Sabtu, 21 September 2019 ()
Selamat datang, tetamu [ log masuk ] 
 
Maklumat Log Masuk
Nama Pengguna :    Maklumat diperlukan  contoh : 821121045001
Kata Laluan :    Maklumat diperlukan  contoh : katalaluan
Taipkan nombor :   
 Maklumat diperlukan
Template :    Maklumat diperlukan
   

Maklumat diperlukan Maklumat diperlukan  |   contoh : katalaluan Maklumat
   
Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda.
Nota :
1. Nama pengguna dan kata laluan adalah 'case-sensative'.
2. "CAPS LOCK" buka atau tutup.

Untuk bantuan / maklumat lanjut, sila hubungi pentadbir web anda.
 
 
 
 
 
 
Pengumuman
1. Pengumuman kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;

Semua sekolah WPKL hendaklah memastikan semua permohonan cuti peristiwa dan cuti bergilir sempena peperiksaan awam serta pelaksanaan cuti perayaan bagi tahun 2019 dibuat mengikut takwim / surat siaran KPM / peraturan yang telah ditetapkan.

Sebarang perubahan/pembatalan cuti yang telah diluluskan tidak akan dipertimbangkan, melainkan atas sebab-sebab yang munasabah sahaja. Justeru, perancangan yang teliti bagi semua jenis cuti yang hendak dipohon amat diperlukan.

* Sila rujuk Surat Siaran KPM Bil. 10 Tahun 2018: Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2019 bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.
https://www.moe.gov.my/images/KPM/ZOOupload/SS%20BIL%2010-TAKWIM%202019.pdf

Sekian, terima kasih.

Tarikh dikemaskini : 18-01-2019 (09:07:22)

2. Sebarang masalah berkaitan penggunaan sistem, boleh menghubungi pihak JPWPKL seperti butiran berikut:

Unit Perhubungan dan Pendaftaran
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
50604 Kuala Lumpur

Telefon : 03 - 6204 6875 (Aminah / Sheliza / Zailuddin) / 03-6204 6147 (Fara Dhila)
Faks : 03 - 6204 6811
Email : jpnkl.sps3@moe.gov.my

Tarikh dikemaskini : 11-06-2018 (09:06:40)

3. PERHATIAN KEPADA SEMUA SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

PERKARA: PERMOHONAN CUTI YANG TIDAK DIBUAT PENGESAHAN OLEH PENGETUA/GURU BESAR.

SILA AMBIL MAKLUM BAHAWA REKOD PADA 11 JUN 2018, 9.04 PAGI, DIDAPATI REKOD PERMOHONAN CUTI YANG BELUM DIBUAT PENGESAHAN OLEH PENGETUA/GURU BESAR ADALAH SEBANYAK 17 PERMOHONAN.

PIHAK SEKOLAH PERLU MAKLUM BAHAWA SEKIRANYA PENGESAHAN PERMOHONAN TIDAK DIBUAT, PERMOHONAN TERSEBUT BELUM DITERIMA OLEH PIHAK JABATAN DAN PERMOHONAN TUAN/PUAN TIDAK DAPAT DIPROSES.

SEHUBUNGAN ITU, SEMUA SEKOLAH DIINGATKAN SUPAYA MEMASTIKAN SEMUA PERMOHONAN CUTI DIBUAT DAN MENDAPATKAN PENGESAHAN KELULUSAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM CUTI SEKOLAH DILAKSANAKAN BAGI MENGELAKKAN TIMBUL SEBARANG MASALAH YANG TIDAK DIJANGKA. OLEH YANG DEMIKIAN, SEBARANG MASALAH YANG TIMBUL DARIPADA CUTI YANG TIDAK MENDAPAT KELULUSAN ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PENGETUA/GURU BESAR.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Tarikh dikemaskini : 11-06-2018 (09:05:28)

4. PERHATIAN KEPADA SEMUA SEKOLAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

- SEKIRANYA PIHAK SEKOLAH MENDAPATI CUTI-CUTI YANG DIPOHON TIDAK DILULUSKAN, SILA SEMAK MAKLUMAT PERMOHONAN (BUTANG WARNA BIRU) DI RUANGAN CATATAN DALAM SISTEM INI UNTUK MENGETAHUI SEBAB-SEBAB TIDAK DILULUSKAN / TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH PIHAK SEKOLAH BERKENAAN PERMOHONAN CUTI YANG TIDAK DILULUSKAN TERSEBUT.

SEKIAN, TERIMA KASIH. HARAP MAKLUM.

Tarikh dikemaskini : 19-06-2017 (14:50:11)

5. PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR WPKL .

BAGI PERMOHONAN CUTI BERGILIR SEMPENA PEPERIKSAAN AWAM, PIHAK SEKOLAH PERLU MEMASTIKAN AGAR KELAS YANG SAMA TIDAK DICUTIKAN SEPANJANG PEPERIKSAAN (RUJUK SURAT PEKELILING IKHTISAS BERKAITAN). CUTI BERGILIR DIBERIKAN UNTUK HARI PEPERIKSAAN SAHAJA. PERTIMBANGAN KELULUSAN DIBERIKAN KEPADA PERMOHONAN YANG MENEPATI CUTI BERGILIR SEMPENA PEPERIKSAAN AWAM.

SEKIAN. HARAP MAKLUM.

Tarikh dikemaskini : 25-08-2016 (11:33:15)

6. Maklumat lanjut berkaitan Sistem Permohonan Cuti Sekolah boleh dicapai seperti berikut:

1. Piawaian Prosedur Operasi (Standard Operating Procedures) [muat turun]
2. Manual Pengguna eHousekeeping [muat turun]

Dipohon pada semua pentadbir sekolah agar mengesahkan permohonan yang telah dibuat kerana tanpa pengesahan dari pihak pentadbir sekolah, permohonan tidak dapat diuruskan oleh pegawai di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tarikh dikemaskini : 01-07-2014 (12:57:14)

7. Perhatian kepada semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pihak sekolah diingatkan supaya sentiasa menyemak Surat Pekeliling dan Surat Siaran terkini melalui Portal Kementerian Pelajaran Malaysia ( www.moe.gov.my ) dan Portal Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (http://jpwpkl.moe.gov.my). Pihak KPM dan Jabatan akan sentiasa mengemaskinikan makluman-makluman terkini melalui sistem e-mohon cuti, portal dan e-mel (rasmi BTPN).

Sekian, terima kasih.

Tarikh dikemaskini : 15-01-2014 (12:02:37)

8. MAKLUMAN:

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN BERKENAAN HARI KELEPASAN AM NUZUL A-QURAN MULAI 2014 DAN HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN PADA 3 FEBRUARI 2014 BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN TELAH DIMUATNAIK DALAM MENU PEKELILING DALAM SISTEM E-MOHON CUTI INI UNTUK MAKLUMAN DAN RUJUKAN.


SEKIAN, TERIMA KASIH.

Tarikh dikemaskini : 05-12-2013 (14:21:37)

9. Makluman kepada pengguna e-Mohon Cuti Sekolah. Anda boleh log masuk ke dalam sistem e-Prihatin menggunakan log id yang sama (Single Sign On [SSO])

Tarikh dikemaskini : 23-03-2012 (08:41:38)

10. Pastikan kata laluan anda diubah selepas memasuki sistem ini buat pertama kali.

Tarikh dikemaskini : 15-12-2011 (12:56:38)

11. Sistem akan digunakan sepenuhnya oleh 318 buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya bermula 21 Disember 2011.

Tarikh dikemaskini : 15-12-2011 (09:15:34)

Masa capaian : 0.11 saat   

Paparan Terbaik : Internet Explorer 7.0 / Mozilla Firefox 3.0 ke atas (1024 x 768 pixels)
© Hakcipta oleh Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPNWP 2011 ©