah tertakluk kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 1997 - Garis Panduan Mengenai Penyelarasan Penggunaan dan Perolehan Kemudahan dan Peralatan Teknologi Baru di Agensi Kerajaan dan dengan ini tidak memerlukan kelulusan teknikal JTICT atau JTICT. Teknologi baru yang dimaksudkan merangkumi bidang-bidang teknologi yang ditentukan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Perolehan Kemudahan dan Peralatan Teknologi Baru (JPPKPTB) di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) JPWPKL adalah urus setia bagi JKICT. Sebarang permohonan perlu dikemukakan kepada urus setia.

Mesyuarat JKICT diadakan sebanyak 2 kali setahun.

Apakah borang yang digunakan untuk permohonan JKICT ?
Borang JKICT/JPWPKL digunakan untuk membuat permohonan

Kelulusan Unit Kewangan JPWPKL dan sebut harga dari syarikat perlu disertakan bersama Borang JKICT/JPN.

Tempoh sah laku kelulusan teknikal perolehan ICT adalah dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh surat kelulusan yang dikeluarkan oleh JKICT JPWPKL

Kelulusan perolehan ICT sekolah dibuat melalui

i. Mesyuarat JKICT JPWPKL
ii. Perakuan AJK JKICT JPWPKL

Tiada soalan lazim dalam kategori ini
http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/http://btpnkl.edu.my/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/