Get Adobe Flash player

Hebahan Terkini

  • Banner Selamat Datang
  • Salam Aidilfitri 2017
  • Banner07
  • Banner08
  • Banner Dasar Kualiti
  • Frog
  • Banner Exam
  • Banner Hari Raya
  • Salam Aidilfitri 2017

Kelajuan Halaman

0.23 saat

Soalan-soalan Lazim - Semua Soalan Lazim

Soalan Lazim - Semua Soalan Lazim

Antara data yang selalu diminta adalah profil sekolah, maklumat fizikal sekolah (bangunan, rumah guru, asrama, kemudahan, peralatan), senarai sekolah, maklumat enrolmen (bilangan murid mengikut tahap/jantina/kaum, penghuni asrama, murid Islam, pelajar warga asing) dan maklumat guru (profil, bilangan ikut subjek ajar/jantina/tahap ajar/kaum. Skop EMIS adalah terhad kepada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sahaja.

Bergantung kepada kompleksiti permohonan dan sama ada data tersebut adalah sensitif. Bagi data sedia ada (seperti senarai sekolah, bilangan murid secara global), boleh didapati dengan segera jika datang sendiri ke Sektor Pengurusan Maklumat, atau kurang dari 3 hari bekerja melalui email atau fax. Bagi data yang kompleks dan sensitif, masa yang diambil adalah lebih kurang 2 minggu.

Pada amalannya kami tidak menyediakan data dalam bentuk softcopy untuk mengelakkan dari maklumat tersebut dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu. Keputusan untuk mengeluarkan data dalam bentuk softcopy adalah budi bicara Pengarah JPWPKL. Walau bagaimana pun, kami ada menyediakan maklumat-maklumat yang tidak sensitif dalam bentuk pdf.

Permohonan data boleh dibuat secara:-

- Bertulis kepada SPM atau dengan menghantar fax ke 03-62036223.
- Datang sendiri ke SPM dengan membawa Borang Permohonan Data/Maklumat Pendidikan yang boleh didapati dari portal jabatan.
- Pemohon-pemohon di luar agensi KPM perlu fax kepada kami permohonan rasmi dengan menggunakan letterhead agensi/organisasi bagi mempastikan kesahihan permohonan tersebut.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan data atau jenis data, sila hubungi pejabat SPM 03-62036023.

Merujuk kepada Pekeliling ICT KPM Bil.2 Tahun 2009 Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pelajaran Malaysia, peranan utama JKICT-JPWPKL adalah seperti berikut

i Membantu pelaksanaan inisiatif ICT di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan agensi-agensi dibawahnya.
ii Mengikuti dan memantau perkembangan inisiatif ICT di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan kuala lumpur dan agensi-agensi di bawahnya serta mengenal pasti keperluan, masalah dan isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaannya.
iii Melaksana dan memantau langkah-langkah keselamatan ICT KPM di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan agensi-agensi di bawahnya
iv. Mengemukakan laporan kemajuan projek ICT yang diluluskan oleh JPICT/JTICT kepada kedua-dua Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif ICT iaitu JKPICT - P&P dan JKPICT - P&T.
v. Menimbang dan meluluskan permohonan perolehan ICT bagi sekolah-sekolah harian seperti yang dibenarkan mengikut surat pekeliling yang berkuatkuasa
vi. Mengemukakan laporan perolehan ICT yang telah diluluskan oleh JKICT - JPN kepada kedua-dua Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif ICT iaitu JKPICT - P&P dan JKPCT -P&T.
Ahli
i. Ketua-Ketua Sektor JPN
ii Wakil Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
iii Wakil Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)
Urus Setia : Sektor Pengurusan Maklumat, JPWPKL

Merujuk kepada Surat Pekeliling ICT KPM Bil. 1 Tahun 2009 Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Inisiatif ICT Bahagian dan Agensi Di Bawah kementerian Pelajaran Malaysia, skop inisiatif ICT yang memerlukan kelulusan adalah seperti berikut;

a) Inisiatif Baru
Inisiatif baru bermaksud projek pengkomputeran yang melibatkan salah satu atau gabungan aktiviti-aktiviti perolehan perkakasan, perisian atau perkhidmatan ICT, untuk membangunkan inisiatif ICT KPM

i) Pembangunan sistem aplikasi adalah sistem aplikasi yang dibangunkan dengan menggunakan perisian pembangunan atau pun pakej sedia ada (off-teh-shelf) untuk kegunaan tertentu dan seumpamanya (contohnya : Sistem Perakaunan, Sistem Personel, Sistem Pengurusan Inventori)

ii) Perkakasan Komputer yang dimaksudkan merangkumi semua jenis alat-alat input atau output (contoh : pencetak, pengimbas), pemprosesan, storan data, peralatan rangkaian dan multimedia (contoh: persidangan video (video conferencing)) kecuali alat-alat seperti komponen alat ganti, barang pakai habis (consumable item), aksesori dan perabot komputer

iii) Perisian Komputer yang dimaksudkan merangkumi semua jenis perisian sistem dan perisian aplikasi. Perisian sistem merangkumi sistem operasi, pangkalan data dan perisian bagi membangunkan sistem. Perisian aplikasi atau automasi pejabat adalah yang digunakan untuk menyokong kerja-kerja harian

iv) Perkhidmatan ICT yang dimaksudkan merangkumi semua jenis perkhidmatan teknikal yang diperolehi daripada syarikat perunding swasta, kontraktor dan syarikat-syarikat lain yang berkaitan. Di antara contoh-contoh perkhidmatan teknikal ialah;

  • Pembangunan Sistem
  • Pemasangan Sistem
  • Infrastruktur Rangkaian
  • Talian Internet
  • Web Hosting
  • Kemasukan Data
  • Pemindahan Data
  • Migrasi Sistem
  • Pemulihan Data
  • Langganan maklumat dalam talian dan seumpamanya

Perkhidmatan ICT yang memerlukan perlanjutan seperti langganan maklumat dalam talian, talian Internet dan web hosting yang tiada perubahan kepada skop asal tidak perlu memohon kelulusan teknikal JTICT atau JPICT bagi perkhidmatan seterusnya. Perkhidmatan perunding adalah tertakluk kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 1995 bertajuk Peraturan Perolehan Perkhidmatan Perunding dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 8 Tahun 2006 bertajuk Had Kuasa Agensi Bagi Melantik Perunding. Perkhidmatan perunding dengan ini tidak memerlukan kelulusan teknikal JTICT atau JPICT. Perkhidmatan penyenggaraan bagi semua jenis perolehan ICT juga tidak memerlukan kelulusan teknikal JTICT atau JPICT.

b) Peningkatan Sistem
Peningkatan sistem bermaksud mempertingkatkan keupayaan perkakasan, perisian, rangkaian, aplikasi atau perkhidmatan ICT. Contoh adalah seperti peningkatan perkakasan dari segi konfigurasi dan kapasiti, pengemaskinian fungsi-fungsi di dalam sistem ICT sedia ada kepada tahap yang lebih baik, peningkatan saiz jalur lebar (bandwidth) serta peluasan rangkaian, pertambahan skop perkhidmatan sedia ada kepada yang lebih baik dan seumpamanya.

c) Pertambahan Peralatan
Pertambahan peralatan bermaksud menambahkan bilangan bagi mana-mana perkara di bawah kategori perkakasan, perisian atau rangkaian bagi inisiatif ICT sedia ada.

d) Perluasan Sistem
Perluasan (roll-out) sistem bermaksud memperkembangkan pelaksanaan inisiatif ICT daripada lokasi sedia ada ke lokasi-lokasi lain atau dengan menambah bilangan pengguna di lokasi yang sama atau pun kedua-duanya sekali.

Nota: Perolehan peralatan teknologi baru dan peralatan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) adalah tertakluk kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 1997 - Garis Panduan Mengenai Penyelarasan Penggunaan dan Perolehan Kemudahan dan Peralatan Teknologi Baru di Agensi Kerajaan dan dengan ini tidak memerlukan kelulusan teknikal JTICT atau JTICT. Teknologi baru yang dimaksudkan merangkumi bidang-bidang teknologi yang ditentukan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Perolehan Kemudahan dan Peralatan Teknologi Baru (JPPKPTB) di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) JPWPKL adalah urus setia bagi JKICT. Sebarang permohonan perlu dikemukakan kepada urus setia.

Mesyuarat JKICT diadakan sebanyak 2 kali setahun.

Apakah borang yang digunakan untuk permohonan JKICT ?
Borang JKICT/JPWPKL digunakan untuk membuat permohonan

Kelulusan Unit Kewangan JPWPKL dan sebut harga dari syarikat perlu disertakan bersama Borang JKICT/JPN.

http://btpnkl.weebly.com/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/http://btpnkl.weebly.com/http://www.eghrmis.gov.my/http://www.iim.com.my/http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=mshttp://moe.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.malaysia.gov.my/http://apps.moe.gov.my/puspanita/http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-icthttp://www.anm.gov.my/https://evetting.cgso.gov.my/